Followers

Thursday

Kebenaran Al Quran!

   Pada pertengahan 1975,Kerajaan Perancis telah menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meniliti,mempelajari,mengkaji dan menganalisis mumia Firauan Ramsess II iaitu Firaun yang mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Allah Musa a.s dan para pengikut baginda.

Mumia(Mayat) Firaun Yang zalim masih kekal hingga ke hari ini
dengan izin Allah..


   Tawaran itu telah di sambut baik oleh kerajaan Mesir membenarkan mumira Ramsess II di terbangkan ke Paris.Mumia Ramsess II telah di tempatkan di Pusat Arkeologi Perancis.Di situ para pakar,doktor bedah dan pakar autopsi Perancis yang di pimpin oleh doktor yang sangat terkenal ketika itu iaitu Prof.Dr.Maurice Bucaille untuk menyiasat punca kematian Firaun Ramsess II.


Firaun Ramsees II

   Dr.Bucaille seorang pakar bedah Perancis yang di lahirkan di Pont-L Eveque pada 19 Julai 1920.Pada tahun 1945 beliau di iktiraf sebagai pakar di bidang gastroenterologi.Khidmat Dr.Bucaille banyak digunakan oleh kenamaan Perancis termasuk Raja Faisal,Arab Saudi dan pemimpin Mesir,Anwar Sadat.
   Setelah di kaji hasilnya sangat mengejutkan Dr.Bucaille menjumpai sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut.Ini bukti terbesar bahawa Firaun mati di tenggelami laut.
   Ini bermakna jasad Ramsess II telah di keluarkan dari dalam laut sebelum di awet menjadi mumia supaya jasad itu kekal.Tapi penemuan itu menjadi tanda soal kepada Dr.Bucaille.Tanpa berlengah Dr.Bucaille menyiapkam sebuah laporan akhir yang di yakini sebagai penemuan baru iaitu proses menyelamatkan firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
   Laporan itu di terbitkan dengan tajuk "mumia firaun :Sebuah Penelitian Perubatan Moden".Hasil laporan itu Dr.Bucaille telah menerima anugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu "Penghargaan dalam Sejarah".
   Namun seorang rakannya telah membisikkan kepada Dr.Bucaille bahawa penemuan itu bukanlah penemuan yang baru."Jangan tergesa gesa sesungguhnya umat islam telah membicarakan mengenai peristiwa firauan yang mati lemas dan mayatnya di pelihara sehingga ke hari ini"!
   Kata-kata itu di tentang keras oleh Dr.Bucaille.Baginya membongkar sebuah misteri lama tidak mungkin dapat di ketahui kecuali dengan menggunakan alat teknologi moden,peralatan dan makmal canggih.Kawannya terus bercerita bahawa Al Quran di yakini dan menjadi pegangan umat islam telah pun menceritakan tentang Firaun dan kemudian mayatnya di selamatkan.
   Kata-kata itu sekali lagi menimbulkan persoalan kepada Dr.Bucaille.Adakah ia dapat di terima akal kerana mumia itu baru sahaja di temui oada tahun 1898 tapi Al Quran telah ada di tangan umat islam sejak ribuan tahun lamanya."Apakah masuk akal di hadapan aku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa ?Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini?Padalah kejadian Firaun mengejar Musa berlaku sebelum Al Quran di turunkan"bisik kecil hatinya.
   Dr.Bucaille semakin bingung kerana pencarian belum berhasil.Apa seterusnya yang terjadi kepada mayat firaun selepas ternggelam masih belum di temuinya.
   Selepas mumia dikembalikan ke Mesir,Dr.Bucaille terus berjumpa dengan para ilmuwan islam untuk megetahui sejarah Nabi Musa a.s,kekejaman firaun sehinggakah Bani Israel meninggalkan Mesir dan di kejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.Maka salah seorang ilmuan islam telah membaxakan Surah Yunus ayat 92 ..
"Maka pada hari ini,Kami biarkan engkau (hai firaun) terlepas dengan badanmu(yang tidak bernyawa daripada di telan laut),untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang dibelakangmu(supaya merekamengambil iktibar). Dan ingatlah sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripda(memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!" (yunus:92)
Apabila mendengar ayat itu Dr.Bucaille terkedu.Hatinya benar-benar tersentuh.Al Quran telah menjelaskan bahawa jasad Firaun tidak reput ditellan laut sebagai peringatan kepada umat seterusnya.Akahirnya Dr.Bucaille mengakui kebenaran ayat tadi kerana ia logik dan di terima akal.Ini memberikan satu inspirasi dan dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Memeluk Islam selepas meyakini kebenaran Al Quran!

