Followers

Wednesday

Syoknya Clubbing/Kelab Malam

Kelab Malam


Kelab malam adalah tempat hiburan bagi anak-anak remaja tidak kira bangsa dan agama untuk menari,mendengar muzik dan meminum air nikmat dunia(arak).Pengunjung kebiasaanya di kalangan remaja yang berusia antara 18 tahun - 30 tahun.Di dalam Kelab Malam akan di sediakan dengan minuman keras yang berharga sehingga mencecah ribuan ringgit.

Remaja Islam


Ramai pengunjung ke pusat hiburan ini adalah di kalangan remaja islam.Mereka mengunjungi pusat hiburan kelab malam kebiasaanya pada hari minggu.Mereka menjadikan kelab malam ini sebagai acara wajib mingguan atau bulanan.Rata-rata mereka ini hendak berhibur dan untuk "enjoy" bersama rakan-rakan sebaya mereka.Kenapa perlu ke pusat hiburan kelab malam? Kenapa perlu pergi tempat tidak elok seperti itu?.Kebiasaan mereka akan menjawab..

  • "Biasala bro,nak berhibur kt mana lagi?" 
  • "Relax la,bukannya haram pun.Lagipun kiteorang bukannya minum.Dengar muzik je" 
  • "Ala...bukannya salah pun.Dengar muzik & menari dengan kawan2 je ,bukan buat apa" 
Kelab Malam


Hukum


Hukum memasuki tempat-tempat seperti adanya arak dan bercampur gaul antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim adalah HARAM dan Berdosa Besar !Kebanyakkan mereka yang mengunjungi kelab malam ada terpengaruh dari rakan2 dan kurangnya didikan agama.Dari Anas bin Malik r,Rasulullah s.a.w bersabda "sepuluh orang yang di kutuk Allah mengenai arak :

  • Pembuatnya
  • Pengedarnya
  • Peminumnya
  • Pembawanya
  • Pengirimnya
  • Penuangnya
  • Penjualnya
  • Pemakan Wang Hasilnya
  • Pembayarnya
  • Pemesannya
Sabda Nabi s.a.w : "Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yang paling mengaibkan"

Ibu Segala Maksiat dan Kejahatan

Dari hadis Nabi s.a.w kita boleh memahami bahawa memasuki / mengunjungi tempat penjualan arak adalah HARAM !

Ya Allah..Aku Berlindung Daripada Mu Dari Segala Kejahatan dan Kemaksiatan Yg Boleh Menjerumuskan Aku Ke Neraka MU..amin..



4 comments:

  1. biasa lah budak zaman sekarang,diaorg nk melakukan sesuatu yg tidak penah meraka lakukan.....cthnye,pe yg ko tulis tu paan....erm..

    ReplyDelete
  2. kurang didikan agama ,ini la jadinya..apabila solat yakni tiang agama di abaikan..segala kemungkaran ke atas dirinya akan berlaku.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info. Nak share something pasal arak. Kakak senior cakap.. Ade sebab kenapa Allah larang. Rupenye org yg minum arak kalo kahwin dengan peminum arak akn menghasilkan anak yg alcoholic jugak.. Sebab bende tu diwarisi dalam badan. Wallahualam~

    ReplyDelete
  4. mungkin betul jgk tu..ibarat orang ada kencing manis jgk ,anak dan keturunan akan berisiko dapat kencing manis..nauzubillah.

    ReplyDelete