Dalam kepesatan kita mengejar arus kemodenan dan pembangunan,masih lagi ramai yang tidak tahu membaca Al Quran dan juga masih ramai lagi yang belum mengkhatamkan Al Quran.Apabila di tanya apa itu Al Quran?Pasti ramai yang akan jawab,kitab Allah yg di turunkan kepada Nabi Muhammad dan satu2nya mukjizat yang tinggal untuk kita dan tidak akan luput sehinggalah hari kiamat..Masya Allah..Pandai jawab tapi persoalannya berapa ramai yang pandai membaca Al Quran?
Al Quran vs Novel vs Buku Buku Am.Pastinya pembaca novel dan buku am lebih ramai berbanding membaca kitab suci Al Quran.Apa yang ana nampak sekarang ni,tidak ramai yang pandai membaca Al Quran.Baca Al Quran tergagap gagap,tajwidnya apatah lagi.Masya Allah..Akhir Zaman!
Sedangkan ramai yang tahu,Al Quran antara penyelamat kita di alam kubur kelak.Rajin baca novel dan buku.Kena rajin jgklah membaca Al Quran.Biar seimbang!
Kadang2,ana terfikir sejenak.Ramai kerja tinggi,belajar tinggi,gaji tinggi,cakap mat saleh cair habis,cakap cina,india dan bahasa2 lain lancar terus,pakai kereta besar,rumah besar.Tapi apabila di minta mengaji Al Quran ramai yang mengelak.Kenapa perkara ni berlaku?Benar apa yang di katakan di dalam hadis.Dunia semakin hampir dengan kiamat!
Memang tidak salah membaca buku-buku,itu pun ilmu tetapi persoalannya.Apakah dapat menandingi pahala dengan membaca buku semata mata tanpa membaca Al Quran?Ingat!Setiap ayat yang kita baca adalah pahala.Ana ingin berkongsi sedikit tentang Al Quran dan Fadilat2nya..Sekadar renungan dan peringatan untuk ana dan sahabat2 yang sentiasa mengikuti blog ana..Insya Allah..
Al Quran
Kitab Suci Umat Islam Al Quran Al Karim
Al Quran ialah kitab suci yang di wahyukan oleh Allah taala kepada Nabi Muhammad s.a.w melalaui malaikat Jibrail.Al Quran mengandungi berbagai bagai pengajaran,hukum hakam,perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam.Al Quran di turunkan oleh Allah s.w.t kepada semulia mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia mulia malaikat Jibarail,pada semulia mulia bulan iaitu bulan Ramadhan,di semulia mulia tempat iaitu Mekah,dalam semulia mulia bahasa iaitu Bahasa Arab.Al Quran itu sempurna!
Fadhilat Membaca Al Quran
Membaca Al Quran adalah berdialog dengan Allah s.w.t
Mendapatkan kemuliaan di sisi Allah s.w.t
Mendapatkan tempat di syurga bersama para rasul
Mendapat syafaat Al Quran pada hari kiamat
Satu huruf Al Quran mempunya 1 kebaikan yang pahalanya menyamai 10 kebaikan
Al Quran Menurut Hadis
"Sebaik baik orang ialah yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya"
"Tidak boleh iri kecuali kepada orang yang memahami Al Quran seta mengamalkannya siang dan malam"
"Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca Al Quran"
"Terangilah rumah mu denga solat dan membaca Al Quran"
"Al Quran adlaah hidangan daripada Allah,maka janganlah kamu menjauhinya"
Kesimpulan
Sebaik baik penawar hati adalah dengan membaca Al Quran
Bacalah Al Quran kerana ianya kunci untuk menaikkan darjat
3 hari berturut turut tidak membaca Al Quran,maka akan ada satu titik hitam pada hatinya
1001 rahsia kunci kejayaan ada di dalam Al Quran
Al Quran penyelamat di dunia dan akhirat kerana sabda nabi "al quran dapat memberikan syafaat
Apa yang ana tulis adalah sebagai renungan bersama.Untuk diri ana dan sahabat2 lain..Perkara baik kita sebarkan,perkara buruk kita simpankan..Allahualam=)
Surah Pembukaan ialah al Fatihah kerana surah ini di jadikan pembukaan dan permulaan Al Quran..
