Followers

Monday

Janji Allah

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (27 : Surah An Nur)


Friday

Mukminah Mujahidah

Alangkah indahnya jika dapat melihat seorang muslimah mukminah....dengan wajah yang ditutupi dengan niqab..die berjalan dengan penuh tawadhu'..langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang,yakin,berwibawa dan penuh dengan semangat mujahidah.

Disebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa bukan getaran nafsu tetapi getaran keinsafan untuk mengenal Allah dengan lebih dekat.Ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati yang Maha Esa.

Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah dan zikrullah...Ada sepasang mata yang redup,yang cukup terjaga dari pandangan maksiat...

Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas...Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA...

Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,melainkan hikmah,hak serta mutiara-mutiara ukhwah..

Hanya dengan melihat pada perwatakannya sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati Allah..Agar berfikir tentangNya..

Maha Suci Allah


Kerana Allah

Lakukan & terima sesuatu perkara kerana Allah taala..Yakinlah kepada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali..

-Kita datang kerana Allah-
-Kita kembali kerana Allah-
-Kita bercinta kerana Allah-
-Kita berkawan kerana Allah-
-Kita berkasih kerana Allah-
-Kita berpisah kerana Allah-

Apa jua yang kita lakukan nawaitu niat kerana Allah taala.Yakin dan Yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita..Lillahitaala!


Thursday

Aku Bersujud

Ya Allah Ya Rabbi  :-(


"Tiada Tuhan Melaikan Engkau Ya Allah dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad s.a.w Pesuruh Mu Ya Allah"

Wednesday

Matahari

Dari Abu Dzar r.a bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w pernah bersabda, “Tahukah kalian ke manakah matahari ini pergi?” Mereka berkata, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Beliau bersabda, “Sesungguhnya matahari ini berjalan sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah Arasy, lalu dia bersujud. Dia tetap selalu seperti itu sehingga dikatakan kepadanya: ‘Bangunlah! Kembalilah seperti semula engkau datang’, maka dia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya, kemudian dia berjalan sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah Arasy, lalu dia bersujud. Dia tetap selalu seperti itu sehingga dikatakan kepadanya: ‘Bangunlah! Kembalilah seperti semula engkau datang’, maka dia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya, kemudian berjalan sedangkan manusia tidak menganggapnya aneh sedikitpun darinya sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah Arasy, lalu dikatakan padanya: ‘Bangunlah, terbitlah dari arah barat’, maka dia pun terbit dari barat.” Rasulullah s.a.w bersabda (yang ertinya), “Tahukah kalian bila hal itu terjadi? Hal itu terjadi ketika tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.”
Diriwayatkan oleh Bukhari




Tuesday

Kemanisan Wanita

Keayuan Wanita Solehah Itu,
Tidak Terletak Pada Kecantikan Wajahnya.


Kemanisan Wanita Solehah Itu,
Tidak Terletak Pada Kemanjaannya.


Daya Penarik Wanita Solehah Itu,
Bukan Pada Kemanisan Bicaranya Yang
Menggoncang Iman Para Muslimin.


Dan...


Bukan Pula Terletak Pada Kebijaksanaanya 
Bermain Lidah & Memujuk Rayu


Tetapi...


Pada Perjuangannya Meningkatkan Martabat 
Ilmunya,Keimanannya Dan Maruahnya.

Nota Cinta


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah