Followers

Monday

Kembara Hidup

Di dalam melayari bahtera kehidupan di dunia sementara ini banyak dugaan dan ranjau kehidupan perlu di lalui.Begitu cepat dan pantas masa berlalu.Naik turun dalam kehidupan pasti akan di rasai setiap manusia di dunia yang penuh dengan tipu daya ini.Yang di atas pasti akan ke bawah dan yang bawah pasti akan ke atas.Perjalanan kehidupan umpama seperti roda yang sentiasa berpusing.


Pada hakikatnya yang berkuasa akan terus menzalimi dan menindas yang lemah sesuai dengan hadis-hadis nabi.Melayari bahtera hidup tidak sama seperti melayari bahtera di lautan ciptaan manusia.Berbekalkan Al Quran dan Hadis melayari bahtera tidak sama sekali sesat jika benar-benar berpegang teguh.Sayang seribu kali sayang..Ramai pelayar yang hanyut dengan ombak deras duniawi.Sehingga lupa bahtera yang kita bawa adalah amanah dari Allah.Pinjam dan perlu di pulangkan semula kepadaNya.

Pengembaraan bermula!Perlumbaan manusia mengejar kekayaan,pangkat dan harta yang bersifat sementara ini semakin kejam.Perkataan "AMANAH" hanya tinggal perkataan dan sebutan.Pelayar-pelayar pada asalnya mencari cinta Ilahi akhirnya terperangkap dengan cinta duniawi.Mula hanyut dengan cinta pendusta.Di mana janji-janji asal sebelum melayari bahtera?Janji tinggal janji kerana duniawi sanggup mengetepikan Yang Maha Esa.

Pukulan ombak yang semakin hebat,pelayar-pelayar mula mabuk dan hanyut.Tidak dapat membezakan mabuk laut ataupun mabuk air kencing syaitan.Dahulunya menganggukkan kepala tanda berzikir,akhirnya rebah kerana alunan-alunan muzik.Lantang bersuara berani kerana Ilahi ,kini diam seribu bahasa kerana takutkan duniawi.Pelayar-pelayar semakin hilang arah.Dunia Oh Dunia



Bismillahirahmanirahim
Ya Allah..
Selamatkanlah Kami Dalam Melayari Bahtera Kehidupan
Peliharalah Kami Dari Kesesatan dan Kekejaman
Permudahkanlah Segala Urusan Kami
Cinta Hakiki dan Abadi Hanya Pada Mu 
Kami Yakin
Dunia Ini Hanyalah Sementara dan Ujian Daripada Mu
Selamatkan Kami Ya Allah
AMIN


No comments:

Post a Comment