Tiada dalam dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh.Cuma ada pendapat dari para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah makruh tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.Cuma tidur yang berlebihan dan tidak teratur akan menyebabkan malas dan hilangnya seri muka.
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.(ini yg bertahajjud tapi kalau yg bersms,berchat dan berfacebook tak perlu la tidur)
Dari Ibn Qaiyim :
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau berkata,“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.(jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah kt masjid,nanti lepas kawin boleh didik isteri,kalau tak dua-dua hanyut.hehe)
Lebih baik bangun solat dan tidur semula kerana hukumnya makruh je daripada tidur tak bangun-bangun sehingga solat di abaikan tetapi tersangat la baik lepas solat tak tidur =)
Subuh ke Laut,Syaitan Gembira |
.."Tidur Lepas Subuh Membentuk Kedegilan
Tidur Lepas Asar Membentuk Kejahilan"..
SubhanAllah. Menarik. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete