Followers

Sunday

Amukan Gunung Angsi

Assalamualaikum..
Pagi 30 Julai 2011 genap usia ana 22 tahun.Ana pergi ke Ulu Bendul Kuala Pilah untuk mendaki Gunung Angsi.Ketinggian Gunung Angsi 810 meter dari paras laut.Gunung Angsi ana dah daki lebih dari 30 kali sejak dari 2008 tapi pendakian kali ni begitu mencabar.Selepas tragedi ibu air di Ulu Bendul dan meragut 3 nyawa kanak-kanak dalam sekelip mata pada bulan 5 baru-baru ni.Inilah kali pertama ana pergi dan dapat lihat perubahan yang berlaku sekitar Ulu Bendul yang terkenal dengan tempat perkelahan dan rekreasi.

Pertama Kali
Hari ni apa yang di sebut ibu air/kepala air.Terjadi lagi walaupun tidak seteruk pada bulan 5 baru-baru ini yang meragut nyawa kanak-kanak.Semasa jungle tracking menuju ke puncak gunung,tiba-tiba hujan lebat turun.Dalam sekelip mata air sungai naik secara mendadak dan nampak kekeruhan air di sebabkan hujan lebat di puncak gunung.Maha Suci Allah!



Syukur
Syukur pada Allah kerana semua selamat dan syukran ya Allah kerana hari ni ana berpeluang untuk lihat dan tengok kejadian dan kebesaran Allah.Setenang tenang air sungai menjadi tempat tarikan pelancong,berubah dalam sekelip mata akibat hujan lebat di puncak gunung.Ana terfikir kejadian tsunami di Jepun dan Aceh,pasti lebih hebat.Itulah tanda kekuasaan Allah taala."kun fa ya kun" maka jadi jadilah.





Tanda Kekuasaan Allah
Maha Suci Allah..Batu yang besar dan keras boleh tewas dengan air.Hanya dengan tolakan air yang di sangka tenang,boleh menterbalikkan batu besar dan di bawa arus air hanya dalam masa beberapa saat sahaja.Itulah tanda kebesaran Allah taala.





Kesimpulan
Sekeras keras manusia pasti ada lembutnya dan selembut lembut manusia pasti ada kerasnya. =)
Jazakallah..Allahualam.


Hubungan Manusia Ada Tiga
-Hubungan Manusia Dengan Allah-
-Hubungan Manusia Dengan Manusia-
-Hubungan Manusia Denag Alam-

Saturday

Syukran Ya Allah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memanjangkan umur ana dan memberi ana nikmat kesihatan dan rezeki yang halal sehingga ke saat ini.Hari ni tanggal 30 Julai 2011,genap umur ana 22 tahun.Dari seorang bayi sehinggalah kanak-kanak dan hari ini telah pun hampir meninggalkan zaman remaja.

Terima kasih kepada Mama & Abah yang tak pernah jemu-jemu mendidik dan membesarkan ana dari kecik hinggalah ke saat ini.Membela ana dari sebesar tapak tangan hinggalah sekarang.Itulah pengorabanan seorang ibu dan ayah.Maha Suci Allah..

Bismillahirahmanirrahim
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku Bersyukur Pada Mu Ya Allah
Kerana Telah Memanjangkan Usia ku
Aku Bersyukur Pada  Mu Ya Allah
Kerana Telah Memberikan Aku Nikmat Dari Bayi Hinggalah Ke Saat ni
Aku Bersyukur Ya Allah
Atas Segala Pemberian Kurniaan Mu
Ya Allah
Selamatkanlah Aku Daripada Seksaan Kubur Mu
Selamatkanlah Aku Daripada Seksaan Neraka Mu
Ya Muhaimin
Kasihanilah Ibu dan Ayahku
Sepertimana Mereka Membesarkan
Dari Kecil Hinggalah Dewasa

Amin Ya Rabbal Al Amin


Friday

Sebab Lelaki Suka Tengok Tubuh Badan Wanita

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, 

maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.







Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, 

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, 

kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, 
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, 

nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, 
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, 

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, 

menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, 

agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.



Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. 

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Firman Allah : "Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".


Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih  tidak menutup aurat menurut syarak, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga..



Sabda Rasulullah .. "barangsiapa memakai pakaian yang menjolok mata,maka Allah akan memberikan kehinaan kepadanya di akhirat kelak.." (hadis riwayat Ahmad)









"Wanita Adalah Perhiasan dan Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"

Thursday

Kisah Pasangan Kekasih

SEBELUM COUPLE :

Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..

Lelaki : ye! abg dh lme tnggu saat nie!
Perempuan : abg nk tngglkn syg ke?
Lelaki : mestilah x..?? tolong jgn fkir mcm tu.. x mungkin terjadi..!!!
Perempuan : abg cintakn sygkan?
Lelaki : ye..tiap hari..
Perempuan : abang pernah tipu syg x?
Lelaki : TAK! kenape syg selalu tanya cam tu?
Perempuan : Abg akan selalu keluar dengan syg tak?
Lelaki : setiap kali ada pluang abg tak kan lepaskn..
Perempuan : abg akan pkul syg?
Lelaki : gila ke?abg bkn lelaki mcm tu!
Perempuan : bleh ke syg percayakn abg?
Lelaki : yaa!
Perempuan : syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas..







Sekadar huburan bersama =))

10 Perkara Kelakar Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..
Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak ni,banyak perkara yang melucukan akan berlaku pada bulan Ramadhan =)


  • Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu
  • Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat
  • Ramai yang puasa tapi masih pergi dating
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam
  • Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawikh
  • Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat
  • Ramai yang puasa tapi masih mengumpat
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyurapai wanita dan wanita menyerupai lelaki (al-Mutasyabbhihatu birrijal )
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat
Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik,mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan berjimat duit.

"Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari."

Daripada pengertian puasa kita tahu bahawa tak guna puasa kalau diri tak dapat menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa.
Jadi..Yang mana satukah kita?Adakah kita tergolong daripada golongan yang di sebut di atas atau sebaliknya?Renung-renungkan.Semoga Allah pelihara kita dunia dan akhirat. =)

Wednesday

Sabar

Setiap manusia pasti akan merasai kekecewaan dan juga kegembiraan.Itu adalah lumrah dalam kehidupan dan sebagai mukmin kita kena hadapi dengan tenang dan sabar.Kesabaran adalah senjata bagi orang islam.Tidak kira kecewa dalam pelajaran,pertandingan dan sebagainya.Itu adalah adat dan lumrah seorang insan.

Dalam melayari bahtera kehidupan,kita kena terima apa saja yang berlaku.Perjalanan kembara kehidupan pastinya akan temui kesusahan,kesenangan,kegembiraan dan kekecewaan.Perjalanan hidup biasanya kita merancang dengan sebaiknya tetapi kadang2 perancangan kita tak tercapai dan gagal dalam misi kita.Bagi orang yang beriman pastinya akan terima dengan hati yang terbuka dan ada hikmah di sebalik kejadian dan bagi orang yang fasik / munafik pastinya tidak akan boleh terima dan akan kedengaran la "bunuh diri" dan sebagainya.

Ujian yang kita terima pada hari ini tidaklah sama dengan ujian yang di terima seperti Nabi Nuh a.s,Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sehingga nama-nama baginta tercatit dalam Al Quran..Walaupun tidak mungkin kita dapat atasi kekecewaan dan ujian seperti Nabi-Nabi Allah tetapi belajarlah bersabar dan tabah seperti mana kekasih-kekasih Allah bersabar walaupun sedikit.

Allah sayang pada hambaNya yang bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian.


ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين

"Kita Merancang..Allah juga Merancang..Allah Jualah Sebaik Baik Perancang"

Untukmu Wanita




.." Wanita ibarat Epal, Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tapi Epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja yang mampu memtiknya.Itulah pertama yang di cari.Bukan kaca yang berterabur dan bertebaran di tanah yang mudah di pertik.Wanita solehah adalah wanita yang terbilang"..

-jazakallah -



Sedekah Ayat Al Quran

Assalamualaikum..
Apa yang kita faham tentang sedekah ayat-ayat suci al quran?Ramai yang berpendapat sedekahkan ayat-ayat suci Al Quran seperti surah yasin hanya di sedekahkan pada orang-orang yang telah meninggal dunia.

Baca yasin atau baca apa surah sekalipun di dalam al quran bukan sahaja boleh di sedekahkan pada orang yang telah meninggal dunia malah boleh sedekahkan pada roh orang yang masih hidup.Sedekah dengan niat semoga roh orang yang kita sayang tenang seperti suami,isteri,ibu,ayah ataupun anak.

