Followers

Friday

Sebab Lelaki Suka Tengok Tubuh Badan Wanita

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, 

maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.







Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, 

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, 

kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, 
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, 

nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, 
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, 

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, 

menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, 

agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.



Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. 

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Firman Allah : "Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".


Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih  tidak menutup aurat menurut syarak, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga..



Sabda Rasulullah .. "barangsiapa memakai pakaian yang menjolok mata,maka Allah akan memberikan kehinaan kepadanya di akhirat kelak.." (hadis riwayat Ahmad)









"Wanita Adalah Perhiasan dan Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"

24 comments:

  1. Anonymous8/01/2011

    En.Farhan..Saya suka artikel ini...tp agak susah utk saya praktikkan sebab suami saya suka saya berpakaian yang up to date katanya, dia paling suka kalau saya pakai pakaian yang menampakkan bentuk punggung terutama kalau berjalan2 di luar bersama dia. Dia nak ada rasa bangga apabila berjalan dgan saya. Kalau saya pakai pakaian yang longgar2, dia akan meleteri saya...katanya masa tengah muda ni lah nak pakai apa saja, jgn nnti da tua baru rasa nak pakai fesyen2 terkini...dlm hati saya berkata sedangkan di usia muda ni pun saya ada rasa malu nak berfesyen begitu inikan pula di usia tua tetapi saya diamkan sahaja, bimbang akan bergaduh panjang hanya sebab pakaian sahaja. Bolehkah En.Farhan berikan nasihat cara yang bagaimana atau ayat yg sehabis lembut boleh saya sampaikan kepada suami saya mengenai perkara ini. Mohon pandangan kawan2 juga. INA ISFA

    ReplyDelete
  2. mungkin suami puan kurang didikan agama..kena banyakkan pasang ceramah2 agama kat rumah.semoga suami puan mendapat hidayah di bulan ramadhan ni.

    ReplyDelete
  3. walaupun suami suka isteri buka aurat tetapi si isteri wajib tutup aurat kerana menutup aurat adalah hak Allah taala =)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas pekongsian.. :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous11/30/2011

    betul ape yg anta katakan..tolonglah kaum lelaki..

    ReplyDelete
  6. Anonymous12/04/2011

    thumb up !

    ReplyDelete
  7. Anonymous12/05/2011

    tetapi, kaum lelaki sendiri kena tolong diri sendiri...

    ReplyDelete
  8. salam.....ini bagi pandangan saya....seseorg wanita haruslah mengikuti arahan seorg suami mereka....dan saya pernah mendengar dalam satu ceramah yang pernah mengatakan "seorg anak haruslah mengikuti arahan kedua ibu bapa mereka dan berdosa bagi mereka yang melawan dan melawan arahan kedua ibu bapa mereka TETAPI tidak lah berdosa apabila seorg anak itu ingkar dgn arahan kedua ibu bapanya yang menyatakan arahan itu dalam bentuk yang mengaibkan dan yang boleh mendatangkan dosa pada dirinya...."
    satu ceramah lagi....
    'tidak lah berdosa keatas isteri jika seorg isteri itu tidak mengikut apa yang di kehendaki oleh seorg suami atas sebab yang boleh mengaibkan dan yang melanggar hukum allah....'

    renung lah...atas nasihat...
    sya mampu memberi pandangan tidak mampu mengubah...

    yang baik dari allah...kelemahan atas diri saya...

    ReplyDelete
  9. ikut slg xmlgar syariah Allah..Allah always the 1st one*

    ReplyDelete
  10. Anonymous1/20/2012

    'maka janganlah wanita itu berseluar,
    kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
    walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
    jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit,
    nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
    entah tak tahu Kenapa?'

    baca bhagian ni rasa mcm eyhh entahlah, sedih kot. pakai seluar pon gitu. takkan kite nak jalan, duduk dlm peti besi. bukan nak rasa tutup aurat tu melecehkan. tak sama sekali. sebab tu lah ye Allah pesan kat lelaki dan wanita, tunduk dan jagalah pandangan.
    Berusaha menutup aurat sebaiknya InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. ASSALAMUALAIKUM , saya setuju sngt ... aurat wanita itulah amat penting untuk kita jga , kalo x hmm ... mta lelaki tetap akn memndang trusan mahu mlihat dan mlihat , tetapi ade stengah lelaki walopon wanita itu berlabuh , dia tetap akn mencari2 , bagaimnakh rupa bntuk tubuhnya , rambutnya ,dan segalanya ... itu bermkna lelaki zaman skrang da muak dgan wanita yg tunjuk sana , tunjuk sini ... ini pendapat sya ajer , yer ... salam .

    ReplyDelete
  12. whiterose3/12/2012

    si isteri WAJIB mnuruti semua perintah suami selagi tidak melanggar hukum syarak...bukan ka dlm alquran jelas di katakan bahawa setiap orang pompuan WAJIB mlabuhkan tudungnya ke paras dada..xpe di pandang jengkel ole org...yg penting PANDANGAN ALLAH terhadap kita..bukan kah syurga neraka itu AlLAH yang tentukan..

