Followers

Thursday

Sabar Untuk Enjoy

Sharing is Caring itulah ayat yang sesuai untuk kita sebagai umat islam yang bertanggungjawab. =)

Kali ni ana nak kongsi sikit cara simpan duit yang paling seronok untuk kita gunakan selepas nikah..Ana tak ada la pandai sangat,cuma sebagai manusia biasa kita di kurniakan otak dan akal fikiran untuk berfikir dan terus berfikir.Sama ada pendek atau panjang,terpulang pada individu.

Sering kali kita dengar,terutamanya remaja simpan duit untuk keluar dating dengan kekasih.Hari minggu adalah aktiviti wajib bagi orang yang ada kekasih untuk keluar date bersama.Bayangkan berapa banyak duit yang akan di habiskan untuk keluar bersama?Contoh..

  • Makan tengah hari dan malam - rm30
  • Tengok wayang                      - rm20
  • Minyak kereta/motor + tol      - rm50

    Setiap minggu wajib habis rm100 untuk keluar jalan-jalan.Seminggu sekali.Sebulan 4 kali.Setahun?2 tahun?4 tahun? Fikir la sendiri.Mungkin dalam setahun habis rm5-6 ribu untuk kekasih hati dunia,akhirat belum tentu.Itu kalau tak ada aktiviti lain seperti melancong dan sebagainya.

    Ana bukanlah bijak pandai,cuma nak kongsi sikit apa yang ana rasa.Apa kata ubah sikap dan persepsi hidup untuk kebaikan bersama.Tak salah rasanya kalau mencuba.Kalau sebelum ni simpan duit rm100 untuk keluar enjoy dengan gf/bf.Lepas ni target simpan rm30 ribu untuk keluar enjoy dengan pasangan yang sah.Nampak macam mustahil tapi percayalah tiada yang mustahil dalam dunia =)

    Sebagai seorang student pun kita boleh dapatkan duit rm50/rm100 setiap minggu untuk keluar enjoy bersama pasangan.Takkan tak sanggup simpan rm30 ribu untuk enjoy dengan suami/isteri.Contoh..Seminggu keluar dengan kekasih hbs rm 100 x 4 minggu = Rm400 ..Rm400 x 12 bulan = 4,800..Rm4800 x 6 tahun = ??
    Banyakkan!




    Enjoy
    Masa bila nak enjoy ni?Selepas kahwin!Fresh lagi masa tu,hari ni ijab kabul,esok pergi honeymoon!Kita akan dapat rm30 ribu jika tahan nafsu untuk keluar dengan pasangan yg belum sah.Percayalah..Sesiapa yang dapat tahan nafsu pasti akan berjaya,bukan sahaja di dunia malah di akhirat.Ini janji Allah!!! 


    Rm30 ribu?Macam-macam boleh buat.Masa tu nak enjoy macam mana sekalipun tak ada siapa halang.Ibu ayah?adik beradik?tok?nenek?moyang?ustaz?imam?Semua dah tak boleh halang.Sebab dah pun SAH.Malah..Pahala untuk lelaki sebab dapat menggembirakan isteri..Kalau sebelum kahwin,enjoy + dosa tapi kalau lepas kahwin,enjoy + pahala.Bila dah capai rm30k,dah boleh plan nak ke honeymoon di oversea,g pulau,g lah mana2 untuk enjoy..Masya Allah! Islam mudah sangat..Agama yang mudah =)


    destinasi paling terbaik!

    Caranya agak susah tapi insya Allah kita semua boleh buat.Hanya tahan nafsu dan godaan syaitan..Cara-cara nak tahan..Solat jangan tinggal kalau boleh solat berjemaah di masjid atau surau.Perbanyakkan solat sunat seperti solat hajat,solat tahajjud,solat taubat dan sebagainya,perbanyakkan dengar ayat2 suci al quran,tolong ibu ayah di rumah dan yang paling penting,study betul2 sampai berjaya..

    Jaga akhlak dan perangai,insya Allah berjaya..Semoga kita menjadi insan yang soleh dan solehah insya Allah..amin..

    Alhamdulillah..Ana dah mula.Anda bila lagi? =)

    Pilihan di tangan kita sama ada dengan cara HALAL atau HARAM!

    .."Kehidupan Yang Berkat
    Akan Berjaya Dunia Akhirat"..


    2 comments:

    1. Anonymous7/23/2011

      Susah orang hensem byk dugaan.minta perlindungan dan peliharaan daripada Allah taala.semoga kehidupan anta di redhai Allah.

      ReplyDelete
    2. ramai lelaki skrg nak tunjuk baik dan romantik pada perempuan sedangkan si perempuan tak tahu benda tu boleh menyebabkan ke kancah maksiat.Bimbingan kebanyakkan lelaki buat untuk perempuan sbnrnya tipu belaka.Tak ada dalam nas atau hadis lelaki bukan muhrim boleh bimbing perempuan bukan muhrim..dunia akhir zaman.Allahualam

      ReplyDelete