Followers

Saturday

Masih Lagi Ramai...

Assalamualaikum..

Di bulan yang mulia,di bulan yang barakah,di bulan yang mana pintu api neraka di tutup dan pintu syurga di buka masih ramai lagi yang tidak tahu menghormati bulan yang sangat di muliakan Allah s.w.t sehinggakan di dalam Al Quran hanya menyebut "Ramadhan" dan tidak ada sebut di dalam Al Quran bulan-bulan lain seperti muharam,syawal dan jauh sekali bulan januari,mac dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)



"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah )

Masih ramai lagi terutamanya remaja yang masih terus menerus melakukan maksiat,tidak menutup aurat,tidak mendirikan solat dan sebagainya.

Syaitan Di Ikat?
Kebiasaannya tazkirah di surau dan di masjid sebelum tiba ramadhan,penceramah / ustaz akan membaca hadis nabi s.a.w yang berbunyi Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kenapa masih lagi berlaku kemungkaran?Menurut hadis,jelaslah bahawa syaitan di ikat dan di rantai pada bulan ramadhan tetapi yang masih bebas melakukan kemungkaran bukanlah lagi hasutan syaitan tetapi hawa nafsu yang menguasai diri.Di dalam bulan ramadhan,orang yang hawa nafsunya tidak di kawal,mereka itulah yang menderhaka kepada Allah s.w.t..Allhualam..




“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Al Imran : 9 )

Wednesday

Pesta Amalan Berganda

Assalamualaikum..
Dalam bulan Ramadhan ,Allah memberi bonus & ganjaran di mana setiap amalan SUNAT akan di beri pahala FARDHU dan setiap amalan FARDHU akan di gandakan 70 Kali Ganda.

Contoh :
Setiap solat sunat akan di beri pahala solat fardhu,setiap solat fardhu akan di beri pahala 70 kali ganda dan setiap solat fardhu berjemaah akan di beri pahala 70 kali ganda x 27 ganda.

Sama-samalah kita dirikan solat fardhu 5 waktu berjemaah dan dirikan juga solat sunat seperti solat sunat tahajjud,dhuha,awabbin,tahyatul masjid,hajat,witir,taubat,qalbiah dan solat sunat tasbih.



"Mukmin Yang Tamak Pada Pahala Tidak Akan Sesekali Rugi"

7 Jenis Puasa

Puasa Lidah
Mengelakkan diri daripada bercakap bohong,bercakap yang tidak bermanfaat dan mengumpat.

Puasa Telinga
Jaga dari mendengar yang haram seperti dengar orang memaki hamun,mencarut dan bergosip.

Puasa Mata
Jaga dari melihat yang haram seperti melihat wanita yang seksi.

Puasa Nafsu
Mengelakkan diri dari bersikap tamak dan tuntutan shahwat.

Puasa Hati
Mengosongkan hati dari cinta duniawi.

Puasa Roh
Memelihara diri dari semua kelazatan.

Puasa Sirr
Mengawal dari sebarang kewujudan selain daripada Allah s.w.t


Puasa Bukanlah Semata Mata Menahan Diri Dari Lapar dan Dahaga

Tuesday

Sajak Solat


Jika dahi tak pernah mencecah sejadah di dunia...

> Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan,
 > Berwudu' lah kamu sebelum kamu diwudu'kan
 > Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
 > Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
 > Dengan kain kafan yang serba putih
 > Pada waktu itu tak guna lagi berseri
 >
 > Walau orang hadir itu merintih
 > Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai
 > Lalu dilaksanakan solat jenazah
 > Dengan 4 kali takbir dan satu salam
 > Beserta fatihah, salawat dan doa
 > Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
 > Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu
 > Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan
 > Seumur hidup
 > Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu
 > Dapat membayar hutang ruku' dan sujud
 > Yang telah luput
 > Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu
 > Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat
 >
 > Usunglah dirimu untuk solat
 > Sebelum engkau diusung ke liang lahat
 > Menjadi makanan cacing dan ulat
 > Dirimu ke masjid
 > Tangisilah dosa-dosamu di dunia
 > Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah
 >
 > Sucilah kamu sebelum kamu disucikan
 > Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail
 > Yang menakutkan
 > Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
 > Kerana ia berguna untuk yang tinggal
 > Dan bukan yang mati
 > Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
 >
 > Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan
 > Ingatlah di mana jua kau berada
 > Kau tetap memijak bumi Tuhan
 > Dan dibumbungi langit Tuhan
 > Serta menikmati rezki Tuhan
 > Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya
 >
 > Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir
 > Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air
 > Yang tidak bererti
 > Lalu menjadi segumpal darah
 > Lalu menjadi seketul daging
 > Lalu daging itu membentuk tulang-tulang
 > Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
 >
 > Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
 > Yang kalau jatuh ke tanah
 > Ayam tak patuk itik tak sudu
 > Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
 > Yang lebih agung dari malaikat
 > Lahirmu bukan untuk dunia
 > Tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat
 >
 > Sambutlah seruan haiya `alalsolah
 > Dengan penuh rela dan bersedia
 > Sahutlah seruan haiya `alalfalah
 > Jalan kemenangan akhirat dan dunia
 > Ingatlah yang kekal ialah amal
 > Menjadi bekal sepanjang jalan
 > Menjadi teman di perjalanan
 > Untuk kembali kepangkuan Tuhan
 >
 > Pada hari itu
 > Tiada berguna harta, tahta, dan putra
 > Isteri, kad kredit dan kereta
 > Kondominium, saham dan niaga
 > Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia
 > Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk

    bertaubat.


IKiM.fm

Renung-Renungkan

  • Betapa senangnya menonton bola selama berjam jam namun terasa berat untuk mendengar apabila khutbah di anjakkan masanya
  • Betapa sukarnya hendak membaca sebaris ayat al quran namun betapa mudahnya menghabiskan membaca novel seratus muka surat
  • Betapa gerunnya apabila di panggil bos namun tidak berasa takut apabila seruan ilahi berkumandang di masjid/surau
  • Betapa khusuknya bermain telefon namun begitu berat hendakkan melakukan solat-solat sunat
  • Betapa gelisahnya mendengar zikrullah namun bersenang hati apabila mendengar gosip-gosip terkini

Sebab Puasa Tidak Di Terima

Assalamualikum w.b.t
Bulan Ramadhan yang mulia ni pastinya ramai yang berpuasa atau erti kata lain menahan diri daripada lapar tetapi berapa ramai yang betul-betul berpuasa menurut syarak atau yang di tuntut oleh Allah taala?Adakah berpuasa hanya semata mata mengikut keadaan sekeliling atau hanya mahu berdiet?

Rasulullah s.a.w bersabda .."betapa ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar"..


Sebab Puasa Kita Tiada Pahala :

1.Orang yg berpuasa tetapi berbuka puasanya dari sumber yang haram.
2.Terlibat dalam mengumpat.
3.Tidak menjaga diri daripada dosa semasa berpuasa.
4.Tidak solat.
5.Tidak menutup aurat.
6.Berjalan berdua duaan dengan bukan muhrim.
7.Berjudi.




"Puasa ialah menahan diri daripada lapar dan juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa"


Monday

Jangan Tinggal Solat Subuh Berjemaah

Assalamualaikum..Sempena bulan Ramadhan ni,ana nak kongsi sedikit ilmu walaupun ramai yang dah tahu tapi tak salah kalau mengingatkan antara satu sama lain.Kongsi ilmu yang bermanfaat adalah sedekah..Sabda Nabi s.a.w.."tidak sempurna iman seseorang jika tidak mengasihani saudaranya sepertimana mengasihani dirinya sendiri"

Melewatkan sahur adalah sunnah.Kalau bersahur dengan awal contoh sekitar dalam jam 3 atau 4 pagi ,dengan perut yang penuh kita akan terus tidur dan kemungkinan besar gagal untuk bangun solat subuh secara berjemaah.

"Barangsiapa Solat Subuh secara berjemaah seolah olah kita beribadat sepanjang malam"


Betapa ruginya jika tertinggal solat subuh secara berjemaah di surau / masjid.Andaikata kita tidak menunaikan solat subuh berjemaah,ternyata kita hanya pentingkan kehendak kita berbanding menunaikan kehendak Rasulullah s.a.w.

Kerugian berganda kita akan perolehi jika di 10 malam terakhir juga kita "miss" solat subuh secara berjemaah kerana di Malam Lailatul Qadar pahala ibadat ialah seperti 30,000 malam,1000 bulan,83 tahun 4 bulan!


"peperangan yang hebat adalah berperang dengan hawa nafsu"

Salam Ramadhan