Followers

Friday

Menangis Kerana....




Assalamualaikum..

Sepanjang hidup kita berapa kali kita menangis?Apa yang pasti masa bayi tak dapat kira berapa kali kita menangis.Menangis bukan sebab apa,mungkin sebab lapar,demam atau sebagainya sebab masa bayi belum pandai bercakap.Yang pandai hanyalah menangis..

Selepas akhil baligh,berapa kali kita menangis dan sebab apa kita menangis?Apa yang ana nampak memang ramai yang suka menangis dan kerap menangis.Sebab apa?macam-macam sebab!

Menangis Kerana....

  • Bergaduh
  • Kena marah
  • Kena pukul
  • Kemalangan
  • Kena tinggal kekasih
  • Kecewa
  • Gagal peperiksaan
  • dan macam2 lagi.
Pernah???
Pernah tak kita menangis kerana...
  • Takutkan Allah?
  • Takut dengan api neraka Allah?
  • Dosa kita dengan Allah?
  • Menangis kerana rindukan syurga Allah?
  • Menangis rindukan kekasih Allah (Nabi Muhammad & Para Anbiya')?
  • Menangis takutkan azab kubur?
  • Menangis kerana melanggar perintah Allah?
Berapa kali setiap kali doa kita menangis?Berapa kali tiap kali sujud kita menangis?Berapa kali kita bangun solat sunat taubat dan menangis?Berapa kali kita menangis apabila baca kisah2 api neraka?Berapa kali kita menangis tiap kali berzikir akan kebesaran Allah? dan berapa kali kita menangis kerana Allah?

Ingatlah setiap kali kita berdoa dan menangis mohon keampunan daripada Allah,segala dosa kita akan terhapus dengan izin.Sesungguhnya Allah maha Penyayang.Selama ni kita menangis kerana takut kena tinggal kekasih,menangis kerana kecewa,menangis kerana gagal dlm peperiksaan atau percintaan.Semuanya tak guna! Menangislah kerana takut dengan Allah..Menangislah kerana kehebatan Allah..Menangislah mohon ampun dengan Allah..

Allah sayang pada hambanya yang sentiasa menangis kerana takut akan kekuasaaNya dan menangis memohon ampun daripadaNya..

Air Mata di cipta bukan untuk di keluarkan untuk sesuatu yang tidak bermanfaat!



"Sujud dan Menangislah Kerana Allah"

No comments:

Post a Comment