Followers

Wednesday

Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar(bahasa arab) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun.

Hukum Mahar
Hukum mahar adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al Quran.
Firman Allah s.w.t :
.."Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya".. - (Surah An-Nisaa’: 4)


Cara Membayar Mahar

  • Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunya nilai yang tertentu seperti berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah,kebun,mengajar atau membaca Al Quran,mengajar ilmu agama,senaskah kitab Al Quran,sejadah,telekung dan sebagainya.
  • Mahar juga boleh dibayar secara tunai,bertangguh ataupun hutang.
  • Jika secara hutang suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan syubhah atau salah seorang mati.
  • Jika suami mati,waris wajib membayar kepada ahli waris isterinya.
  • Jika diceraikan sebelum bersetubuh,hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya.
  • Jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh,isteri wajib memulangkannya separuh daripada nilai mahar.
  • Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Sekadar Hiasan

Jenis-Jenis Perkahwinan

Poligami 

  • Berkahwin lebih daripada satu ataupun ramai.
  • Ia diamalkan hampir keseluruhan bangsa didunia ini.
  • Pada syariat yahudi poligami dibenarkan tanpa batas.
  • Menurut islam poligami hanya dibenarkan tidak lebih daripada 4 orang dan mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Poliandri
  • Perkahwinan songsang ,perempuan berkahwin dengan beberapa orang lelaki.
  • Perkara ini jarang-jarang berlaku,ianya berlaku pada zaman arab jahiliyah.
Monogami
  • Merupakan cara perkahwinan tunggal antara seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja.
  • Penceraian tidak diiktiraf oleh katolik.

Firman Allah s.w.t.
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Firman Allah s.w.t
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)

Syarat-Syarat Poligami
  • Berkemampuan menanggung isteri dan anak-anak.
  • Berlaku adil dan tidak menzalimi yang lain.

Tuesday

Rukun Nikah

Lelaki

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Yang dikahwininya bukanlah mahramnya.
  • Tidak berada dalam keadaan ihram.
  • Tidak dipaksa kahwin.
Perempuan
  • Islam
  • Tidak berada dalam keadaan ihram.
  • Bukan isteri kepada seseorang.
  • Tidak berada dalam keadaan iddah.
Akad (Ijab & Kabul)
  • Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. 
  • Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul.
Wali
  • Islam.
  • Baligh.
  • Berakal.
  • Merdeka.
  • Tidak dipaksa.
  • Tidak berada dalam keadaan ihram.
  • Bukanlah dari seorang yang fasik.
Dua Orang Saksi
  • Beragama islam.
  • Baligh.
  • Berakal.
  • Bukan seorang hamba.
  • Tidak naynyuk.
  • Memahami bahasa yang dilafazkan semasa ijab dan kabul.

Saturday

Dekatkan Diri Dengan Allah

Mengubah diri daripada seorang yang jahil kepada yang berilmu bukannya satu perkara yang mudah.Ianya memerlukan kesabaran,keimanan dan ketaqwaan dalam diri yang tinggi.Hanya orang-orang yang bersabar mampu mencapai kejayaan ini didunia dan diakhirat.Mencari ilmu Allah memerlukan kesabaran yang tinggi.

Daripada seorang yang tidak solat kepada seorang yang tidak meninggalkan solat adalah susah pada hakikatnya.Daripada seorang yang suka main judi kepada tidak main judi.Daripada seorang kedekut kepada seorang yang pemurah.Sebenarnya adalah susah kerana pastinya Allah Taala akan menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.

Sebagai contoh Nabi s.a.w menyebarkan dakwah Islam yakni menegakkan agama Allah,banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mencapai kejayaan yang penuh gemilang.Begitu juga dengan para sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang ditindas,diejek,dimaki,dicerca,dihina dan sebagainya kerana memeluk islam,bertaubat dan ingin mendekatkan diri kepada Allah.Mereka tidak sesekali sedih,kecewa dengan ujian daripada Allah Taala kerana mereka tahu akan ganjarannya yang dijanjikan Allah.

Sahabat-sahabat nabi seperti Bilal Bin Rabbah yang terpaksa melalui pelbagai dugaan selepas memeluk islam.Beliau diseksa ditengah tengah padang pasir,dadanya dihimpap dengan batu panas,badannya dicucuk dengan besi panas dan sebagainya.Sumaiyyah dan keluarga terkorban kerana memeluk Islam.