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Masjid Al Aqsa
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
KesimpulannyaPeristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
kejadian isra' dan mikraj adalah benar!
hayati surah Al Isra..Masya Allah! Sesungguhnya Al Quran itu Benar..Nabi Itu Benar..Subhanallah!
Ya Allah..Ampunilah dosaku Ya Allah..Ampunilah dosa ibu dan ayahku Ya Allah.Kasihanilah kedua ibu dan ayahku Ya Allah sepertimana mereka mengasihani aku semenjak kecil lagi Ya Allah ..Panjangkalah umurku Ya Allah..Umur ibu dan Ayahku Ya Allah..
Ya Allah Ya Rahman
Bukakanlah pintu hati ku,lapangkanlah dadaku supaya aku mudah menerima segala ilmu Ya Allah..Ya Allah Ya Karim..Kuatkan keimananku..Tambahkan ketakwaan di dalam diriku..Jauhilah aku daripada segala maksiat.Jauhilah aku daripada segala engkau murkai Ya Allah.Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..Berikanlah aku kejayaan dunia dan akhirat.Peliharalah aku Ya Allah!
Ya Allah Ya Hafiz! Selamatkan lah aku daripada seksaan api nerakamu ya Allah..Selamatkanlah kedua ibu dan ayahku daripada seksaan neraka Mu ya Allah..Peliharalah kami Ya Allah..Aku takut akan seksaan Mu ya Allah! Aku takut..Aku takut akan Neraka Jahanam Mu Ya Allah..Aku takut Ya Allah.Aku takut untuk menghadapi sakaratul maut ya Allah..Aku takut akan seksaan kubur Mu Ya Allah!Peliharalah aku ya Allah..Ya Allah..sakitnya seksaan Mu Ya Allah! Aka tak sanggup Ya Allah..Aku tak sanggup Ya Allah!
Ya Allah..Jika di takdirkan sudah sampai masanya untuk aku menghadap Mu..Tempatkanlah aku bersama dengan para Anbiya'..Di kalangan orang2 beriman,.Aku rindu akan nabi sekalian manusia,Nabi Muhammad s.a.w..Aku rindu dengan kekasih Mu ya Allah..Jauhilah aku daripada seksaan mu ya Allah..Aku takut ya Allah!Aku takut!Aku takut!Aku yakin dan aku percaya akan seksa Mu yang pedih dan menyeksakan..Aku takut..Selamatkan lah aku Ya Allah! :'(
Ya Allah Ya Wajid..
Jika aku di takdirkan jatuh cinta..Labuhkanlah cintaku pada insan yang benar-benar melabuhkan cintaNya pada Mu Ya Allah..Insan yang sentiasa mengabdikan diriNya pada Mu Ya Allah..Insan yang menjaga solatnya,auratnya,tingkah lakunya,adatnya,ibu bapanya dan dirinya..Pertemukanlah aku dengan insan yang beriman dengan Mu Ya Allah..Pertemukanlah aku dengan yang beriman Ya Allah..Jika tidak,aku takut! Aku takut jatuh ke lembah maksiat..Peliharalah aku Ya Allah!
Ya Allah Ya Mujib..Perkenankanlah doa hambaMu ya Allah!Amin..Amin..Amin ya Rabbal Al Amin..
Kelmarin ana dapat kongsi sedikit sebanyak tentang bala-bala Allah dan juga berkaitan penyalahgunaan Facebook.Hari ni ana ingin berkongsi lukisan Allah s.w.t dari lensa ana.. =)
Gunung Tangkuban Parahu,Bandung Indonesia
Gunung Tangkuban Parahu sebenarnya adalah gunung merapi atau bahasa malaysia Gunung Berapi.Menurut penduduk dan info2 yang ana dapat,gunung ini aktif letupannya pada tahun 70an.Bermakna sudah 30 tahun lebih berlakunya letupan di gunung Tangkuban Parahu ini.Apa yang menariknya di gunung ini adalah asap kesan daripada letupan masih lagi ada..Subhanallah! Itulah kehebatan kuasa Allah taala. Sulfurik,Asap dan Kawah sudah cukup membuatkan ana takut akan seksaan Allah di Neraka kelak..Ini baru sedikit..Bayangkan di akhirat kelak.Mungkin letupan ini hanya berlaku dalam tempoh beberapa hari atau berminggu minggu tetapi asap dan panasnya tetap ada sehingga 30 tahun selepas kejadian letupan itu.Bayangkan nyalaan api neraka Allah yang telah Allah buat dan bina selama beribu tahun..Bagaimana keadaannya? Astaghfirullahalazim!
