Followers

Tuesday

Munajat bersama Tok Guru

  Alahamdulillah pada 20 Mei 2010 ana dapat menyertai Himpunan 10,000 Anak Muda Kelantan.di Padang Perdana Kota Bharu.Program yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini di bawah pimpinan ulama hebat Tok Guru Nik Abdul Aziz ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh Kelantan.Himpunan 10,000 anak muda ini adalah bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada pimpinan ulama dan menuntut kembali hak royalti kerajaan negeri kelantan.Program ini terdiri daripada pelajar sekolah tahfiz dan IPT menyertai program ini.Program bermula dari petang selepas solat jumaat hinggalah berakhirnya program ini pada jam tepat 12 tgh malam.

Berdoa bersama seorang ulama

   Bermula dari petang hinggalah jam 9 malam.Seramai beribu orang yang menyertai program ini dapat mengkhatamkan Al Quran sebanyak 100 kali.Selepas solat maghrib ,seramai 10,000 ribu orang membuat solat hajat bersama sama supaya Allah membuka hati Kerajaan Pusat  mengembalikan kembali hak rakyat Kelantan.Selepas solat isya" bersama dengan Tok Guru ,bermula lah munajat memuji kebesaran Allah yang Maha Esa selama 30 minit.Masya'Allah..Hebat sungguh kepimpinan Tok Guru.

Munajat dan solat hajat Tok Guru bersama dengan 10K anak muda kelantan


   Ana kagum dengan kehebatan Tok Guru memipin Kelantan.Seorang menteri yang berjiwa rakyat dan yang sentiasa memikirkan ke tentang duniawi.Ana kagum Tok Guru seorang Menteri Besar Kelantan sanggup solat dan bermunajat di atas padang bersama dengan rakyat.Ada masalah berkaitan dengan negeri Kelantan Tok Guru pasti akan mengajak seluruh rakyat kelantan unutk membuat solat hajat dan munajat bersama sama.Sesuai dengan hadis Nabi."Jemaah itu membangkitkan perpaduan"..

  Ana yakin tiada seorang pun menteri yang dapat mengikut jejak langkah Tok Guru dalam memipin sebuah negeri dalam keadaan penuh keislaman.Tok Guru ada mengatakan "tidak akan miskin jika membela Islam"! Tok Guru dapat mengawal penjualan arak seperti di Mall,7E,Super Market dan lain2 tempat.Tiada tempat pusat judi seperti 4D dan Magnum.Setiap iklan di negeri Kelantan tidak di benarkan model wanita /lelaki membuka aurat.Setiap signboard kedai dan jalan pasti ada tulisan jawi.Banyak sekolah pondok /tahfiz di wujudkan di bawah kepimpinan Tok Guru dan yang paling seronok adalah cuti pada hari jumaat! Itulah Kelantan..Negeri Serambi Mekah!

Hanya di Kelantan


Ya Allah Berkatilah Kehidupan Tok Guru dan Seluruh Rakyat Kelantan..Kelantan Selamat di Bawah Kepimpinan Ulama dan Islam..
Menteri Besar Kelantan


No comments:

Post a Comment