Jadi lepas ni,jika baca Al Quran sedekahkan juga pada roh orang masih hidup dengan niat orang yang kita sedekahkan tu sentiasa tenang dalam menjalani kehidupannya.Ingat!Setiap doa adalah sedekah dan sebaik baik amalan adalah sedekah. Allahualam.Jazakallah =)

Al Fatihah



Program Laknatullah

Assalamualaikum..
Pernah tengok Akademi Fantasia atau Mentor?Jujur ana cakap,ana hanya mengikuti Akademi Fantasia musim ketiga sebab masa tu ada Mawi World,yang lain tak pernah tengok.

Rata-rata yang masuk pertandingan ini adalah di kalangan wanita dan melayu islam.terjerit,terlopong,terpekik,terjerik,ternangis dan macam-macam lagi aksi yang kita boleh nampak melalui kaca tv.Selama ni tahu sebab benda tu tak elok dan berdosa sebab pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,buka aurat dan sebagainya tapi tak tahulah dosanya sampai ibu ayah pun tanggung.Masya Allah!

Di sebabkan anak-anak..Ibu Ayah tak masuk syurga!Program ini rupa-rupanya program laknatullah!Pengaruh barat dah pun menguasai pemikiran anak-anak muda melayu islam sekarang dengan rancangan yang boleh cenderung ke api neraka.Kejayaan program realiti hiburan itu menarik minat berjuta orang dari seluruh negara termasuk brunai.

Ikuti penjelasan dari seorang pendakwah bebas..

Duit vs Amal


Assalamualaikum..
Malam Pertama?Setiap manusia yang normal pastinya nak merasai malam pertama selepas di nikahkan.Kerana itulah perkara yang tidak pernah di alami selama hidup ni.Dan apabila tibanya malam pertama pasti tersenyum,tersengih,takut,gerun,malu,gembira semua ada dalam diri.Perkara pertama untuk alami malam pertama adalah dengan mengumpul duit dan harta sebanyak yg mungkin.Kadang-kadang ada sanggup tak makan dan minum,tak enjoy dan sebagainya,semata mata hendak mengumpul duit buat nikah dan lalui malam pertama.

Tapi....Pernah terfikir tak malam pertama selepas di kafankan?Persediaan apa yang kita kena buat?Kalau nak lalui malam pertama selepas di nikahkan ,kita perlu mengumpul duit dan harta tapi untuk melalui malam pertama selepas di kafankan adalah dengan mengumpul amal sebanyak yang mungkin.Untuk kehidupan yang selesa selepas nikah kita perlu ada harta yang banyak untuk keselesaan dan kesenangan selepas nikah,begitu juga alam selepas kematian.Untuk kehidupan yang selesa dan kesenangan selepas mati adalah dengan adanya amalan yang banyak.

Sebagai seorang mukmin kita sepatutnya memikirkan dua malam pertama yang bakal kita lalui.Adakah kita hanya hendak mencari keseronokan malam pertama selepas nikah sahaja?Sebelum nikah kita di ajar bagaimana soalan,cara jawab dan cara akad nikah.Semuanya telah di ajar oleh penceramah,guru atau kawan kita.Begitu juga dengan alam kubur,kita telah pun tahu soalan bocor di dunia.Contohnya Siapa Tuhan Kamu?Allah! tapi di dunia kita memang boleh jawab tapi di alam kuubur?Kerana pernikahan kita berhadapan dengan tok kadi tapi di alam perkuburan kita berhadapan dengan malaikat yang taaat dan patuh pada Allah.

Masya Allah..Sempena kehadiran ramadhan tidak lama lagi.Perbanyakkan amalan.Seimbang dengan duniawi dan ukhrawi.Jazakallah..Allahualam =)


"Sebijak Bijak Manusia Adalah Manusia Yang Sentiasa Memikirkan Tentang Kematian"

Malam Pertama

Assalamualaikum..
Malam pertama?Pasti anak bujang atau anak dara yang belum bernikah akan memikirkan malam pertama adalah malam selepas di nikahkan.tapi pernah terfikir malam pertama di alam kubur?Masya Allah..

Pernah terfikir malam pertama di kubur?
Pernah terfikir suasana di alam kubur?
Pernah terfikir sempitnya liang lahad?
Pernah terfikir soalan-soalan dari malaikat?
Pernah terfikir hanya amalan yang di bawa?
Pernah terfikir gelap dan dahsyatnya alam kubur?