Sebenarnya mendaki gunung ni bukanlah hanya untuk aktiviti lasak semata mata tetapi secara tidak langsung mendekatkan diri kita pada Allah..Apabila di fikir sejenak..Kenapa wujudnya gunung?Bagaimana sebesar gunung itu boleh hancur jika senaskah Al Quran jatuh ke atasnya dengan Izin Allah?Itulah dia kehebatan Allah taala.Sebenarnya mendaki gunung ini menyebabkan kita dapat mendekati Allah tanpa kita sedari.Tumbuhan2 yang menghijau..Bayangkan sepohon pokok ada berapa helai daun?Setiap sehelai daun sedang berzikir pada Allah tanpa henti.Subhanallah! Daun pun takut pada Allah..Kita manusia yang mempunya akal dan fikiran?
Masya Allah..Gunung yang paling tinggi ana daki adalah Gunung Kinabalu.Selama 2 hari perjalanan baru sampai ke puncak.Tinggi! Cukup tinggi dan besar bagi ana..Tetapi bayangkan jika Al Quran jatuh ke atas gunung hancur berkecai gunung itu kerana takut akan kekuasaan Allah s.w.t..Subhanallah..
Semalam ana g Jaya Jusco Cheras..Ana g sana sebab adik-adik ana ajak tengok wayang,tak terkecuali ibu ayah ana pun join.hehe..sementara ana menunggu untuk masuk ke panggung wayang jam 11 malam,ana ke surau dulu untuk menunaikan tanggunjawab sebagai seorang muslim.solat isya' di surau jaya jusco.Ana bukan nak bercerita tentang cerita yang ana tengok tapi ana nak cerita artikel yang ana sempat baca di surau tersebut selepas solat..
Artikel tu ada menyebut 11 sebab Allah turunkan bala !Ana tertarik dengan artikel tersebut kerana apa yang di sebut sudah ada yang berlaku sekarang ni.Jom kita tengok satu persatu apa yang di sebut di dalam hadis tersebut telah pun berlaku sekarang ni.Masya Allah!
Sebab-Sebab Allah Turunkan Bala
"Apabila harta negara di agih agihkan pada orang2 tertentu sahaja"
"Apabila suami terlalu meturuti kehendak isteri"
"Apabila anak-anak menderhakai ibu bapanya"
"Apabila seseorang lebih memuliakan kawan dan kekasihnya lebih daripada ibu bapanya sendiri"
"Akan ada seorang ketua yang terhina di kalangan mereka"
"Sudah mula berbicara dan melakukan aktiviti duniawi di dalam masjid"
"Apabila arak menjadi minuman biasa"
"wanita mula memainkan alat2 muzik dan di jemput menghiburkan majlis"
"Memuliakan seseorang kerana kejahtannya"
"Apabila lelaki memakai sutera"
Apa yang di sebut di dalam hadis di atas ini,sudah banyak berlaku sekarang ini.Malah telah pun berleluasa.Contohnya..Arak di minum di merata rata tempat,Wanita menghiburkan majlis dan masjid di jadikan tempat untuk duniawi..
Bukti !
buat arak seperti air mineral !
Perempuan menghiburkan di dalam sesuatu majlis
Baju sutera lelaki
bangga memainkan alat muzik
anak mula menderhakai ibu bapanya
Semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi kita.Sama-sama kita mendekatkan diri pada Allah dan jauhi segala laranganNya kerana ana pasti janji Allah itu benar.