   Tanpa berlengah dengan hati bergetaran menahan sebak dan terharu Dr.Bucaille bangum.Dengan suara lantang Dr.Bucaille bersuara "sesungguhnya aku masuk islam dan beriman dengan al quran ini".
Dr.Bucaille telah menukar nama islamnya iaitu Dr.Yahya Maurice Bucaille.
   "Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.Ini kerana di dalam kitab Injil terdapat pelbagai perbezaan dari aspek saintifik tetapi berbeza dengan al quran tiada sedikit pun kesilapan seperti itu di dalam al quran.Al Quran yang di dalamnya di ceritakan mengenai fenomenan alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden."luahnya.



"Tidak Akan Ada Kitab Yang Setanding Dengan Al Quran"

Wednesday

Doa Ku Sujud Ku PadaNya...

Ya Allah...
Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang Melabuhkan Cintanya
PadaMu
Agar Bertambah Kekuatanku untuk
MencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika Aku Jatuh Hati
Izinkanlah Aku Menyentuh Hati
Seseorang Yang Hatinya Tertaut
PadaMu,
Agar Tidak Terjatuh Aku Dalam
Jurang Cinta Nafsu...

Ya Rabbana...
Jika Aku Jatuh Hati
Jagalah Hatiku Padanya,
Agar Tidak Berpaling 
Daripada Hati Mu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada
Seseorang
Yang Merindui Syahid Di
Jalan Mu...

Ya Allah...
Jika Aku Menikmati Cinta
Kekasih Mu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi
Kenikmatan Indahnya,
Bermunajat Di Sepertiga Malam
Terakhir Mu...

Ya Allah...
Jika Aku Jatuh Hati Pada Kekasih Mu
Jangan Biarkan Aku Terlatih Dan Terjatuh
Dalam Perjalanan Panjang Menyeru
Manusia Kepada Mu...

 Ya Allah...
Jika Kau Halal Aku Merindui Kekasih Mu
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas
Sehingga Aku Melupakan Aku Pada Cinta
Hakiki dan Rindu Abadi Hanya
Kepada Mu...

"Amin..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin.."


Monday

Balqis

   Balqis ialah seorang ratu yang memerintah kerajaan Sa'ba seperti yg di sebut di dalam surah An-Naml.Ratu Balqis di anugerahkan oleh Allah s.w.t dengan segala kekuasaan dan kehebatan.,
   Bagaimanapun Ratu Balqis dan kaumnya masih tidak beriman kepada Allah s.w.t.Mereka masih di perdaya dengan tipu daya syaitan dengan menyembah matahari.Kehebatan Ratu Balqis dan kerajaannya telah di ceritakan burung hud hud kepada Nabi Sulaiman a.s.Bermulalah rundingan antara Nabi Sulaiman dan datu balqis.Seperti dalam
FirmanNya.."Pergilah bawa suratku ini ,serta campakkan kepada mereka,kemudian berundurlah dari mereka ,dalam pada itu perhatikanlah tindak tanduk mereka" (surah an Naml : 28)

Bijak Memerintah..
   Keserlahan dan kebiwaan yang di tunjukkan oleh Ratu Balqis apabila beliau mengamalkan sisitem Syura dengan pembesarnya selepas menerima surat daripada Nabi Sulaiman a.s.
   Ratu Balqis seterusnya menyatakan pandangan bahawa seeloknya beliau mengirimkan hadiah kepada Nabi Sulaiman kerana khuatir Nabi Sulaiman akan membinasakan negerinya dan kaumnya.Setiap pemerintah atau raja  yang ingin menakluki negeri akan membinasakan penduduknya.
   Apabila utusan pembawa hadiah itu sampai dan Nabi Sulaiman berkata "adakah wajar kamu menolong aku dengan harta?Apa yang di berikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa di berikannya kepadamu.
Firman Allah s.w.t .."Kembalilah kepada mereka(jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya melawannya dan kami mengeluarkan mereka dari negeri sa'ba dengan hina menjadi orang tawanan"  (surah an-Naml : 37)
 Di cemburui Jin..
   Beliau merupakan seorang wanita yang cantik dan mempunyai akan yang cerdas.Ini menyebabkan golongan Jin merasa iri hati terhadap dirinya.Mereka mendakwa bahawa Ratu Balqis ini mempunya dua aib.

  1. Tubuhnya pendek.
  2. Betisnya seperti betis unta.
Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana nabi Sulaiman a.s,beliau seakan akan melihat ada aliran air sungai sehingga beliau mengangkat kainnya dan ternampakkan betisnya.Nabi Sulaiman a.s melihat betis Ratu Balqis tetapi tiada satu aib pun sepertimana yang di dakwa jin.
   Dengan penuh berhemah Nabi Sulaiman berkata kepada Balqis "Ini adalah sebuah mahligai yang licin ,di bentuk daripada kaca"..

Menerima Hidayah Allah..
   Kemudian Ratu Balqis berkata seperti yang di ungkapkan di dalam surah An-Naml ayat 44..
"Ya Tuhanku,sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah,Tuhan Semesta Alam"
Kemudian Ratu Balqis berkahwin dengan Nabi Sulaiman a.s dan terjadi pada hari Jumaat.Ratu Balqis mengakui kesilapan dan menzalimi dirinya sendiri kerana tidak beriman kepada Allah s.w.t.
-allahualam-

Sunday

Istimewa Seorang Wanita

  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sikapnya yang penyayang..sabda rasulullah "doa ibu lebih makbul drpd bapa dan doa orang2 penyayang tidak akan di persiakan"
  2. Sabda Nabi s.a.w " wanita yang tinggal bersama anaknya akan tinggal bersama aku di syurga kelak"
  3. Wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  4. Syurga di bawah telapak kaki Ibu.
  5. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
  6. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki.
  7. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun ).
  8. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
  9.  Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu..
  10. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).




"Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu"

Kata-Kata Pujangga Islam

Lisan yang di dorong dengan kata-kata kebaikan akan menghasilkan mutiara kata yang elok di dengar untuk di manfaatkan..

  • Saidina Ali berkata "tenangkanlah hati dengan waktu-waktu tertentu kerana jika hati letih ia akan menjadi buta"
  • Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam Hati,maka hendaklah kamu berubat dengan Madu dan Al Quran.
  • Setiap manusia itu lemah kerana satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi di gunakan untuk menyerang.
  • Kata Imam Syafie "Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah.
  • Rasulullah bersabda "orang yang cerdas adalah orang yang adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian"..
  • Biar nama tidak cantik di mata penduduk bumi,tetapi namamu menjadi perbualan penduduk di langit.
  • Yang selalu membunuh seseorang adalah sikap Tamaknya.
  • Kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka.
  • Perjalanan seribu batu bermula daripada satu langkah.
  • Kata kata lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
  • Sifat utama pemimpin adalah yang bersifat mulia dan bersifat adil.

Saturday

Aurat Wanita...



