Followers

Sunday

Neraka Allah !

Neraka Allah Yang Luas !


Diriwayatkan daripada Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik berkata, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah dengan air muka yang berubah. Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka, tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam, seksa kubur dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya.


"Rasulullah kemudian bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka jahanam?"
Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, ia dinyalakan selama 1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga 1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar lubang jarum, seluruh penduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!

"Jika baju ahli neraka digantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan mati kerana panasnya dan jika satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah bumi yang ketujuh.

"Neraka jahanam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi. Minuman untuk penghuninya campuran air panas dan nanah manakala pakaian mereka diperbuat daripada potongan api. Api neraka mempunyai tujuh pintu.

“Setiap pintu itu pula mempunyai bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan."
Rasulullah bertanya: "Apakah pintu itu seperti pintu rumah kami?"
Jawab Jibril: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda."

Rasulullah bertanya: "Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?"
Jawab Jibril: "Pintu yang paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.

"Pintu kedua untuk orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga untuk orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.

"Pintu kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah dan pintu keenam untuk orang Nasara bernama Sa'eir." Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: "Mengapa kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Dalamnya adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat".

Rasulullah pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:
"Ya Jibril, aku begitu risau dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu."

Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril. Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi bersembahyang.

Daripada hadis qudsi: "Tahukah kamu bagaimana neraka jahanam itu?"

Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.

Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dansetiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.tnya yang akan masuk ke neraka pada hari akhirat nanti.

Firman Allah SWT, 
“Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”. (Al-A’raaf : 179) 


Iblis Berucap !

Diterangkan dalam kitab Tanbihul Ghafilin, dalam neraka, Iblis akan diberi peluang untuk berucap kepada semua penghuni neraka. Pakaiannya daripada api, mahkotanya daripada api serta dia diikat dengan tali daripada api. 
Diterangkan dalam kitab Tanbihul Ghafilin, dalam neraka, Iblis akan diberi peluang untuk berucap kepada semua penghuni neraka. Pakaiannya daripada api, mahkotanya daripada api serta dia diikat dengan tali daripada api.

Iblis pun berucap, “Wahai para penghuni neraka, wahai orang-orang kafir, wahai orang-orang munafik dan fasik, sesungguhnya Allah telah menunaikan janjinya kepada kamu hari ini. Justeru itu janganlah kamu semua menyalahkan aku, tetapi hendaklah kamu salahkan diri kamu sendiri. Kenapa semasa di dunia dahulu kamu tidak mahu menyembah Allah ? Kenapa kamu degil tidak mahu mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya ? Bukankah Allah itu Tuhan kamu ? Bukankah Dia adalah Tuhan yang Maha Pencipta segala sesuatu ?

Wahai penghuni neraka, hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua daripada seksaan Allah. Hari ini aku berlepas diri dari kamu semua. Hari ini aku tidak mahu bertanggungjawab tentang apa-apa yang pernah aku katakan kepada kamu sebelum ini.” Mendengar sahaja kata-kata Iblis itu maka semua penghuni neraka melaknat serta memakinya. Malaikat Zabaniyah kemudiannya memukul iblis dengan tombak daripada api neraka dan tersungkurlah iblis itu dari atas mimbarnya sehingga dia terhumban ke dalam kawah neraka yang paling bawah, selama-lamanyalah dia di sana.

Kata malaikat Zabaniyah kepada semua penghuni neraka, “Hari ini tidak ada kematian untuk kamu semua dan tidak ada pula kesenangan, semua kamu akan berada di sini selama-lamanya”. 

Hadis mengenai Neraka Allah..
  • Sabda Nabi s.a.w :

    ن غلظ جلد الكافر اثنان وأربعون ذراعا وان ضرسه مثل أحد وان مجلسه من جهنم كما بين مكة والمديانة 


    Maksudnya : Tebalnya kulit orang-orang kafir di dalam neraka itu ialah empat puluh hasta. Gigi gerahamnya sebesar bukit Uhud dan tempat duduknya sebesar antara Mekah dan Madinah. 
  • Sabda Nabi s.a.w

    وهم فيها كالحون . قال : تشويه النار فتتقلص شفته العليا حتى تبلغ وسط رأسه وتسترخى شفته السفلى حتى تضرب سرته 
    Maksudnya : Ahli neraka itu hodoh wajahnya. Muka-muka mereka bengkak dan melendut, bibirnya yang atas tersenseng sampai pertengan dada bibirnya yang bawah tersenseng sehingga sampai menyentuhi pusatnya. 


..Ya Allah Selamatkan Aku ,Ibu Ayahku dan Keluargaku daripada Seksa Api Neraka Mu Ya Allah..AMIN..

1 comment:

  1. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga

    ReplyDelete