Followers

Sunday

Cinta dan Taubat

Zaman sekrang cinta sebelum kahwin dah tak kenal usia..tak kenal agama..tak kenal bangsa..tak kenal halal..tak kenal haram..Semuanya manis..Bak kata kawan baik ana."dunia semua tu".Ayat ni memang sesuai bagi orang yang hangat bercinta tanpa ikut landasan syariat yang betul.

Ramai remaja yang terperangkap di dalam lembah percintaan.Secara tidak langsung,aktiviti maksiat sedang berjalan tanpa di sedari.Seawal sekolah rendah lagi sudah ramai yang kenal apa itu cinta,apa itu kekasih,apa itu awek dan macam2 lagi istilah orang bercinta.Pendedahan awal untuk bercinta sudah di pupuk dari kecik lagi.masya Allah!

Bercinta?Siapa tak nak bercinta.Siapa yang tak nak menjalani kehidupan dengan seorang yang bergelar kekasih?Kalau bercinta sebelum kahwin ni halal,ana pun nak bercinta tapi telah di tegaskan dalam agama bercinta sebelum kahwin banyak keburukan yang dapat selain daripada kebaikan.Percayalah!

Kadang-kadang ana terfikir,kenapa perlu bercinta?Kalau di tanya orang sedang bercinta pasti mereka akan jawab.''Ada kekasih untuk di jadikan isteri,untuk meluahkan segala isi hati/masalah,susah senang sama2 dan macam2 lagi jawapan..Bagi yang hangat bercinta,pasti tidak akan memandang orang lain walaupun seinci kerana apa yang ada di depan mata wajib di hargai dan dialah segala galanya..Orang lain/untuk berkawan?NO WAY!

orang yang bercinta tanpa memegang tangan,tanpa berpelukan,tanpa ucapan-ucapan manis,tanpa keluar berdua duaan adalah susah untuk di temui.Ingatlah!Kita manusia biasa yang mudah di kawal oleh nafsu jahat dan syaitan laknatullah..Bukan tak pernah dengar.Seorang ustaz merogol kanak-kanak,datuk rogol cucu dan macam-macam lagi yang pernah kita dengar..Kalau ana bercinta,belum tentu ana dapat kawal nafsu dan bisikan syaitan..Kita hanyalah manusia biasa..Bukan Malaikat ataupun Nabi Allah yang sentiasa terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.

Bagi yang sedang hangat bercinta,jarakkanlah diri dari percintaan kalau rasa diri tidak kuat untuk melawan nafsu dan bisikan syaitan.Ajal maut kita tidak tahu.Bila-bila masa akan tiba,hanya Allah yang maha Mengetahui.Sementara pintu taubat masih terbuka,mohonlah ampun pada Allah..

Ingatlah.."Tidak guna solat jika solatnya itu tidak dapat menahan diri daripada melakukan maksiat".Buat keputusan yang bijak.Bukan tidak boleh bercinta tapi biarlah berlandaskan syariat dan agama ,yang di benarkan oleh syarak.Kejar cita-cita dulu,baru kejar cinta..Sebelum dapat cinta yang halal.Habiskan masa dengan keluarga terlebih dahulu..

Ana yakin dan percaya,semuanya telah di tetapkan oleh Allah s.w.t..Yakinlah dengan Allah taala..Sebelum terlambat mati tak sempat mengucap,mati tgh dalam keadaan maksiat.Mohon lah keampunan dari Allah..Minta pada Allah..Kuatkan iman..Tambahkan ketakwaan dan  sentiasa di lindungi Allah dari melakukan maksiat..Seronok bercinta dengan Allah..

  • Drpd sujud kaki kekasih baik sujud kepada Allah.
  • Drpd cium kekasih baik cium tikar sejadah.
  • Drpd pegang tangan kekasih baik pegang Al Quran.
  • Drpd menangis utk kekasih ,baik menangis memohon ampun drpd Allah.
  • Drpd peluk kekasih,baik peluk mama abah / ibu ayah
  • Drpd bazir duit untuk kekasih baik simpan duit untuk kahwin.
  • Drpd kejar cinta baik kejar cita-cita.

Cari cinta yang Hala dan Suci..Islam itu indah..Rasa dah gatal sangat,dah mampu sangat..KAHWIN!

Semua manusia pernah melakukan kesilapan kecuali Nabi..Allah maha Pengampun! Allah sayang pada hambanya yang benar2 taubat..Jangan jadikan kancah maksiat sebagai satu kehidupan yang wajib..Mati?Anytime! 

Taubat..Taubat dan Taubat..Allah maha Pengampun! Allahualam..



No comments:

Post a Comment