Firman Allah s.w.t ..."Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

-Jilbab ialah pakaian wanita yang lebar dan menutupi segala tubuh badannya-

Aurat Wanita
  • Bulu Kening
menurut imam Al Bukhari : "Rasulullah melaknati wanita yang mencukur dan menipiskan bulu kening untuk tujuan kecantikan"..
  • Dada
Firman Allah .."hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung mereka sehingga menutupi dada-dada mereka" (surah an nur : 31)
  • Tangan
Sabda Rasulullah .."kepala yang di tusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum bukan sejenis yang tidak halal baginya"..riwayat At Tabrani dan Baihaqi
  • Mulut (suara)
Sabda Rasulullah .."sesungguhnya akn ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka di lalaikan oleh bunyi bunyian(muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka daripada perut bumi" ..(hadis riwayat Ibn Majah)
  • Kemaluan
Sabda Rasulullah .."tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaian bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabirnya antaranya dengan Allah.." (riwayat Tardmizi,Abu Daud dan Ibn Majah)
  • Pakaian
Sabda Rasulullah .. "barangsiapa memakai pakaian yang menjolok mata,maka Allah akan memberikan kehinaan kepadanya di akhirat kelak.." (hadis riwayat Ahmad)
  • Rambut
Wahai anakku Fatimah!Adapun perempuan2 yang di gantung rambutnya sehingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak menutup rambutnya daripada di perlihatkan kepada lelaki yg bukan mahramnya" (riwayat Bukhari dan Muslim)

- Aurat Masa Kini-

  • Ramai wanita terutamanya remaja islam memberikan alasan untuk tidak bertudung kerana tidak tahan panas,baru lepas rebonding rambut,takut rambut rosak,muka saya tak sesuai kalau bertudung dan sebagainya..
  • Ada juga yang bertudung tetapi hakikatnya tidak bertudung contohnya memakai tudung tetapi tidak melepasi paras dada dan menampakkan leher dan rambut(tidak memakai serkup/anak tudung).
  • Pakaian jarang,seluar menampakkan bentuk badan,baju singkat sehingga menampakkan badan dan menonjolkan buah dada.
  • Menyanyi/Karoke mendendangkan lunak suara kepada bukan muhrim.
  • Memakai wangian yang melampau sehingga menaikkan nafsu syahwat lelaki.
  • Pergi kelas / kerja dengan memakai skirt / singlet.Menonjolkan buah dada dan menunjukkan paha kepada bukan muhrim ,tidak ubah seperti telanjang!
Info
  • Ramai ahli neraka Allah di kalangan wanita yang tidak menjaga auratnya dengan bukan muhrim!
  • Rambut akan di gantung sehingga mendidih di neraka Allah kelak! Sakit..Pedih dan Terseksa..Hanya Allah yang Maha Mengetahui!




Mutiara Kata...

Kata-Kata Hikmah Imam Al Ghazali

  • Apakah yang paling dekat dengan kita?
Yang paling dengan kita adalah Mati..
Janji Allah.."tiap2 yang hidup pasti akan merasai mati"
  • Apakah yang paling jauh dengan kita?
Yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu..
Perkara yang kita tidak boleh untuk patah balik dan tidak akan dapat mengembalikan masa yang lalu.Lalui hari2 yang mendatang dengan berlandaskan syariat Allah..
  • Apakah yang paling besar di dunia ini?
Yang paling besar di dalam dunia adalah hawa nafsu..
Hawa nafsu terbahagi kepada banyak perkara antaranya..nafsu makan,nafsu tidur,nafsu seks,nafsu untuk mendapatkan sesuatu dan byk lagi..
Rasulullah S.A.W bersabda "Jihad peperangan baru sesikit..lalu para sahabat terkejut dan bertanya..apakah jihad yang paling besar..jawab Nabi ....Jihad yg paling besar adalah berperang dengan hawa nafsu"..
Firman Allah S.W.T "Maka kita harus berhati hati dengan hawa nafsu,jangan nafsu membawa kita ke api neraka"..(Al A'raf  :179)
  • Apakah yang paling berat?
Yang paling berat adalah Amanah..
"Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).
  • Apakah yang paling ringan di dunia?
Yang paling ringan adalah meninggalkan Solat..
Sibuk..Sibuk dan Sibuk..Penat..Penat dan Penat.itulah alasan yang paling ketara untuk meninggalkan solat..Gara gara kerja..dengan semudah ABC meninggalkan solat!
  • Apakah yang paling tajam di dunia?
Yang paling tajam adalah Lidah..
Lidah? timbulnya fitnah..mengumpat..mencaci..mencerca..mengutuk..memaki dan sbgnya..
Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” 