Mungkin ada yang pernah terfikir dan mungkin juga yang tak pernah terfikir tentang kematian dan alam perkuburan.Malam pertama?ya...Dua malam pertama yang kita akan lalui.Pertama selepas nikah dan keduanya selepas kematian.

Bagi alim ulama dan orang yang beriman pasti akan sentiasa menangis apabila mengenagkan azab kubur menurut apa yang di ceritaka di dalam al quran dan hadis.Dan bagi ahli maksiat dan pengejar duniawi,mereka pastinya tidak akan memikirkan soal kematian dan alam perkuburan kerana duniawi adalah segalanya dan apa yang pasti mereka takut akan kematian berbeza dengan para ulama dan orang-orang yang beriman.


Firman Allah.."Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) “keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar".. (Al-An’am:93).


"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Thaahaa: 124)


Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Akan dikuasakan kepada orang kafir dalam kuburnya sembilan puluh sembilan ekor naga yangakan menggigitnya sampai tiba hari kiamat. Sendainya seekorsaja dari naga itu menjilat sebidang tanah, maka tanah itu akan mati (tidak dapat menumbuhkan tanaman).'"


Dari firman Allah kita dapat buat kesimpulan,seksaan Allah bermula dari sakaratul maut,belum pun di kapankan dan di kebumikan lagi.Ini adalah seksaan-seksaan sebelum hari kiamat.Masya Allah..Dari hadis Nabi s.a.w.."Jika kamu terlepas dari azab seksaan kubur,maka lain-lainya akan di permudahkan kelak.".Allahualam..


"Ya Allah..
Selamatkan Aku dan Keluargaku daripada Seksaan Kubur dan Neraka Mu Ya Allah"













Tuesday

Tidur Lepas Subuh

Sebelum ni ana pernah dengar,tidur lepas subuh rezeki kurang dan payah hendak masuk.Ana pun percaya bulat-bulat tanpa ada terfikir untuk kaji dan cari dalam hadis-hadis ataupun mana-mana dalil mengenai tidur selepas subuh.

Tiada dalam dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh.Cuma ada pendapat dari para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah makruh tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.Cuma tidur yang berlebihan dan tidak teratur akan menyebabkan malas dan hilangnya seri muka.


Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.(ini yg bertahajjud tapi kalau yg bersms,berchat dan berfacebook tak perlu la tidur)


Dari Ibn Qaiyim :
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."



Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau berkata,Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.(jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah kt masjid,nanti lepas kawin boleh didik isteri,kalau tak dua-dua hanyut.hehe)



Lebih baik bangun solat dan tidur semula kerana hukumnya makruh je daripada tidur tak bangun-bangun sehingga solat di abaikan tetapi tersangat la baik lepas solat tak tidur =)


Subuh ke Laut,Syaitan Gembira


.."Tidur Lepas Subuh Membentuk Kedegilan
Tidur Lepas Asar Membentuk Kejahilan"..



Subuh & Ganjaran

.."Waktu Subuh, spektrum warna adalah biru muda yang berkaitan dengan frekeuensi tiriod yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan..
Warna biru muda berkaitan dengan rezeki dan komunikasi..
Sesiapa yang melewatkan waktu solat Subuh mereka akan mengalami masalah komunikasi dan sukar yntuk mendapatkan rezeki"..


Solat yang paling susah dan liat hendak di kerjakan adalah solat subuh & isya' sesuai dengan hadis Nabi s.a.w  :
“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak(datang solat jemaah di masjid).” (Hadis riawayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Besar ganjaran yang Allah berikan pada hari kiamat .Sabda Nabi s.a.w.."Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Ana pernah dengar seorang ustaz ni cakap masa ceramahnya,katanya "orang kafir tidak akan takut dan gerun dengan umat islam selagi solat 5 waktu jemaah di surau tidak ramai seperti solat jumaat".

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Pada umat islam yang jarang / tidak pernah solat jemaah subuh di masjid/surau,mulakan langkah solat jemaah pada bulan puasa akan datang ni..Kekuatan & Kemenangan Islam bermula dari jemaah.


Monday

Kembara Hidup

Di dalam melayari bahtera kehidupan di dunia sementara ini banyak dugaan dan ranjau kehidupan perlu di lalui.Begitu cepat dan pantas masa berlalu.Naik turun dalam kehidupan pasti akan di rasai setiap manusia di dunia yang penuh dengan tipu daya ini.Yang di atas pasti akan ke bawah dan yang bawah pasti akan ke atas.Perjalanan kehidupan umpama seperti roda yang sentiasa berpusing.


