Followers

Friday

Minat Remaja Sekarang?

Assalamualaikum..
Siapa yang tak ada facebook?Ana rasa ramai yang ada dan majoritinya ada facebook.Sampai kan nenek yang berumur 70 tahun pun ada facebook,malah adik kita yang berumur 5,6 tahun pun dah pandai main facebook.Hebat!

Dulu masa ana masih di sekolah rendah,ana tak pernah guna laptop/komputer.Yang tahu masa tu,g sekolah kebangsaan pagi,petang g sekolah agama.Facebook dan laman sosial lain memang tak ada masa tu..Zaman milineum ni memng hebat!Rata2 dah ada facebook..

Ana main facebook dah 3 tahun dan sekarang ni deactive buat sementara waktu sebab ada perkara lain yang ana nak kena tumpukan.Maklumlah,facebook ni melalaikan ana =)

Status..
Semua tahu dalam laman sosial facebook ada status yang kita boleh like dan comment.Minggu lepas sebelum ana deactive ana ada buat status,saja nak buat kajian skit.hehehe

Kalau ana buat status tentang Cinta pasti ramai yang like ,sampaikan boleh cecah 20-30 orang yang like.Tapi apabila status ana tentang keagamaan,ketuhanan,dosa dan pahala.Yang like tidak sampai 10 orang.Bukan status ana je yang macam tu.Ramai lagi yang ana nampak lebih cenderung kepada Cinta!

Tak Minat..
Remaja sekarang lebih minat kepada cinta duniawi berbanding ukhrawi..Cinta yang menonjol,menunjuk-menunjuk bak kata mat saleh show off dan macam-macam lagi.Itulah minat remaja sekarang.


Ini pandangan peribadi ana =)

No comments:

Post a Comment