Sujudku Hanya PadaMu ya Allah

Friday

Jauhi Zina....

Buang bayi? Gugur bayi dalam kandungan?  Bunuh janin? dan macam2 lagi..Pada tahun 2004-2009 statistik pendaftaran anak luar nikah di JPN telah mencapai seramai 207 000 orang dan tidak termasuk bayi yang telah di buang dan di bunuh.

Pembuangan bayi dan anak luar nikah bermula daripada berpasangan,berkasih,berasmara,berdua duaan dan akhirnya terjebak ke lembah/lubuk syaitan iaitu ZINA!

Firman Allah s.w.t .."dan janganlah kamu menghampiri perbuatan terkutuk dan keji dari zahir mahupun batin" (surah al an'am)

Zina besar / kecil iaitu mencium,memandang atau mencium..sabda nabi s.a.w.."mata ,kaki dan tangan juga boleh berzina"

Gejala zina pada zaman kini sangat berleluasa sehingga membimbangkan Ibu Bapa dan juga masyarakat..Kebanyakkan yang berlaku gejala  pembuangan bayi dan juga anak luar nikah ini majoriti yang terlibat adalah orang Islam..
Pasangan remaja pada masa kini tanpa segan dan silu mencium pipi pasangan kekasih di khalayak ramai,berpelukan di kedai makan dan macam2 lagi perkara di luar batasan syariat islam sehingga berlakunya zina..

Firman Allah .."katakanlah kepada orang2 mukmin lalaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatan (jgn berzina).Itu lebih suci bagi mereka.."

Nabi s.a.w bersabda .."jika seseorang berzina ,hilanglah imannya dan di atas kepalanya ada semacam kegelapan .Jika dia bertaubat dari perbuatan itu ,iman akan kembali kepadanya"




-Katakan Tidak Pada Zina..Jauhi Maksiat-

Kehebatan Hari Jumaat....

Bagi kita orang islam tiada hari yang hebat selain daripada hari Jumaat..Bagi orang yahudi laknatullah tiada hari yang hebat selain hari Sabtu dan bagi orang kristian tiada hari yang hebat selain hari Ahad.

Hari Jumaat di kenali sebagai "Sayyidul Aiyam" iaitu Penghulu segala hari !

Kelebihan Hari Jumaat

  • Allah menciptakan Nabi Adam
  • Allah menurunkan Nabi Adam
  • Allah menarik nyawa Nabi Adam
  • Segala doa dan permintaan akan di makbulkan Allah
  • Tidak akan berlaku hari Kiamat selain daripada hari Jumaat
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Terlepas Fitnah Kubur
Sabda Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”

Sujud As Sajdah/Tilawah....



Sujud As Sajdah di lakukan pada pagi jumaat iaitu ketika solat subuh..Semasa solat subuh di masjid atau di surau,imam akan membaca Surah As Sajdah dan apabila sampai ke Mashaf yang bertanda terus bersujud kepadaNya..

Dari Abu Hurairah RA ..sabda Rasulullah s.a.w...Apabila anak cucu Adam a.s membaca Surah As Sajdah,kemudian mereka bersujud kepada Allah,maka berlarilah syaitan menangis dan berkata : celakalah aku,anak cucu Adam di perintah untuk sujud kepada Allah, maka bagi mereka itu balasan syurga sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah tetapi aku ingkar..maka Nerakalah bagiku..(riwayat Imam Abu Daud)

Bacaan ketika Sujud Tilawah



Thursday

Cinta ..

