Followers

Monday

Lawak!

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..Bayangkan benda ini berlaku pada kita..   


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah.. tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..Tak nampak apa cuma dua biji mata dan bawa senjata api.Lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri..Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"...Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.Macam mana.?


Adakah rasa lawak dgn cerita di atas??Selain terhibur kita Fikirkanlah.."Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN.. "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..Kedua lelaki tersebut hanya membawa senjata api.Dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah! Baru kena ugut terus lari lintang pukang.. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."   


Lawak! ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..Tu pun bila masa sembahyang jumaat.Tunjuk muka kat org kampung..Ada tu lagi dashyat,setahun 2 kali aje.. bila masa sembahyang raya."  
Sekadar hiasan


  • Lawakkan! Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran..
  • Lawakkan!Berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia?
  • Lawakkan! Kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.
  • Lawakkan! Kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama!
  • Lawakkan! Kita boleh keluar dengan gf/bf setiap hari tapi hendak ke masjid untuk berjemaah jarang sekali.
  • Lawakkan! Kita boleh baca blog,novel berjam jam tapi baca Al Quran 5 minit payah.
  • Lawakkan! Jadi juara dalam pertandingan nyanyi,dedah aurat,lolong macam pocong,naik pentas uncap Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah.
  • Lawakkan! Kiita mengaku islam tapi solat jarang sekali.
  • Lawakkan! Cakap takutkan Allah tapi air mata selalu habiskan pada kekasih.
  • Lawakkan! Top Up sehari rm5 tapi sedekah kat masjid rm0.50 pun berat.
  • Lawakkan! Tolong kekasih rajin tapi tolong ibu bapa kejang otot



Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..Tapi yg paling lawak sekali.Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain.Berapa orang yang akan buka artikel ni untuk luangkan masa membaca? berapa ramai? Allahulam..

No comments:

Post a Comment