Followers

Friday

Alternatif Ganjaran Pahala

Assalamualaikum..
Hari jumaat adalah hari yang paling mulia untuk umat islam kerana pada hari jumaat terciptanya :

  • Terciptanya Nabi Adam a.s
  • Allah menurunkan Nabi Adam a.s
  • Allah menarik nyawa Nabi Adam a.s
  • Berlakunya hari kiamat/hari pembalasan.
  • Segala doa akan di makbulkan.
Iman
Ana tahu iman tak boleh di warisi dan di tak boleh di beli tetapi masih lagi ramai yang lalai dengan mainan dan mimpi dunia.Sejak kebelakangan ni ana terfikit,bila agaknya solat berjemaah di masjid nak penuh seperti solat Jumaat?Jemaah subuh adalah dalam 3,4 saf..Jemaah zohor ada dalam 1,2 saf..Jemaah asar ada dalam 2,3 sah..Maghrib 6,7 saf dan isya'lebih kurang dengan maghrib.Berbeza dengan solat jumaat!

Rata-rata yang ana perhatikan,ramai yang suka solat bersendirian berbanding solat jemaah tapi ramai yang tak suka kalau jalan (shopping) sorang2.Pelik2..

Lumayan
Solat sendiri 5 kali sehari di darabkan dengan 1 akan dapat 5.Maksudnya pahala solat hanyalah 5. tapi kalau solat jemaah 5 kali sehari di darabkan dengan 27? Hebat!Berlipat kali ganda ganjaran yang dapat berbanding dengan solat sendirian..

.."Di riwayatkan dari Imam Al Bukhari dan Muslim..Rasulullah mengancam hendak membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah"

Cukup?..
Cukupkah bekalan pahala dan amalan kita di akhirat kelak?Syurga atau Neraka tempat kita?Dah bersedia jumpa tuhan yakni Allah?
Sinaran matahari yang terik pun tak tahan inikan pula api neraka.Nauzubillah!

Tahukah?
Neraka Jahanam mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.

Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dan setiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat!

Jika....
Jika tidak mampu bangun tengah malam untuk munajat..Jika tidak mampu untuk baca Al Quran..Jika tidak mampu untuk lakukan solat sunat tiap kali lepas solat..Jika tidak mampu untuk  berzikir sepanjang hari..

Cukuplah mulakan langkah awal solat jemaah bersama di surau atau masjid yang berdekatan.Inilah alternatif ganjaran pahala berlipat kali ganda yang Allah 
berikan..Sesungguhnya Allah Maha Penyayang Lagi Maha Pengasihani..Allahualam..


Jemaah ganjarannya 27 kali ganda

"Tiada Yang Paling Penting Dalam Hidup Selain Mengumpul Amalan dan Beribadat Kepada Allah"



1 comment:

  1. Anonymous7/23/2011

    terima kasih wan,satu information yang sangat baik

    ReplyDelete