Cinta...
Ramai yang menghabiskan zaman remaja dengan bercinta..ada yang mula bercinta di alam persekolahan,ada yang mula di alam IPT dan ada juga yang mula dari tempat kerja..suka duka pahit manis bercinta susah untuk di gambarkan dengan kata-kata..hanya orang yang alami dapat merasai apa itu CINTA..Cinta ada yang berakhir dengan perkahwinan dan ada juga cinta yang berakhir dengan perpisahan..Itu semua lumrah dan telah di tetapkan oleh Allah Taala.

Soal Hidup..Soal Mati dan Soal Jodoh...
Ajal,Maut,Hidup,Mati dan Jodoh semua telah di tetapkan oleh Allah Taala.Kita manusia biasa,hambaNya yang lemah lagi hina.Hanya mampu berdoa untuk di panjangkan umur,di murahkan rezeki dan juga perjodohan kita.DOAlah kepadaNya..itu lah kemampuan kita sebagai manusia biasa..Berdoa dan memohon padaNya..


Cinta kerana Nafsu...
Rata-rata golongan remaja masa kini tanpa di sedari mereka bercinta hanyalah kerana nafsu semata mata..Ramai yang bercinta tanpa mengikut berlandaskan Syariat Islam..Antaranya

  • Keluar bersama pasangan di taman bunga/tasik.
  • Keluar ke pusat membeli belah seperti Times Square,Pavillion,Mines dan sebagainya sambil berpelukan dan berpegangan tangan.
  • Keluar menonton wayang ,makan,lepak,jalan2 tanpa menghiraukan SOLAT yg di wajibkan.
  • Malam minggu pergi bersama pasangan dan rakan2 ke karaoke atau kelab malam tanpa segan silu sama ada minum arak/tidak.
Pada malam tahun baru,malam merdeka mahupun valentine ramai yang membuat anak(berzina).Majoriti remaja islam yang melakukan perbuatan terkutuk tu..nauzubillah!

Cinta Kerana Allah...
Tidak ramai yang bercinta mengikut syariat islam tetapi ramai yang mendhambakan untuk dapat lelaki / wanita yang kuat beragama dan soleh/solehah..siapa yang tak nak?? =) 
Bercinta kerana Allah pasti lebih bahagia berbanding bercinta kerana nafsu..Cinta kerana Allah biasanya akan berakhir dengan kebahagiaan..Bukan sahaja di dunia malah di akhirat..
Bercintalah Kerana Allah....

Sabda Nabi S.A.W "..di nikahi wanita itu kerana 4 perkara..Kecantikkannya,Hartanya,Keturunannya dan Agamanya..Maka pilih la Agamanya.."


Ya Allah Ya Tuhanku..Jika Aku di Takdirkan Jatuh CInta..Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada Mu..Amin...

Wednesday

Istimewanya Solat Berjemaah...

Solat adalah perkara yang paling istimewa..Solat juga adalah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah s.w.t di akhirat kelak..Solat/Sembahyang adalah yang paling istimewa di dalam Islam dan Solat juga adalah membezakan antara orang Mukmin dan orang Kafir..

Firman Allah " sesungguhnya solat itu di wajibkan ke atas orang-orang mukmin pada waktunya" (An Nisa : 103)

Solat Jemaah
Jemaah yang di maksudkan adalah sekumpulan atau beramai ramai..Solat berjemaah ialah solat melebihi pada seorang.Seorang imam dan seorang makmum,jika bertambah bilangan makmum makin bertambah fadhilatnya.

Solat berjemaah akan mendapat 27 darjat pahalanya berbanding solat berseorangan.
Sehari ada 5 waktu solat.
  • Berjemaah (5 waktu x 27 darjat =135 )
  • Bersendirian ( 5 waktu x 1 darjat =5)
Jika di tukarkan kepada duit..sesorang yang solat berjemaah pada setiap waktu akan mendapat pendapat rm135 sehari..orang yang bersolat bersindirian akan mendapat hanya rm5 sehari..