Pada hakikatnya yang berkuasa akan terus menzalimi dan menindas yang lemah sesuai dengan hadis-hadis nabi.Melayari bahtera hidup tidak sama seperti melayari bahtera di lautan ciptaan manusia.Berbekalkan Al Quran dan Hadis melayari bahtera tidak sama sekali sesat jika benar-benar berpegang teguh.Sayang seribu kali sayang..Ramai pelayar yang hanyut dengan ombak deras duniawi.Sehingga lupa bahtera yang kita bawa adalah amanah dari Allah.Pinjam dan perlu di pulangkan semula kepadaNya.

Pengembaraan bermula!Perlumbaan manusia mengejar kekayaan,pangkat dan harta yang bersifat sementara ini semakin kejam.Perkataan "AMANAH" hanya tinggal perkataan dan sebutan.Pelayar-pelayar pada asalnya mencari cinta Ilahi akhirnya terperangkap dengan cinta duniawi.Mula hanyut dengan cinta pendusta.Di mana janji-janji asal sebelum melayari bahtera?Janji tinggal janji kerana duniawi sanggup mengetepikan Yang Maha Esa.

Pukulan ombak yang semakin hebat,pelayar-pelayar mula mabuk dan hanyut.Tidak dapat membezakan mabuk laut ataupun mabuk air kencing syaitan.Dahulunya menganggukkan kepala tanda berzikir,akhirnya rebah kerana alunan-alunan muzik.Lantang bersuara berani kerana Ilahi ,kini diam seribu bahasa kerana takutkan duniawi.Pelayar-pelayar semakin hilang arah.Dunia Oh Dunia



Bismillahirahmanirahim
Ya Allah..
Selamatkanlah Kami Dalam Melayari Bahtera Kehidupan
Peliharalah Kami Dari Kesesatan dan Kekejaman
Permudahkanlah Segala Urusan Kami
Cinta Hakiki dan Abadi Hanya Pada Mu 
Kami Yakin
Dunia Ini Hanyalah Sementara dan Ujian Daripada Mu
Selamatkan Kami Ya Allah
AMIN


Dosa Menggunung

Assalamualaikum w.b.t.
Perjalanan ana dari rumah untuk ke tempat belajar mengambil masa dalam 35-45 minit.Baru-baru ni ana ada beli CD Munajat Dalam Naungan Ampunan dari Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani).Dalam munajat cd tersebut banyak yang munajat-munajat yang di bawa oleh ustaz Asri antaranya "menangislah sekarang".Sambil drive ana dengar alunan syahdu dari Ustaz Asri..Sampailah part menangislah sekarang ,tiba-tiba hati ana sebak.Sehinggalah ana terlajak ke Shah Alam.

Terfikir Sejenak...
Ana terfikir "terselamat ker aku dari seksaan api neraka Allah"?Sebak bila memikirkan nasib diri di alam kubur dan akhirat kelak.Allahuakbar..Adakah Allah terima solatku?Adakah Allah terima amalanku?Adakah Allah ampunkan dosa lidahku?Adakah Allah ampunkan dosa mataku?Adakah Allah ampunkan dosa telingaku?Adakah Allah ampunkan segala dosa besar dan kecik aku?Layak ker aku dengan syurga Allah?Layak ker aku bersama dengan para syuhada di akhirat kelak?Bagaimana keadaan kubur aku nanti?Apakah soalan dari malaikat aku dapat jawab dengan sempurna?


Neraka
Api sebesar jarum jatuh dari api neraka ke muka bumi ini,nescaya akan hancurlah bumi ini dan jika ahli neraka turun ke bumi,nescaya penduduk bumi akan mati kerana huduhnya muka ahli neraka.Nauzubillah!Ana pernah dengar dua kisah ini melalui ceramah-ceramah di surau dan buku-buku agama berkaitan api neraka.Masya Allah..Di riwayatkan.Api neraka panasnya 70 kali ganda daripada api di dunia.Dalamnya 40 tahun ke dalam.Minuman untuk ahli neraka adalah nanah.Jika ahli neraka di masukkan ke api dunia,nescaya mereka akan gembira kerana panas api neraka jauh beza dengan api dunia.

