Followers

Tuesday

Lailahailallah

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya .Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (Al Ahzab 41-42)

Kehebatan Kalimah Lailahailallah..
  • Tidak akan berlakunya hari kiamat selagi ada orang menyebut kalimah Lailahailallah.
  • "Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
  • Sekiranya di sediakan dacing,7 petala langit berada di sebelah dan sebelah lagi Kalimah Lailahailallah pastinya akan berat di sebelah Kalimah Lailahailallah.
  • Rasulullah SAW telah bersabda: “pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.
  • Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
  • Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
  • Kunci syurga bagi seseorang adalah dengan menyebut kalimah Lailahailallah.
Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini perbanyakkan menyebut kalimah Lailahailallah dan berzkir.Kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Ingatlah!Untuk memiliki keindahan hidup suatu hari nanti tidak memerlukan duit,harta dan pangkat sebaliknya hanya perlu perbanyakkan zikir lailahailallah kerana inilah "kunci syurga" yang di janjikan Allah s.w.t.
Allahualam..


"TiadaTuhan Melaikan Allah..Nabi Muhammad Pesuruh Allah."

Monday

Sabar & Iman

Assalamualaikum..
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mencabar dan bermacam macam ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya.Kadang-kadang sebagai manusia biasa kita akan ada perasaan sedih,geram,gembira,kecewa dan sebagainya.

Senjata mukmin yang paling hebat selain daripada doa adalah SABAR kerana dalam hadis Nabi s.a.w ada sebut "Sabar Itu Sebahagian Daripada Iman" bermakna kesabaran yang ada dalam diri dapat memupuk dan meningkatkan keimanan.

Semua perasaan yang ada dalam diri kita bermula dari hati,jika hati sedih,kecewa,gembira dan sebagainya secara automatik anggota lain akan mengikut apa yang di kata oleh hati.

Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
  • Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
  • Sabar melawan nafsu.
  • Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..
Bentuk ujian keatas manusia.


  • Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
  • Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
  • Ujian ke atas orang perseorangan
  • Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
  • Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T

Kepentingan Sabar

  • Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
  • Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.
  • Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
  • Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
  • Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Dan orang - orang yang beriman dan mengerjakan amal - amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai - sungai di bawahnya, itulah sebaik - baik pembalasan bagi orang - orang yaang beramal, (yaitu) yang sabar dan bertawakkal kepada Rabbnya.”(QS Al Ankabut: 58 - 59)

Sunday

Doa Mustajab

Pada bulan Ramadhan yang di berkati Allah ini,doa bagi seorang mukmin yang berpuasa sangat mustajab Insya Allah.Sabda Nabi s.a.w.. “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (Riwayat At Tarmizi)


Bismillahirahmanirrahim..
Ya Allah, kurniakan aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu,serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.Ya Allah,sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu di dalam diriku. Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMu, mengatasi cintaku padaMu .
Ameen


(doa nabi Daud yg di amalkan oleh Rasulullah s.a.w)

Doa Yang Tidak Di Terima Allah

  • Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
  • Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidakmenentangnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidakberamal untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidaknlari daripadanya.
  • Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidakbersedia baginya.
  • Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  • Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

Senjata Umat Islam

Assalamualaikum..
Senjata paling hebat umat Islam adalah 'doa'!
Doa adalah senjata umat Islam kerana setiap permintaan pastinya akan di terima Allah s.w.t tidak kira sama ada cepat mahupun lambat.Itulah kehebatan doa.

Doa yang di makbulkan Allah:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya / dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda doa dimakbul
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Berdoa la kepada Allah nescaya Allah akan perkenankan kerana Allah ada berfirman .."Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60) dan sabda Nabi s.a.w .."Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Fahami betul-betul isi kandungan Al Fatihah "Iyya Kana'budu wa iyya kanas taen" yang bermaksud  "kepadaMu aku sembah dan kepadaMu aku memohon pertolongan".Apa yang ana faham daripada ayat ini jelaslah bahawa mintalah pertolongan daripada Allah tidak kira waktu senang ataupun susah.


Yakin & Percaya
"Bahawa Allah Tidak Akan Mensia Siakan Hambanya"


Rancang

Assalamualaikum..
Semua orang yang beragama Islam tahu akan Rukun Iman dan rukun iman yang ke 6 ialah beriman pada Qada' & Qadar.Segala yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah s.w.t.

Di dalam perjalanan di bumi Allah pastinya ramai yang ada perancangan yang rapi dalam kehidupan.Setiap perancangan ada yang berjaya dan ada yang gagal.Semuanya telah di tetapkan oleh Yang Maha Esa.Setiap apa yang di rancang dan di impikan tidak semestinya berakhir dengan kejayaan dan kemenangan.Terima dengan hati yang terbuka segala yang telah di tetapkan olehNya.

Di dalam surah Al Imran,Allah s.w.t berfirman :
ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

Di dalam surah Al Imran ini jelaslah bahawa kita merancang,Allah juga merancang tetapi yakin dan percayalah bahawa Allah jualah sebaik baik perancang.Bukan kita..Kita tidak tahu apa akan berlaku walaupun sesaat ke depan.

Jazakallah..Allahualam. =)

Andainya Ramadhan Ini Terakhir Buatku

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... ku serahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti..







Demi Allah! 
Solatku..Ibadatku..Hidupku & Matiku Kerana  Allah Taala..