Solat berjemaah di titiberatkan oleh Rasulullah S.A.W kerana  :
  • Membangkitkan perpaduan ummah.
  • Tidak akan berjaya seseorang tanpa bergerak dalam kumpulan yakni berjemaah.
Di riwayatkan dari Imam Al Bukhari dan Muslim..Rasulullah mengancam hendak membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah..

-HIDUPKU..MATIKU..SUJUDKU..HANYA PADA MU ALLAH-

Munajatku....

Tuhan...KuBisikkan Kerinduan..Keinsafan..Pengharapan..
Tuhan..Ku Persembahkan Pengorbanan Membuktikan Kecintaan..


BisikkanKu untukMu..Munajatku Mohon Restu..Semoga Cintaku Bukan Palsu..
Pada Desiran Penuh Syahdu..Gelombang Lautan Rinduku..


Munajatku...Dalam Syahdu..Merindui MaghrifahMu..MardhiahMu Dalam Restu..
Harapan Tulusnya HatiKu..


Kurindukan pimpinanMu..KeagunganMu dalam Doaku..Kebesaran pada kudratMu..Ia membina rohaniku..


Tuhan... Kubisikkan Kerinduan..Keinsafan... Pengharapan.....Tuhan...Kusembahkan Pengorbanan..Membuktikan Kecintaan..


Ujian kepahitan di dalam Kehidupan..Padanya ada Kamanisan..Ketenangan dan Kebahagian..Bayangan Syurga Idaman..


Munajatku...Dalam Syahdu..Merindui MaghrifahMu..MardhiahMu Dalam Restu..
Harapan Tulusnya HatiKu..


Kurindukan PimpinanMu..KeagunganMu dalam Doaku..Kebesaran pada kudratMu..Ia membina Rohaniku..

Tuhan... Kubisikkan Kerinduan..Keinsafan... Pengharapan...Tuhan...kusembahkan Pengorbanan..Membuktikan Kecintaan..


Sujudku...


Ya Allah Ya Rahman! ampunilah dosa-dosaku Ya Allah..ampunilah segala kesalahanku Ya Allah..ampunilah segala ketelanjuranku Ya Allah..ampunilah dosaku yang seringkali melanggar perintah Mu Ya Allah..ampunilah segala kesalahan dan kesilapanku  selama iniYa Allah Ya Rahman!

Ya Allah Ya Rahman..Ya Allah Ya Rahim..Ya Allah...
dengarkanlah rintihanku Ya Allah..hambaMu yg tidak lari daripada dosa..hamba Mu yg sentiasa melakukan maksiat pada Mu ya Allah..Ya Allah..selamatkan aku daripada seksa api neraka Mu Ya Allah..

Ya Allah Ya Rabbi...
aku memohon keampunan pada mu Ya Allah..selamatkanlah aku Ya Allah..aku tiada tempat mengadu selain daripada mu tempat aku bergantung Ya Allah..

Ya Allah Ya Rahman...
kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..kasihani lah aku Ya Allah..aku takut seksaan mu ya allah..

Ya Allah....selamatkanlah Ibuku dan  Ayahku dari seksa api nerakamu Ya Allah..selamatkanlah ibuku dan ayahku dari seksa kubur Ya Allah..kasihanilah ibu dan ayahku Ya Allah..ampunilah dosa ibu dan ayahku..ibu dan ayahku hamba mu yang lemah Ya Allah ,yang tidak lari dari melakukan maksiat dan kesilapan..ya ALLAH! selamatkan kami Ya Allah!!!

Ya Allah Ya Rahman..Ya Allah Ya Rahim..Ya Allah Ya Khaliq..Ya Allah Ya Sami'..Ya Allah Ya Mujib..
Aku bertaubat pada mu Ya Allah...berikanlah lah aku hidayah mu Ya Allah..tunjukkan lah aku ke jalan yg benar..jalan yg kau redhai Ya Allah..selamatkan aku Ya Allah Ya Rahman!!!

