Permulaan cerita bermula apabila Man dan Hasan berjanji untuk berjumpa di stesen komuter KL Sentral pada jam 1.30 petang.Hasan tiba di KL sentral tepat jam 1.30 ,manakala Man lewat 30 minit.Sampainya Man di KL sentral,Hasan bising dan bengang dengan Man kerana kelewatannya itu.Man akui akan kesilapannya kerana lewat..bermulalah dialog dua orang sahabat ni.....
Hassan : ko tau Man,ko lambat berapa jam?
Man : Aku tau aku lewat setengah jam.Aku mintak maaf.
Hassan : Kenapa lewat?Ko dari mana?
Man : Aku dari masjid tadi,kebetulan masa aku on the way sini,aku dengar azan.Aku singgah dulu solat.
Hassan :.Erkkk..sori Man.Aku tak tahu,
Man : Tak apa lah Hasan.Ko tunggu aku baru setengah jam,sekarang jam pukul berapa?Ko dah solat?
Hassan : Pukul 2.30..Belum lagi Man.
Man : Ko tau,berapa jam dah Allah tunggu ko sujud padaNya?
Hassan : Dekat sejam Man.. (sipu2 malu)
Man : Dah hassan.G solat dulu..Aku tunggu ko kt sini je.
Daripada cerita di atas.Kita marah apabila tunggu orang lama-lama.Kita marah pada pekerja kita yang lewat datang kerja dan kita marah kalau pelajar kita datang kelas lewat..Tapi pernah tak kita terfikir.Allah juga menunggu kita untuk bersujud padaNya?
Lewat solat 10 minit,30 minit,1 jam,2 jam,bahkan ada yang tak solat langsung.Berapa lama Allah tunggu kita untuk solat?Kalau kita tak solat,bermakna kita dah mungkir janji dengan Allah.Kita dah melanggar perintahNya dan perjanjian denganNya sebelum kita lahir.Masya Allah!Sehingga ada di dalam hadis menyebut..
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis
Apa yang ana paham di maksudkan dengan hadis tersebut..Itulah perumpaan orang yang sering melewat lewatkan solat..
No comments:
Post a Comment