Followers

Thursday

Ayam Berkokok Tanda Rahmat

Assalamualaikum..
Setelah mati untuk seketika,Alhamdulillah Allah kembalikan semula nyawa untuk kita terus menjalani kehidupan sebagai seorang insan mukmin insya Allah.

Biasanya jam 4,5 pagi ana akan terjaga dengan sendiri daripada tidur.Kalau rajin ana akan buat solat sunat yang di tuntut oleh agama tapi biasanya ana akan terus basuh muka dan keluar duduk kat halaman rumah sementara tunggu azan.Biasala nak hilangkan ngantuk! =)

Apa yang ana nak cerita bukan bangun pagi ker apa tapi ana nak cerita pasal ayam.Seawal jam 4 pagi lagi akan dengar ayam berkokok.Berkokok bukan sebab untuk di sembelih tetapi sebenarnya untuk mengejutkan umat manusia supaya bangun dan beribadat kepada Allah.Masya Allah..

Ayam Berkokok Mengingatkan Kita Akan Rahmat Allah
Ana pernah dengar ustaz-ustaz mengajar,kalau ayam berkokok  sekitar 3-5 pagi,sebenarnya ayam-ayam nampak malaikat tengah turun membawa rahmat.So,ayam akan secara automatik akan berkokok untuk bangunkan manusia dari tidur.Hebat!

Dari jam 3-5 pagi akan kedengaran ayam-ayam berkokok supaya manusia bangkit dari tidur dan terus  bersujud kepadaNya.Selepas itu,masuknya waktu subuh akan berkumandangnya azan.Azan subuh lain dari yang lain,selepas "marilah menuju kejayaan" akan ada penambahan "solat itu lebih baik daripada tidur"!Itulah uniknya azan subuh..

Bagi lelaki yang akhil baligh,jangan sia2kan apa yang di berikan oleh Allah..Pukul 4 pagi ayam dah mula berkokok dan masuknya azan terus solat berjemaah di masjid / surau yang berdekatan..Percayalah..Ketenangan hati bermula dengan solat subuh apatah lagi jika di lakukan secara berjemaah.
Subuh mempunyai 1001 rahmat

Allah Maha Adil..
Sering kali ana dengar  daripada kawan-kawan ana,diorang bukan tak nak g masjid cuma belum dapat hidayah.belum dapat hidayah,itulah jawapan yang sering ana dapat.
Sebenarnya hidayah daripada Allah ni bermula dari kesedaran diri.Sebab tu kena banyak mengkaji kandungan ayat2 suci Al Quran,kaji setiap kejadian yang Allah kurniakan.Insya Allah..Akan dapat jawapannya.

Firman Allah & Hadis Nabi

Firman Allah Taala :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’: 79)
Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadith riwayat Muslim).


Tatkala manusia lain di buai mimpi,sebagai seorang muslim.
Bangunlah dan beribadat kepada Allah Taala


Hidupku..Sujudku..Matiku..
Hanya Kepada Allah s.w.t



8 comments:

  1. Anonymous7/21/2011

    terima kasih wan merah..sy begitu kagum ..membuatkan sy terfikir n insaf.

    ReplyDelete
  2. mencari info mengenai kisah ayam berkokok yg melihat malaikat dan membawa ke blog anda. terimakasih atas perkongsian ilmu. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous3/28/2012

    Salam en. Minta izin copy picture yang diatas tu ya..

    ReplyDelete
  4. Anonymous3/12/2013

    WAH!!!!!!!!!patutlah selama ni Ayam aku asyik kokok pukul 3 pagi!!!!!alhamudullilah!

    ReplyDelete
  5. Anonymous3/27/2013

    Alhmdulillah..tq En.wan atas info anda.

    ReplyDelete
  6. Anonymous10/30/2013

    Alhamdulillah..Subhanallah, sy juga pernah terbaca dalam kitab Munthakab Ahadits perihal kokokan ayam di awal pagi sebelum laungan azan.. dianjurkan kita mensyukuri dan meminta sesuatu/berdoa untuk kebaikan sendiri.jazakallah :) .

    ReplyDelete