Kita boleh ambil pengajaran dan iktibar daripada kisah perjuangan Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat baginda.Walaupun pahit seperti dicerca,dimaki,dihina,diejek dan dipukul tetapi mereka tetap berpegang teguh dengan yang satu yakni Allah s.w.t tuhan sekalian alam.

Itulah hebatnya perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kita ambil pengajaran dan kekuatan diri untuk terus dekatkan diri dengan Allah seperti untuk tidak meninggalkan solat,jaga aurat,membaca dan menghafaz Al Quran,menuntut dan mendalami Ilmu Allah dan sebagainya.
Allahualam..

Firman Allah, maksudnya:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.


Semakin Dekat Denga Allah Semakin Kuat Ujian

Friday

Imam Ahmad Bin Hanbal

Riwayat Hidup
  • Nama sebenar beliau ialah Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal.
  • Berketurunan dengan Nabi s.a.w sebelah neneknya.
  • Lahir di Baghdad pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah / 780 M
  • Beliau lahir dalam keadaan yatim serta miskin.Bapanya hanya meninggalkan rumah dan tanah yang kecil.
  • Beliau sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan.
  • Beliau tidak sombong dan bongkak.Beliau mengasihi seseorang kerana Allah.
  • Beliau seorang yang beraqwa,baik hati dan banyak melakukan ibadat.
Pendidikan
  • Sejak kecil beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu dan rajin belajar.
  • Sebahagian besar hidupnya adalah untuk mencari ilmu.
  • Beliau mengembara ke beberapa buah negeri untuk menuntut ilmu seperti di Kufah,Basrah,Syam dan Yaman.
  • Beliau khatam Al Quran sekali seminggu.
  • Menghafaz lebih 700 000 hadis.
  • Guru beliau yang masyhur ialah Imam As Syafie,Sufian Bin Uyainah dan Yahya Bin Said.
Sumbangan
-Beliau meninggalkan beberapa kitab yang mahsyur dan menjadi rujukan sehingga ke hari ini. :
  • Kitab Al Musnad mengandungi 40,000 hadis.
  • Tafsir Al Quran
  • Al Nasakh Wal Mansukh
  • Kitab Allah
Beliau merupakan Pengasas Mazhab Hanbali.

Thursday

Syaitan dan Manusia

Solat
Ramai yang mengambil mudah dan ringan tentang ibadat solat.Apabila tidak solat maka timbullah beribu alasan yang diberikan antaranya sibuk kerja,tak ada masa,tak semapt dan yang jawapan yang paling mudah adalah lupa!Solat adalah amalan  pertama Allah Taala akan tanya di akhirat kelak.Solat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanyalah 5 waktu dan melakukannya hanya 5 minit pada setiap waktu.

Syaitan
Syaitan & Iblis dilaknat bukan kerana tidak sujud kepada Allah Taala.Sebelum mereka dilaknat mereka merupakan makhluk yang mulia dan sentiasa sujud dan bertasbih kepada Allah s.w.t sehinggalah peristiwa Allah memerintahkan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t tetapi Iblis ingkar dengan perintah Allah Taala.Bermula dari situlah Allah melaknat Iblis kerana tidak sujud kepada Nabi Adam a.s.

Manusia
Kenapa manusia tidak solat dan sujud kepada Allah Taala sedangkan Iblis Laknatullah pun sujud kepada Allah s.w.t .Ini membuktikan bahawa manusia yang tidak solat lebih teruk daripada Iblis / Syaitan.Nauzubillah!

Sabda Nabi s.a.w .."Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barang siapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir"..(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Perintah
Allah memerintahkan manusia untuk sujud kepadaNya dengan menunaikan solat 5 waktu sebagai tanda syukur dengan nikmat Allah taala tetapi masih ramai lagi manusia yang berani serta ego untuk tidak menunaikan solat.Sedangkan ramai yang tahu bahawa solat adalah wajib dan sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja maka akan di azab dan diseksa di kubur dan di akhirat kelak.

