Followers

Tuesday

Subuh & Ganjaran

.."Waktu Subuh, spektrum warna adalah biru muda yang berkaitan dengan frekeuensi tiriod yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan..
Warna biru muda berkaitan dengan rezeki dan komunikasi..
Sesiapa yang melewatkan waktu solat Subuh mereka akan mengalami masalah komunikasi dan sukar yntuk mendapatkan rezeki"..


Solat yang paling susah dan liat hendak di kerjakan adalah solat subuh & isya' sesuai dengan hadis Nabi s.a.w  :
“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak(datang solat jemaah di masjid).” (Hadis riawayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Besar ganjaran yang Allah berikan pada hari kiamat .Sabda Nabi s.a.w.."Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Ana pernah dengar seorang ustaz ni cakap masa ceramahnya,katanya "orang kafir tidak akan takut dan gerun dengan umat islam selagi solat 5 waktu jemaah di surau tidak ramai seperti solat jumaat".

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Pada umat islam yang jarang / tidak pernah solat jemaah subuh di masjid/surau,mulakan langkah solat jemaah pada bulan puasa akan datang ni..Kekuatan & Kemenangan Islam bermula dari jemaah.


2 comments:

  1. Anonymous3/28/2012

    bagi seorng perempuan wajib ke mereka berjemaah di surau.......apakah hukum perempuan yg tidak berjemaah di surau????

    ReplyDelete
  2. perempuan tak wajib ke surau dan tiada dalam tuntutan syarak mewajibkan wanita berjemaah di surau :)

    ReplyDelete