Followers

Friday

Wudhu & Ganjaran

Wudhu' Mengangkat Darjat..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda SAW pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (Hadis Riwayat Muslim)

Hapuskan Dosa..
Sabda Rasulullah SAW..“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (Hadis Riwayat Muslim)

Membuka Pintu Ke Syurga..

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu" lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (Hadis Riwayat Muslim)
Cahaya Di Akhirat..
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (Hadis Riwayat Muslim)

"Wudhu dengan modal RM1 iaitu air mineral sbg perumpaan akan dapat bidadari kurniaan Allah di akhirat kelak"

No comments:

Post a Comment