Dosa
Sebagai manusia biasa ,ana yakin ana tak akan dapat lari dari membuat kesilapan dan kesalahan.Setiap hari ana yakin dan pasti ana tak kan lari dari dosa..Contoh..Pergi kelas,yang pastinya ramai yang berpakaian seksi walaupun di kalangan cina..Setiap kali bukak FB,pasti akan nampak yang buka aurat dan seksi..Setiap kali bayar tol,pasti jari jemari ni akan bersentuhan dengan jurutol..Lidah tak lari dari cakap perkara yang tidak berfmanfaat,bercakap hal duniawi di dalam surau dengan rakan2 dan macam-macam lagi dosa tanpa di sedari.

Solat
Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.Islam agama yang mudah dan agama yang benar.Sebab tu ada tuntutan untuk solat sunat taubat.Jika tidak dapat lakukan solat sunat taubat setiap hari.Buat la seminggu sekali.Jika tidak dapat buat seminggu sekali.Buat sebulan sekali.Di anjurkan lakukan solat sunat taubat setiap kali sebelum tidur ataupun selepas solat sunat tahajjud.Jika tidak mampu untuk bangun tengah-tengah pagi.Cukuplah sekadar mengerjakannya selepas solat isya'.Insya Allah..Allah terima taubat hambaNya.

Semoga Kita Semua Terlepas 
daripada Azab Api Neraka dan Kubur
Amin

Solat Sunat dan Fadhilatnya

Assalamualaikum w.b.t..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Semua umat Islam tahu kewajipan solat 5 waktu yang di fardhukan ke atas kita dan ganjaran yang Allah akan bagi kepada kita kerana mengerjakan solat 5 waktu.Setiap waktu lain fadhilatnya.
Tetapi solat sunat juga di tuntut oleh syarak kerana besar fadhilatnya jika kita kerjakan walaupun ianya sunat.Sunat bermaksud,buat dapat pahala tak buat tak dapat apa-apa.

Solat Sunat dan Fadhilatnya :


SOLAT SUNAT RAWATIB 
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas.Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.



SOLAT SUNAT DHUHA
Solat sunat dhuha biasanya di lakukan ketika matahari sedang naik.Lakukan sekurang kurangnya dua rakaat.sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

SOLAT SUNAT HAJAT 
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."


Setiap manusia pasti ada mempunyai banyak hajat.Jadi,berdoalah pada Allah dan minta apa yang kita hajati dan dengan syarat,jangan berdoa dan mohon hajat yang luar dari tuntutan syara'.


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan.Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.



SOLAT SUNAT TAHAJJUD 
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam..Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.


SOLAT SUNAT TASBIH 
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari.Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

SOLAT SUNAT TAUBAT 
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah.Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi kemudian disusuli dgn solat tahajjud.

Solat Taubat bukan hanya di lakukan apabila membuat dosa2 besar sahaja,malah memohon ampun pada Allah utk setiap dosa yang kita lakukan.Sebagai manusia biasa,kita bukan ada sifat maksum seperti para Anbiya'.Di sebabkan itu kita di tuntun melakukan solat sunat taubat sebelum tidur.Sesungguhnya manusia tidak lari daripada melakukan dosa.Allahualam.

Hadis Nabi S.A.W

Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka Allah SWT membina mahligai di dalam syurga untuknya."

Menurut hadis yang lain, baginda SAW bersabda:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat yakni apa2 jenis sembahyang sunat yang dilakukan dalam tempat yang sunyi tanpa ada yang melihat melainkan Allah dan malaikatNya, nescaya ditetapkan baginya kelepasan dari neraka."

Apabila kiamat sudah berlaku, datanglah sekalian malaikat tadi membawa hadiah pakaian sambil berdiri di atas kuburnya, lalu mereka berseru:
"Wahai penghuni kubur, bangunlah kamu dengan keizinan daripada Allah Taala, kerana di kalangan kamu ada seorang yang termasuk dalam golongan mereka yang terselamat dan sejahtera."


daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



.."Di dalam melayari bahtera mencari keredhaan Allah kadang2 ada pasang ada surutnya kerana Iman pastinya adakala turun dan ada kalanya naik"..


..Semoga Ilmu yang bermanfaat ini dapat mengingati diri Ana dan pembaca lain supaya dapat terus beribadah dan dapat melayari bahtera kehidupan dengan penuh istiqomah"


..Insya Allah..


