Followers

Monday

Tanda-Tanda Kiamat Hampir Lengkap


Hadis Nabi Muhammad s.a.w Tentang Perihal Hari Kiamat
  • Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." ( Sahih Bukhari )
  • Zina bermaharajalela.
    "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Sahih Muslim)
  • Muzik bermaharajalela
    "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabil telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" (Ibnu Majah)
  • Menghias masjid dan membanggakannya.
    "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" (Riwayat Nasai)
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
    "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" (Riwayat Thabrani)
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
    "Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" (Sahih Muslim)
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
    "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" (Riwayat Ahmad)
rising_disaster_graph
Kejadian Gemapa Bumi Dari Tahun 1909 - 2009
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:..''Tidak berlaku kiamat sehinggalah terjadinya perang antara dua kelompok besar yang menyebabkan kematian yang amat banyak, sedangkan seruan mereka adalah sama  dan terjadi banyak gempa bumi..(Sahih al-Bukhari dan Muslim)



Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Sabda Nabi s.a.w.."Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).''

(Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.)

*Ini hanyalah sebahagian tanda-tanda kiamat.Allahualam..

2 comments:

  1. Jantung berdegup bila membaca entry saudara... semoga Allah melimpahkan kerdhaan kpd saudara..

    ReplyDelete
  2. syukran ..semoga Allah memberkati saudari juga :)

    ReplyDelete