Followers

Wednesday

Impian Insan Kerdil

Alhamdulillah..Bulan ni bulan Syaaban,insya Allah beberapa minggu lagi akan munculnya bulan yang paling di berkati Allah bulan Ramadhan..Masya Allah..Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat kerana pada bulan itu ketika di wajibkan berpuasa dan pada bulan itu juga turunnya kitab Allah yang paling mulia Al Quran Al Karim..

Dulu ana ni seorang yang agak jahil,bukan jahil pada agama tetapi buat2 jahil.Orang puasa ana puasa,orang solat tarawikh ana solat tarawikh.tetapi ana tak buat amalan2 tambahan seperti solat taubat,istikarah,membaca al quran dan sebagainya.Maklumlahkan usia sedang meningkat remaja tetapi ana silap dan ayat "meningkat remaja" bukan alasan untuk ana beribadat kepada Allah s.w.t..

Ana ni suka kumpul duit dan duit ana telah habis untuk aksesori kereta dan aksesori kamera kesayangan ana..Pada pemikiran ana,simpan duit adalah untuk membeli barang/benda untuk diri kita semata mata.Ana  sentiasa fikir,ada duit nak beli lens kamera,ada duit nak beli sport rim kereta,ada duit nak melancong dan ada duit untuk beli apa2 jela.hehe.dan tidak penah pun terfikir tentang hal ini tapi hari ni..Ana tekad,tekad dan tekad!Ada duit untuk........



Mekah & Madinah...
ya..Mekah dan Madinah adalah impian ana untuk sampai.Di usia remaja yang masih gagah dan kuat dari segi fizikal dan mental.Ana rasa sudah tiba masanya untuk ana ke Baitullah bersama sama dengan orang tua kesayangan ana.Insya Allah..Mulai hari ni ana akan kumpul duit untuk ziarah ke Tanah Suci pada Ramadhan tahun 2012,insya Allah..


Alhamdulillah..Syukur pada Allah.Lepas satu2 hidayah Allah turun ke dalam diri ana.Ana bersyukur sangat2!Hari ni ana tanam niat dan impian ana..Ana tekad untuk buat Umrah bersama sama dengan mama dan abah.Itulah impian ana..

Tanah Suci Mekah

RM 5 ribu bukanlah satu nilai yang besar jika nak di bandingkan dengan harga rumah,kereta dan aksesori kamera..Beli barang keperluan dan kehendak adalah satu perkara yang berbeza.
Seminggu simpan Rm100..Sebulan Rm400..Setahun 4,800..Dah boleh ke Mekah setahun dari sekarang.Masya Allah..
Alhamdulillah..Ana dapat hidayah dan terfikir untuk ziarah ke rumah Allah pada Ramadhan tahun hadapan selepas solat Isya' tadi..Masya Allah..Tak dapat di gambarkan jika dapat bersama sama dengan mama,abah dan adik2 menunaikan Umrah,Berpuasa dan Beribadat di Tanah Suci,Mekah..

Solat depan Kaabah

Berbuka puasa di Tanah Suci Mekah

Ana fikir,bila lagi hendak ke Baitullah bersama sama dengan orang tua ana..Kalau ada jodoh selepas kahwin berat tanggungjawab.Masa sebelum kahwin la kena gunakan masa dan duit sebaik mungkin untuk pergi beribadat bersama dengan orang tua kita..

Selama ni ana hanya solat berjemaah bersama sama dengan abah di surau dan masjid sekitar Malaysia je dan selama ni juga ana selalu nampak abah solat sunat selepas selesai solat fardhu tapi Insya Allah..Tahun depan dapat solat berjemaah sama sama di Tanah Suci Mekah dan Madinah bersama sama dengan abah dan dapatlah tengok abah solat sunat betul2 di hadapan Kaabah..Itulah niat dan harapan ana.. =)




Ya Allah Ya Tuhanku...
Permudahkanlah segala urusanku..
Permudahkanlah segala niat baik ku Ya Allah..
Murahkanlah rezeki yang halal kepadaku..
Ya Muhaimin...
Jika sampai seru..
Akan ku sampai ke Rumah Mu Ya Allah..
Amin ya rabbal al amin..


1 comment:

  1. Anonymous7/07/2011

    i ' Allah..Wan dapat capai hasrat dan impian,aminnn

    ReplyDelete