Wanita dan Permata

Assalamualaikum..
Kenapa aurat wanita perlu di jaga dan di tutup?Mesti ada sebab dan hikmah Allah taala perintahkan kaum hawa menjaga auratnya daripda di perlihatkan oleh bukan muhrim.Bagi wanita yang tidak menutup aurat,bila mereka ni akan tutup aurat?Apabila malaikat Izrail menjemputnya untuk menghadap Ilahi.

Aurat wanita yang tak boleh terlihat di hadapan lelaki lain (selain suami dan mahramnya) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan.Masya Allah..Mesti ada hikmah dengan perintah Allah taala.Sesuai dengan Firman Allah s.w.t "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya".
(Surah An-Nur : 31)


Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya.."Kenapa adik perlu pakai tudung?"...Ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum..."anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"..."Entah",balas anaknya ringkas.."Tuhan sembunyikan emas dan permata di dalam perut bumi kerana ia adalah sesuatu yang cantik serta menarik dan menarik ramai pemerhati "...Sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya seperti melombong dan gali untuk dapatkan hasilnya..
Sama juga seperti wanita..Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnya kerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..Jika wanita itu sendiri tidak melindingi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi."jelas ayahnya.Tambah ayahnya lagi.."lelaki soleh dapat menilai yang mana permata dan yang mana kaca dan adik janganlah mengharapkan dapat lelaki yang soleh tetapi berusahalah menjadi yang solehah kerana sabda Nabi s.a.w "lelaki soleh untuk wanita solehah,begitu juga sebaliknya".. =)


Ramai wanita di luar sana yang tidak menjaga auratnya dengan sempurna.Rata-rata apabila di tanya kenapa tak pakai tudung.Jawapan yang biasa akan di bagi..Belum dapat hidayah Allah,nak pakai tapi nantilah,tunggu sampai seru,kejap pakai kejap bukak dengan alasan Allah mengetahui yang diri ini nak berubah..Masya Allah..Kalau di lahirkan bukan Islam kemudian baru peluk islam,mungkin jawapan2 tu boleh terima pakai tapi rata2 yang bagi jawapan ni,sejak di lahirkan agama Islam.


Ajal dan maut tidak tahu bila dan alasan di dunia mungkin boleh di guna pakai tapi alasan di alam kubur?depan Allah? renung-renungkan =)





Sabda Nabi S.A.W
"Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh"

Jangan Kahwin!


Assalamualaikum..

Pesan Rasulullah s.a.w kepada kaum Adam.."Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.






1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa.Duitnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)
6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap,ketawa besar,cakap yang tidak bermanfaat,tidak menjaga lisannya,suka membuat bising untuk menarik perhatian orang lain dan tidak ada perasaan malu dengan lelaki lain walaupun kawan baik (bukan muhrim).

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali…

Nikahilah seseorang itu kerana agamanya

Apa Itu Hidayah?

Assalamualaikum w.b.t

Apa maksud HIDAYAH?
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-

Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.

Tanda Orang Beriman

  • Jiwa cenderung kepada Akhirat
  • Benci kepada Maksiat
  • Sentiasa bersedia menghadapi kematian
Tanda Orang Kufur
  • Jiwa cenderung kepada duniawi
  • Suka kepada maksiat
  • Takut dengan Kematian

Orang yang mendapat Hidayah Allah
Contoh :
  • Saidina Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.

Orang tidak mendapat Hidayah
Contoh :
  • Abu Talib - Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam.Sehinggakan saat kematian beliau,Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap,beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya.Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda "demi Allah ,aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang".Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.(at taubah ayat  : 113)

Kesan Individu Yang Mendapat Hidayah Allah s.w.t

  • Peningkatan dalam mengerjakan Ibadat
  • Meninggalkan segala larangan Allah
  • Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah
  • Takut kepada Maksiat
  • Benci kepada perkara mungkar

*Iman ada pasang dan surut seperti air di lautan.Oleh sebab itu,sentiasa perbanyakkan ibadat dan sentiasa bertasbih kepada Allah supaya iman tidak turun.Sesungguhnya Hidayah semua datang daripada Allah s.w.t dan kita perlu mencarinya dengan cara solat,zikir dan baca al Quran..

Semoga kisah Saidina Umar menjadi iktibar dan semangat untuk kita berjihad & berjuang di jalan Allah..Daripada seorang yang kufur dan kafir sehinggalah menjadi seorang khalifah Islam yang di segani oleh kawan dan lawan..



"Orang Baik Belum Tentu Kekal Akan Kebaikannya dan Orang Jahat Belum Tentu Kekal Akan Kejahatannya"