"Percaya pada Allah dan Yakin pada Allah adalah berbeza! Percaya pada Allah belum tentu lagi Yakin pada Allah..Yakin pada Allah,automatik Percaya pada Allah"
Yakinlah dengan janji-janji Allah..Sesungguhnya Allah benar-benar tidak memungkiri janji..
Allahualam..
-Hidupku..Sujudku..Matiku..Hanya Pada Allah Sekelian Alam-
Hari ni ana nak berkongsi sedikit tentang laman sosial facebook,kegunaan dan tujuan.Yang bagi idea untuk ana bercerita tentang facebook adalah sahabat ana..Ana nak kongsi sikit kebaikan dan keburukan penggunaan facebook ini ,baik dan buruknya pasti ada =)
Facebook! Facebook adalah laman sosial yang tersohor abad ini,facebook di asaskan Mark Zuckberg.Facebook di asaskan pada 4 februari 2004.Pada awal facebook ini hanya terbatas di gunakan di Harvard College.Pada julai 2007,facebook telah meluaskan empayarnya ke seluruh dunia.Sehingga kini facebook antara laman sosial yang sangat popular sehingga mengalahkan laman sosial lain seperti myspace,friedster,tag & lain2 lama sosial..Hebat !
Pengasas Facebook
Tujuan Facebook?
Di dalam laman sosial facebook ini macam2 kita boleh paparkan dan kongsi pada kawan2 dan masyarakat yang ada senarai kawan dengan FB kita.Kita boleh berkongsi gambar,kongsi idea,kongsi info tentang diri kita dan sebagainya.Ana tak nafikan ,facebook atau lebih di kenali sbg FB ni ada baik buruknya.Facebook juga dapat menghubungkan kita dengan rakan2 lama,rakan2 kelas,keluarga dan sebagainya.Banyak manfaat yang kita dapat dari FB ni,tapi ada juga yang salah menggunakan FB ni.
Facebook di perluas! Untuk melayari Fb,tidak terhad hanya dengan menggunakan laptop je.Kini di perluas sehingga telefon bimbit.Contohnya Blackberry dan Apple I Fon,ia sebenarnya di cipta khusus untuk melayari Facebook..Contohnya ,Blackberry dapat mengupdate status kita tanpa mengira tempat dan waktu serta dapat memberitahu lokasi sebenar kita..hebat!
penggunaan blackberry hanya melalaikan umat islam utk terus beribadah kepadaNya
Kebaikan FB .. Bagi ana facebook ni ada kebaikannya dan banyak jugalah kebaikannya.Kebaikan FB ni antaranya dapat menghubungkan kita dengan teman2 lama.Ada juga orang yang mengambil peluang menjadikan FB sebgai tempat melakukan perniagaan.Contohnya menjalankan perniagaan secara online,menjual produk seperti tudung,beg,jam,produk kesihatan,perhiasan wanita dan sebagainya.Secara tidak langsung dapat menmbahkan pendapatan mereka sama ada pelajar mahupun yang sudah berkeluarga.Selain itu ada juga yang menjadikan laman sosial Facebook ini untuk berdakwah dan berkongsi ilmu agama seperti contoh pendakwah dan penceramah terkenal,Ustaz Azhar Idrus.Beliau menggunakan laman sosial facebook ini dengan sebaik mungkin,berdakwah sambil online dan ada beberapa lagi kebaikannya.
"Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yasin.
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu. sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.
sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.
Barangsiapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.
Barangsiapa membaca Surah Yasin diwaktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya diwaktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.
Barangsiapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.
Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.
Apabila seseorang yang sedang berada didalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.
Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasin, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.
Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.
Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.
Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, allah jadikan setiap setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.
"Semoga Allah tempatkan kita bersama sama dengan orang2 yang beriman..Selamat beramal.."
Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:.
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripunggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.
4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang
menyala-nyala.
6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.
7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.
9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula sepertikeldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan
10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :
·Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.
Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya mmaka para malaikat juga melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan yang mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.
Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.
Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.
Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, berpuasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.
Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.
Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya
Dari Hadis Nabi S.A.W
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa olih seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang di sinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluaar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila
seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".