    ReplyDelete
  13. erm, yup.. tak kisah la kan kalau ,perempuan itu bertudung labuh tapi laki ttp nk pndg gak, semua itu tolak tepi.. kerana kita dah buat yg terbaik, ALLAH mengetahui niat kita, buat semuanya kerana ALLAH,

    ReplyDelete
  14. Anonymous3/28/2012

    Malam pasangannya siang,
    Jaga pasangannya tidur,
    Rajin pasangannya malas,
    Dan perempuan pasangannya lelaki.

    Kerana lelaki adalah
    pasangan kepada perempuan,
    maka Allah telah menciptakan bentuk badan lelaki
    itu dapat memikat hati perempuan. Bila berkata tentang terpikat,
    maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
    Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
    ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

    Pada mata perempuan juga, lelaki ini adalah simbol.
    Simbol apa, semua orang tahu.

    Orang perempuan mempunyai imaginasi yang nakal jika
    tidak dikawal dengan iman. Maka mata perempuan ini selalu menjalar
    apabila terlihat seorang lelaki. Setiap bentuk badan seorang
    lelaki boleh dihayati oleh seorang perempuan
    dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

    Dan jangan lupa 'lelaki adalah perhiasan di mata wanita dan seindah hiasan adalah lelaki soleh'.

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum....terima kasih ats post ini... sy suka akan penulisan awk...sy mohon utk share entry nie dekat fb sy ye... untuk tatapan kwn2 di fb sy.. :)

    ReplyDelete
  16. silakan..semoga ianya bermanfaat buat kita semua ,insya Allah :)

    ReplyDelete
  17. Mr. Iskandar6/24/2012

    kome sume dh dewasa, ade akal yg sempurna. fikir la elok2... yg baik dtgnye dr Allah, yg buruk dtgnye dari kome semua.... zaman kita nih kategori akhir zaman.... bykkn membaca ilmu panduan agama yer....

    ReplyDelete
  18. mohon share di fb...buat manafaat saudara seislam :)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...Alhamdulillah...akhirnya ana juga jumpa sbb2 dan mengapa laki2 suka pndang wanita..syukran ya...ana mnta izin...boleh ana mohon share n copy paste di blog ana??...syukran..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...

    'maka janganlah wanita itu berseluar,
    kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
    walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
    jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit,
    nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
    entah tak tahu Kenapa?'

    <kalau lah boleh sy memang lebih gemar berbaju kurung, tetapi terlanjur saya ini merupakan budak engineering, bekerja dalam bidang engineering, memakai kain tu satu perkara yg agak tidak sesuai.. bagaimanakah lagi caranya untuk kita berusaha untuk mengelak lelaki dari tidak terbuka nafsunya...

    ReplyDelete
  21. Anonymous9/27/2013

    Suami sy juga suka dan bangga sy memakai pakaian yg nmpk punggung. Pernah juga dia galakkan memakai fesyen2 yg cantik2 dan terkini. Tetapi sejak sy katakan sy ingin berhijrah, memakai pakaian yg sopan, suami bertambah2 pujian. Dia kata sejuk mata memandang sy, malah sejuk hatinya. Dia turut berkata suka melihat sy kerana menjaga aurat malah berbangga dpt isteri yg berpakaian seperti ustazah. Syukur sy dpt suami yg baik dan dia juga kini turut berhijrah. ALHAMDULILLAH..

    ReplyDelete
  22. Mohon share kt FB ye~ :D

    ReplyDelete
  23. Assalamua'laikum Encik Farhan,
    Satu penulisan yang menarik, yang menulis dari pandangan seorang lelaki. Tidak dinafikan seluruh satu bahagian wanita itu adalah fitnah. Maka memang wajiblah menutup sepenuhnya aurat itu. Dalam pada masa yang sama, lelaki itu pula wajib menundukkan pandangan atas kejahilan di hadapannya. Pendek kata, kedua-dua mempunyai panduan bagi mengelakkan dosa. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,

    Kemahuan dan keinginan untuk melihat kecantikan wanita adalah fitrah kejadian seorang lelaki. Sebagai wanita, jika suami sukakan wanita seksi, maka kita seksikan lah diri seseksi2nya utknya, jika suami suka wanita yang bermake up, maka kita make up la secantik2nya, jika suami suka wanita yg wangi, maka berwangi wangian la kita sehabisnya utknya, tetapi semuanya dilakukan hanya di rumah di hadapan suami tersayang..bila kita keluar rumah, aurat kita tetap ditutup sepenuhnya...biar la di luar suami melihat atau mengerling wanita cantik yg lain namun dia tau wanita yg paling cantik yg menjadi idamannya ada disimpan di rumahnya...ada disimpan padat didalam hatinya..kita wanita perlu sentiasa istiqamah berhias utk suami, agar suami terus tenang dan sayang melihat kita..inshaa Allah..

    ReplyDelete