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..perkenankan doaku Ya Allah..amin ya rabbal al amin...

-HIDUPKU..MATIKU..SUJUDKU..HANYA PADA MU YA ALLAH-

Tuesday

Kebesaran Allah..

Subhanallah..Allahuakbar..
-Perhatikan nama Allah selama 10 minit,kemudian alihkan pandangan pada dinding..perhatikan betul2-

Hadiah untuk peninggal SOLAT!

Subuh
  • Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam Neraka Jahanam selama 60 tahun di akhirat.(1 Tahun Di Akhirat = 1000 Tahun Di Dunia) 
Zohor
  •  Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar
  • Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah.
Maghrib
  • Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Isya'
  • Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Azab Di Dunia..
  • Allah akan menarik NUR keimanan dari wajahnya.
  • Segala urusan di dunia akan menjadi susah.
  • Tidak akan di berikan ketenangan oleh Allah s.w.t
Azab Sakaratul Maut..
  • Semasa nyawa di tarik ia akan berada dalam keadaan yang sangat dahaga.
  • Malaikat Izrail akan menyabut nyawa tanpa belas kasihan.
  • Sakit yang tidak terperi semasa roh di cabut keluar -su'ul khatimah
Azab Kubur..
  • Kubur menjadi gelap gelita.
  • Susah untuk menjawab pertanyaan Munkar & Nakir.
  • Kubur menjadi sempit sehingga menghancurkan tulang.
  • Binatang berbisa seperti ular,kala jengking dan lipan menjadi penambah derita.
Di Akhirat..
  • Hisab akan menjadi berat.
  • Allah akan murka.
  • Api Neraka menjadi tempatnya.
Info!
  • Beza orang kafir dan mukmin adalah Solatnya!
  • Sesetengah Ulama mengatakan bahawa meninggalkan solat hukumnya adalah Kafir!
  • Rasulullah bersabda, 'Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad).




"Manusia Yang Tidak Solat Lebih Jahat Daripada Iblis"

Monday

Surah Al Mulk






 Kelebihan Surah Al Mulk menurut Hadis  

  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
  • Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
  • Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
  •  Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
  • Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
  • Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
  • Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
    Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."



 Kelebihan Surah Al Mulk Menurut Ulama 


  • Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
  • Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
  • Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

Hebatnya Azan!

 Pengertian Azan

  • Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Maha yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad saw. 
  • Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam, yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari.
Azan Penyatu Umat Islam
  • Azan menemukan momentum sebagai penyeru dengan “kekuatan supernatural” yang sangat dahsyat.
  • Islam banyak mazhab  namun tak ada perbezaan dalam mengumandangkan azan!
Sejarah Azan
  • Pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah
  • Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
  • Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang.
  • Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah SAW.
  • Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Dia langsung keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: ”Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.”
  • Yang kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.
  • Azan PERTAMA di kumandangkan Oleh Bilal Bin Rabah, sehingga kini orang yang mengumandangkan azan apabila masuk waktu digelar Bilal.
Fenomena Azan
setiap jam azan berkumandang di muka bumi Allah tanpa henti!
  • Bermula dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
  • Sebaik masuk waktu Subuh , Azan berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke Agungan Allah SWT dan Nabi Muhamaad SAW .
  • Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia, Perbezaan antara timur dan barat Indonesia adalah 1 ½ jam.
  • Belumpun laungan azan di merata Indonesia  selesai, ianya bermula di Malaysia, BRUNEI DARUSSALAM. Berikutnya ke Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh, berikutnya berakhir di Pakistan, Azan akan bermula di Afghanistan dan Muscat.
  • Perbezaan waktu antara Muscat  dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan di laungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait  dan Iraq. 
  • Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Antartik.  Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 ½ jam.
  • Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik , Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia . Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang , tidak putus-putus!!!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Masjidil Haram,Mekah