Followers

Sunday

Syurga Allah...

Perjalanan hidup manusia bukan hanya berakhir di dunia tetapi di dunia  ini hanyalah tempat persinggahan umat manusia untuk membawa bekalan ke Akhirat kelak.Di akhirat sanalah penentu arah manusia sebenar samada ke Syurga atau Neraka!


Semua umat manusia di dunia ini mempercayai wujudnya syurga dan neraka selepas berakhirnya kehidupan di dunia ini.Orang beragama Islam khususnya telah pun di gambarkan tentang kehebatan Syurga Allah sejak di bangku sekolah.Tetapi berapa ramai yang membuat persediaan untuk ke Syurga?

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya yang teramat sangat kepada insan yang bertaqwa dan beriman.Allah menciptakan syurga terdapat apa-apa yang belum di lihat oleh manusia.Keindahan dan gambaran syurga ada di ceritakan di dalam Al Quran.

Kehebatan Syurga Menurut Al-Quran..

  • "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
  • "Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
  • "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
  • "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
  • "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
  • "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
  • "Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

  • "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
  • "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
  • "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33

  • "....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Syurga Menurut Hadis..
  • Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: “Untuk si
    apakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?”

    Rasulullah menjawab: “Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak.”

    Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : “Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?”

    Jawab Baginda lagi: “Umatku! Dengarlah …sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur.” (Riwayat Abu Naim dari Jabir). 
  • Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:
    Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil “tuba” dan Allah berfirman kepadanya: “Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki.” Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya). 
  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenaan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim). 
  •  Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."
Nama-Nama Syurga
  • Nama-nama syurga dan tingkatannya ialah:
    1. Syurga Firdaus
    2. Syurga 'Adnin
    3. Syurga Na'im
    4. Syurga Ma'wa
    5. Syurga Darussalam
    6. Syurga Darul Muqamah
    7. Syurga Al-Maqamul Amin
    8. Syurga Khuldi
    Gambar Hiasan
    Ya Allah..Aku Rindukan Syurga Mu..Tempatkanlah Aku Di syurga Mu Kelak..Amin..

1 comment:

  1. assalammulaikum .. saya mntak izin copy paste sumber dlm blog nie .. n sbarkan ke org lain .
    terima kasih :)

    ReplyDelete