Followers

Saturday

Keuntungan Pelaburan

Assalamualaikum..

Pernah dengar Multilevel Marketing (MLM) atau Pelaburan Saham di mana-mana Bank seluruh dunia?Ana yakin 90% pernah dengar MLM dan Pelaburan Saham!Rata-rata terutamanya di Malaysia yang pernah melakukan dan dengar MLM ni.Pelaburan sekali untung berkali kali,hebat! Masuk RM100 ,setiap jam atau setiap hari akan menghasilkan duit.Maksudnya duit beranak pinak.Mesti semua dah tau kan?Agak2 berminat tak?Sekali labur untung berganda ganda,siapa yang tidak mahu kan?. =)

Tapi apa yang ana nak cerita ni saham lain.Pelaburan infiniti yang ana nak ceritakan ni sedikit berbeza dan ana yakin pelaburan ini menjamin keuntungan yang sangat bernilai.

Pernah dengar infiniti pahala atau erti kata lain,sekali labur pahala tak putus-putus?Macam pelik bunyinya.Ana yakin dan percaya ramai yang lebih minat labur Rm100 untuk dapat keuntungan berganda ganda berbanding labur Rm100 untuk dapat keuntungan pahala berganda ganda. Sebab pelaburan duit untuk duit kita nampak tetapi pelaburan duit untuk pahala kita tak nampak.Itulah Rahsia Allah..

Pelaburan
Pelaburan yang ana maksudkan ini ialah "sedekah amal jariah".Bagi yang ada duit lebih,boleh la melabur di dalam skim amal jariah.Contoh..laburkan Rm100,beli sejadah atau al quran,kemudian letak di surau atau masjid berdekatan.Selama mana al quran / sejadahyang kita laburkan itu dan selama mana orang islam yang lain guna untuk beribadat dan selama itu jugalah infiniti pahala yang kita akan perolehi.

Pelaburan ini keuntungannya bukan di tukar dalam bentuk duit ataupun cek tetapi melalui bentuk pahala dan boleh tebus di akhirat kelak insya Allah.Ganjaran yang kita akan dapat adalah rumah di syurga.Hebat!Bukan rumah banglo/semi D di sekitar Pulau Hawaii,Phuket atau sebelah KLCC tetapi  Rumah di SYURGA ALLAH! Masya Allah! =)

Bulan Ramadhan hampir tiba.Boleh la kita mulakan pelaburan di mana-mana masjid ataupun surau.Rm200 untuk beli sejadah,al quran ataupun kain telekung apalah sangat jika nak di bandingkan Hanfon,Lap Top,Kamera yang boleh cecah sehingga ribuan ringgit.

Benda lain kita boleh laburkan sehingga beribu ribu ringgit untuk kepentingan duniawi,apa salahnya laburkan pula untuk ukhrawi.Allah sayang pada hambaNya yang melaburkan kewangan / harta di jalanNya.Walaupun Rm1,Allah akan membalas 10 kali ganda apa yang kita sedekahkan.Allahualam.. =)


3 Amalan Yang Tidak Akan Putus
-Sedekah Amal Jariah-
-Ilmu Yang Bermanfaat-
-Doa Anak Soleh-

1 comment:

  1. Anonymous7/25/2011

    menarik.bagus pemikiran saudara.pemikiran seorang anak muda yang mencari keredhaan Ilahi,teruskan perjuangan anta

    ReplyDelete