Followers

Wednesday

PERNIKAHAN

Agama islam ini adalah agama yang indah dan mudah,islam bukanlah agama paksaan.Tidak wujud istilah ahli agama yang perlu hidup membujang sehingga ke akhir hayat semata-mata untuk beribadat kepada Yang Maha Kuasa.
Allah mengurniakan hati dan perasaan pada setiap manusia dan sudah menjadi lumrah setiap manusia memerlukan pasangan untuk saling dicintai dan disayangi antara satu sama lain.

Hukum Pernikahan

  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • SUNAT -  Kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • HARUS - Kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • MAKRUH -  Kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
  • HARAM -  Kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Dalil Pernikahan

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhlukNya semua berpasangan,sama ada yang ditumbuhkan dari bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui" (Surah Yassin :36)

"Dan Allah menjadikan bagi kamu dan diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri),dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu,anak dan cucu cicit,serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkan mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah ((penyembahan berhala),dan mereka pula kufur akan nikmat Allah?" (Surah an-Nahl : 72)



Tuesday

Assalamualaikum...

Bismillah...Rasanya lama sangat tak menulis dalam entry blog ni disebabkan beberapa sebab dan masalah teknikal..Terima kasih kepada semua pengikut blog Putera Islam kerana sudi membaca dengan penulisan ana yang tak seberapa :)
Insya Allah sama2 kita dapat manfaat dunia akhirat..Barakallah :)