Followers

Friday

Kawan Kerana.....

                                      بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah..Dapat bertemu lagi pada hari yang paling mulia dan di berkati Allah,hari jumaat dan semoga Allah memanjangkan umur kita untuk kita terus beribadah kepada Allah.Insya Allah..
Hari ni ana tertarik untuk menulis tentang apa itu erti persahabatan..

Kawan
Tatkala dunia semankin tua dan mungkin akan sampai ke penghujungnya pada bila2 masa yakni kiamat.Apa yang di sebut di dalam hadis-hadis nabi semakin banyak yang betul dan tak perlu lagi di ragui..Di arus kemodenan dan teknologi yang tinggi ini,semakin ramai kawan makan kawan atau peribahasanya senang sama2,susah sorang2..

Kawan Kerana....
Harta ..Ramai manusia zaman sekarang ni berkwan kerana hartanya.Jika banyak harta,maka ramai lah kawan.Jika kurang harta,maka sikitlah kawan.Itulah hakikatnya apa yang berlaku sekarang.Harta menjadi keutamaan seseorang.."tiada harta tiada sahabat"..

Pangkat ..Pangkat dan darjat juga menjadi faktor untuk bersahabat.Jika di perhatikan tidak ramai orang yang berjwatan tinggi dalam kerajaan mahupun  swasta untuk duduk semeja dan berkongsi idea dengan penjawat jawatan rendah.Bukan kerana ingin menjaga protokol mahupun adat tetapi kerana jurang pangkat dan jawatan.Semakin tinggi pangkat semakin ramai kawan dan pengikut.Berkawan dan bersahabat kerana jawatan ciptaan manusia! Hakikat dan realiti sekarang.


Kecantikan wajah ..Ini pun tidak terkecuali.Kerana paras rupa baru berkawan.Wanita-wanita cantik,seksi dan seksa akan menjadi kegilaan lelaki,begitu juga sebaliknya.Secara tidak langsung kawan akan bertambah ramai akibat kecantikan paras rupanya.Ini bukan rekaan tetapi realiti yg berlaku sekarang ni.

Bersahabatlah kerana Allah..
Tidak ramai yang bersahabat kerana Allah taala.Apa yang ana perhatikan dari ana kecik hinggalah meningkat dewasa.Ramai yang bersahabat dan berkawan kerana harta dan pangkat.Masya Allah! Bersahabat kerana Allah sehingga syurga,bersahabat kerana harta dan pangkat membawa neraka.Percayalah..Setiap niat dan nawaitu kita,semuanya Allah tahu..Tanya diri kita balik.."aku berkawan dengan  dia kerana apa"?Kalau kerana Allah,teruskan bersahabat.Jika berkawan kerana harta dan pangkat..Tinggalkanlah sebelum terlambat.

Syafaat
Menurut hadis soheh..sabda nabi s.a.w.."sahabat juga antara pemberi syafaat di akhirat kelak".Jadi,jangan main2 dengan soal persahabatan..Tinggi darjat seorang sahabat sehingga boleh memberikan syafaat kita di akhirat kelak.Tapi jangan salah faham.Sahabat yang beramal soleh,beriman dan di beri keizinan Allah taala sahaja yang akan di berikan keistimewaan memberikan syafaat kepada kita..

Petikan Hadis..

  • “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
  • Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit makamengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
  • “Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
  • “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” 


Firman Allah s.w.t

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)


Pesan sahabat nabi kepada anaknya..
Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, “wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut”:

  • Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
  • Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka dia akan segera mengusahakannya.
  •  Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
  •  Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
  •  Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
  •  Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.  
  • Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu itu maka dia akan menerimanya dengan baik malah dia akan membalasnya kembali.
  •  Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka dia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu.
    Bersahabat lah kerana Allah ! bukan kerana pangkat dan harta


    “Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik

7 comments:

  1. Anonymous7/01/2011

    jolo tu wan..skrg ni ramai berkawan sebab pangkat dan harta..semua kerana nafsu dan syaitan laknat....

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/02/2011

    bersahabat dan berkasih biarlah kerana Allah bukan krn harta,pangkat dan kecantikan..setuju dengan wan...

    ReplyDelete
  3. Anonymous7/02/2011

    mace gewe jg...gewe sebab nk top up,nk jale2 & sbgnya...hok hbs duit mok pok...

    ReplyDelete
  4. Paan Aku Baru Semalam Gaduh Ngan Kawan Baik Aku Ni... Sampai Sekrg Kot... Boleh Plak Ko Post Bender Ni.... Alhamdulillah Aku Suka Baca Post Ni.... Doa Kan Aku Ngan Kawan Baik Aku Ni Ok Semuler... Amin... Satu Lg Boleh Tak Aku Bik Post Ni.... Untuk Sebar Kan....

    ReplyDelete
  5. benda ni dah banyak berlaku..ada juga sbb seseorang tu nak taubat ke jalan Allah,kawan2 pulaukan..biar hilang kawan jahil kt dunia,di syurga nti seribu kawan soleh yg menunggu..
    amiklah migo..share lah & sebarkan..x ada masalah. =)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum....minta share yer entry yg saya suke untuk disebarkan.....

    ReplyDelete