Firman Allah: 
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar), taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka engganmengerjakannya." (Al-Mursalat 48 )

Ketika menggambarkan keadaan mereka pada hari kiamat,

Allah berfirman: 
"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, mereka tidak dapat melakukannya (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk, dan mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka di dunia dahulu telah pun diseru supaya bersujud (tetapi mereka enggan), sedangkan mereka berada di dalam keadaan sihat." (Al-Qalam: 42-43) 

Wednesday

Imam Syafie

Riwayat Hidup

  • Imam Syafie dilahirkan di Kota Gaza,Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. 
  • Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah.
  • Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. 
  • Imam Syafie berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie.
  •  Imam Syafie mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun.
  • Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
  • Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad.
  • Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi.
  •  Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. 
  • Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.
Pujian Ulama


Imam Malik bekas gurunya :
"Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai daripada Imam Syafie".

Imam Ahmad Bin Hambal berkata: 

“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.”


Beliau juga berkata: 
“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie”.

Kata Imam Ahmad lagi: 
“setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie”

Imam Muhammad al-Hakam berkata: 
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”. 

Beliau berkata lagi: 
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie”

Kata-Kata Imam Syafie
  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh.
  • Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  • Hati adalah Raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebathilan.
Pesan Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
  • Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
  • Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  • Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
  • Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
  • Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat,warak,bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
  • Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
  • Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
  • Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
  • Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
Makam Imam Syafie

Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

.."Tuntulah Ilmu Allah yakni Ilmu Agama yang bermanfaat untuk diri kita dan orang lain supaya dengan demikian menjadi pelindung diri kita di akhirat kelak.Bukan ilmu yang menyesatkan dan tidak membawa manfaat kepada diri kita"..


Tuesday

Imam Malik

Riwayat Hidup

  • Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi.
  • Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. 
  • Beliau juga merupakan seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. 
  • Beliau pernah menjadi guru seawal usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda.
  • Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun 
  • Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.
Peribadi
  • Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda.
  • Beliau seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal.
  • Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur.
  • Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya.
  • Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah "orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya".
Pendidikan
  • Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana.
  • Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. 
  • Beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja.
  • Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin.
Kitab Al Muwattak
  • Al-Muwattak bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama.
  • Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya.
  • Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu.
  • Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan.
  •  Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran.
  • Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muwattak karangan Imam Malik."

Monday

Imam Abu Hanifa

Riwayat Hidup

Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 masihi di Kufah semasa pemerintahan Abdul Malik Bin Marwan.Beliau berasal daripada bangsa Parsi.Nama sebenar beliau An Nukman Bin Thabit.


Beliau digelar "Abu Hanifah" kerana beliau  sentiasa bersama tinta  untuk  mencatat ilmu 
pengetahuan yang dipelajarinya.Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan  767 Masihi di dalam penjara ketika berumur 70 tahun dan dikebumikan di   Baghdad.Beliau dipenjara kerana menolak segala tawaran pangkat dan kemewahan yang diberikan kepada beliau oleh pemerintah.Beliau menolak jawatan yang tinggi seperti hakim,gabenor dan kadi kerana takut tidak dapat menjalankam tanggunjawab yang diamanahkan serta tidak suka dengan cara pemerintahan pada ketika itu.
Beliau adalah pengasas "Mazhab Hanafi".


Sifat Peribadi

  • Berpegang teguh dengan hukum Allah s.w.t
  • Rajin berusaha dan bercita cita tinggi.
  • Sering bangun malam untuk bersolat,membaca al quran dan beribadat.
  • Suka memberi nasihat.
  • Seorang yang pemurah.
Pendidikan
  • Beliau sempat menuntut ilmu  dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya  termasuklah Anas bin Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad,  Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.
  • Beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para  sahabat dan tabi'in.Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis.
  • Beliau juga mahir dalam bidang sastera.Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai.
Sumbangan
  • Ulama pertama yang menyusun Kitab Fiqh dengan tertib.
  • Menentukan kaedah mengeluarkan hukum.
  • Menulis kitab Al Fiqh,Al Kitab dan Al Faraid.
  • Kebanyakan masanya dihabiskan dengan mengajar dimasjid dan madrasah.
Pengaruh
  • Dikenali aliran Mazhab Hanafi.
  • Amat berpengaruh di Iraq dan menjadi mazhab rasmi Kerajaan Uthmaniyah.
  • Masih diamalkan dibekas negara jajahan Bani Uthmaniyah seperti di Mesir,Syria,Lebanon dan Bosnia.
  • Antara kitab terkenal dalam mazhab Hanafi ialah Fathul Qadir karya Ibnu Hamam.




Sunday

Ciri-Ciri Wanita Solehah


Kekuatan lelaki bergantung kepada seorang wanita yang solehah/baik.Kejayaan seorang lelaki juga banyak disumbangkan oleh wanita yakni menjadi tulang belakang kepada lelaki begitu juga dengan kehancuran dan kegagalan seorang lelaki.Wanita jualah yang memaikan peranan.


Wanita

  •  Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
  •  Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
  •  Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
  •  Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berehat selepas solat isya’.
  •  Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan.
  •  Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi.
  •  Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami.
Lelaki
  • Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri.
  • Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri.
  • Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah.
  • Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
  • Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri.
  • Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur.
  • Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas.
Sabda Rasulullah s.a.w:

وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu."


Saturday

Mengumpat!

Mengumpat adalah satu fenomena biasa dan perkara yang paling digemari oleh masyarakat Malayu.Mengumpat,cerita keburukan seseorang dan melagakan antara seseorang dengan seseorang yang lain telah menjadi adat dan perkara biasa sejak dari dulu lagi.

Mengumpat berlaku secara sedar ataupun tidak,perbuatan itu termasuklah menceritakan keburukan dan keaiban seseorang.Manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras pastinya tidak sanggup untuk mengumpat kerana dosanya sama seperti memakan daging saudaranya sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.."Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. 


Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Kadang-kadang mulut tersalah atau terlepas cakap tanpa kita sedari.Itu sebab dalam kehidupan seharian kita dituntut untuk saling maaf memaafi antara satu sama lain.Tiada manusia yang boleh lari dari melakukan dosa dan kesilapan.Allahualam..



Pesan Imam Al Ghazali
"Tiada Apa Yang Paling Tajam Di Dunia Ini Melainkan Lidah"

Friday

Ihsan Dalam Islam



Pengertian Ihsan
Sabda Nabi s.a.w .."kamu menyembah Allah s.w.t seolah olah kamu melihatNya,tetapi jika kamu tidak melihatnya sesungguhnya Allah melihat kamu"..
Dalam erti kata lain..Ikhlas beribadat kepada Allah s.w.t.

Kelebihan Ihsan

  • Mentaati perintah Allah dengan ikhlas.
  • Sentiasa amanah,jujur dan menepati janji.
  • Terasa nikmat dan seronok beribadat.
  • Mewujudkan keharmonian masyarakat.
  • Mendapat ganjaran disisi Allah Taala.

Thursday

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli sunnah wal jamaah terdiri daripada empat mazhab..Maksud Ahli Sunnah WalJamaah ,mengikut sunnah Nabi s.a.w dan waljamaah adalah kumpulan..

Prinsip Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

  • Mereka merujuk dan berpandukan Al Quran dan Hadis.
  • Mereka tidak mengkafirkan orang lain yang tidak seangkatan dengan mereka.
  • Mereka tidak menghukum kecuali mendapat bukti yang soheh.
Perbezaan mazhab bukanlah pada keimanan tetapi lebih kepada cara beribadat.Berlainan mazhab berlainan cara beribadat.

4 Mazhab!
  • Hanafi
  • Maliki
  • Syafi'e
  • Hambali

Ibadah Korban

Ibadah Korban hukumnya adalah sunat muaakad bagi yang berkemampuan dan hukumnya makruh  bagi yang mampu tetapi tidak melaksanakannya.

Pengertian Korban 
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan pada hari raya aidil adha.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t pada waktu khusus (Hari Nahar).

Hikmah Berkorban
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang tunduk dan patuh dengan perintah Allah s.w.t untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
  • Menanamkan rasa kasih dan sayang diantara orang kaya dan orang miskin.
  • Melahirkan tanda syukur kepada Allah Taala.
Syarat Sah Ibadah Korban
  • Haiwan hendaklah dalam keadaan sempurna dan tidak cacat.
  • Korban beserta dengan niat.
Dalil
[1]Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).[2]Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).[3]Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Fadhilat Korban
Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam: 
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani) 

Rasululllah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: 

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi) 

Nabi s.a.w bersabda ..“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” 


Firman Allah..

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu"..
(Surah Al-Haj ayat 37 )