Kita bincang sikit soal yakin dan percaya! =)
Masya Allah..Ramai sungguh remaja islam sekarang ni rata-rata dan majoritinya percaya wujudnya Allah taala.Tak percaya apa yang ana cakap?Cuba tanya kawan-kawan islam kita.Siapa tuhan kita.Confirm dan wajib!Akan jawab Allah lah tuhan kita.tetapi tidak ramai yang yakin dengan kekuasaan Allah.Percaya sahaja tidak memadai jika tidak yakin..
Ramai yang percaya solat itu tiang agama tetapi berapa ramai yang yakin bahawa solat itu betul-betul tiang agama?Berapa ramai yang yakin Allah akan bagi ganjaran berganda ganda pada sesiapa sahaja yang melakukan solatnya secara berjemaah?Berapa ramai yang yakin bawaha solat-solat sunat seperti istikarah,tahajud,tahyatul masjid dan lain-lain solat sunat akan menambahkan lagi hubungan kita dengan Pencipta kita?Ana yakin dan percaya bahawa ramai umat islam sekarang ni percaya akan ganjaran2 daripada Allah tetapi dalam hati belum ada keyakinan lagi ganjaran2 daripada Allah taala.
Ramai yang percaya Al Quran adalah kitab paling suci dan di turunkan Allah kepada nabi Muhammad untuk panduan kita(umat Muhammad) tetapi berapa ramai yang yakin akan kehebatan Al Quran?Jom kita tanya diri kita balik..Berapa kali baca Al Quran dalam masa sehari?Seminggu?Sebulan?Agak-agak la kan,mana ramai pembaca Al Quran atau pembaca surat khabar? Dan berapa ramai yang jadikan Al Quran sebagai panduan hidup?Tak perlu bagitau orang lain,jawab dalam hati =)
Ramai yang percaya jika terdengarnya seruan azan maka di segerakanlah untuk ke masjid/surau kerana akan mendapat limpahan rahmat dan ganjaran daripada Allah s.w.t tidak terkira banyaknya tetapi berapa ramai yang yakin?Berapa ramai yang hadir solat berjemaah bersama sama dengan para jemaah lain di surau ketika solat 5 waktu?Berapa ramai yang akan bersiap siap ke masjid untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah?
Ramai yang percaya lelaki baik untuk perempuan yang baik,begitu juga sebaliknya..Tetapi masih ramai yang buat maksiat dan langgar perintah Allah..Adakah tak yakin dengan janji-janji Allah?Tepuk dada,tanya iman..
Ramai yang percaya bahawa akan berlakunya hari pembalasan yakni hari kiamat tetapi berapa ramai yang yakin dengan hari pembalasan yang di janjikan Allah s.w.t. itu?Sehingga orang kafir pun percaya akan berlakunya kehancuran dunia suatu hari nanti sampai teori mereka mengatakan akan berlakunya pada 2012.
Ramai yang percaya bahawa menzalimi dan menyakiti manusia dengan sengaja amatlah tidak di sukai Allah tetapi berapa ramai yang yakin bahawa Allah melaknat seseorang yang membuat zalim?Bila di tanya sesiapa sahaja orang yang beragama islam tentang kezaliman tidak kira sama ada diri sendiri ataupun ke atas orang lain,ramai yang akan jawab.Allah tidak suka pada kezaliman.Ramai yang tahu dan percaya tapi berapa ramai yang yakin dengan kemarahan Allah terhadap penzalim?
Ramai yang percaya bahawa Allah akan humbankan mana2 perempuan/lelaki yang akhil baligh tidak menutup aurat ke dalam api neraka tapi berapa ramai yang yakin dengan janji Allah ini?Berapa ramai yang kita tengok masih ramai lagi yang tidak bertudung dan berpakaian secara tidak sopan?Masih ramai lagi..Kalau di kaji dan di buat bancian,majoritinya IC Islam tetapi perwatakan?Masya Allah..
emm..banyak lagi jika nak di ceritakan satu-satu..Ada akal dan fikiran,kita sendiri boleh fikir.Yang mana halal dan yang mana haram..Jangan hanya percaya tetapi tidak yakin.Percayalah Allah akan bersama dengan orang-orang yang bersabar dan sentiasa beritiqomah dalam menjalani kehidupan seharian..Yakinlah bahawa Allah akan tepati janjiNya,sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji..
Yakin dan Percaya adalah berbeza.Jika semua umat islam pada hari ni yakin dengan 99 sifat Allah,yakin al quran,yakin dengan rasul,yakin dgn hari pembalasan,yakin adanya syurga dan neraka,yakin dengan seksa kubur pastinya tiada lagi kerosakan di muka bumi ini tapi sayangnya..Ramai yang percaya tetapi tidak yakin.
Yakin yang ana maksudkan di sini adalah IMAN..Beriman dengan Allah,Rasul,Kitab Suci,Malaikat,Hari Kiamat dan Qada' dan Qadar..Allahualam =)
.Ganjaran yang Allah bagi pasti tiba..Sama ada di dunia mahupun di akhirat,kita tidak akan tahu kerana itu semua urusan Allah Yang Maha Esa..Yakinlah bahawa "Kita merancang Allah juga merancang..Allah jualah sebaik baik perancang..yakinlah dengan janji Allah s.w.t."
No comments:
Post a Comment