Mumia(Mayat) Firaun Yang zalim masih kekal hingga ke hari ini dengan izin Allah.. |
Firaun Ramsees II |
Setelah di kaji hasilnya sangat mengejutkan Dr.Bucaille menjumpai sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut.Ini bukti terbesar bahawa Firaun mati di tenggelami laut.
Ini bermakna jasad Ramsess II telah di keluarkan dari dalam laut sebelum di awet menjadi mumia supaya jasad itu kekal.Tapi penemuan itu menjadi tanda soal kepada Dr.Bucaille.Tanpa berlengah Dr.Bucaille menyiapkam sebuah laporan akhir yang di yakini sebagai penemuan baru iaitu proses menyelamatkan firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan itu di terbitkan dengan tajuk "mumia firaun :Sebuah Penelitian Perubatan Moden".Hasil laporan itu Dr.Bucaille telah menerima anugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu "Penghargaan dalam Sejarah".
Namun seorang rakannya telah membisikkan kepada Dr.Bucaille bahawa penemuan itu bukanlah penemuan yang baru."Jangan tergesa gesa sesungguhnya umat islam telah membicarakan mengenai peristiwa firauan yang mati lemas dan mayatnya di pelihara sehingga ke hari ini"!
Kata-kata itu di tentang keras oleh Dr.Bucaille.Baginya membongkar sebuah misteri lama tidak mungkin dapat di ketahui kecuali dengan menggunakan alat teknologi moden,peralatan dan makmal canggih.Kawannya terus bercerita bahawa Al Quran di yakini dan menjadi pegangan umat islam telah pun menceritakan tentang Firaun dan kemudian mayatnya di selamatkan.
Kata-kata itu sekali lagi menimbulkan persoalan kepada Dr.Bucaille.Adakah ia dapat di terima akal kerana mumia itu baru sahaja di temui oada tahun 1898 tapi Al Quran telah ada di tangan umat islam sejak ribuan tahun lamanya."Apakah masuk akal di hadapan aku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa ?Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini?Padalah kejadian Firaun mengejar Musa berlaku sebelum Al Quran di turunkan"bisik kecil hatinya.
Dr.Bucaille semakin bingung kerana pencarian belum berhasil.Apa seterusnya yang terjadi kepada mayat firaun selepas ternggelam masih belum di temuinya.
Selepas mumia dikembalikan ke Mesir,Dr.Bucaille terus berjumpa dengan para ilmuwan islam untuk megetahui sejarah Nabi Musa a.s,kekejaman firaun sehinggakah Bani Israel meninggalkan Mesir dan di kejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.Maka salah seorang ilmuan islam telah membaxakan Surah Yunus ayat 92 ..
"Maka pada hari ini,Kami biarkan engkau (hai firaun) terlepas dengan badanmu(yang tidak bernyawa daripada di telan laut),untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang dibelakangmu(supaya merekamengambil iktibar). Dan ingatlah sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripda(memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!" (yunus:92)Apabila mendengar ayat itu Dr.Bucaille terkedu.Hatinya benar-benar tersentuh.Al Quran telah menjelaskan bahawa jasad Firaun tidak reput ditellan laut sebagai peringatan kepada umat seterusnya.Akahirnya Dr.Bucaille mengakui kebenaran ayat tadi kerana ia logik dan di terima akal.Ini memberikan satu inspirasi dan dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Memeluk Islam selepas meyakini kebenaran Al Quran! |
Tanpa berlengah dengan hati bergetaran menahan sebak dan terharu Dr.Bucaille bangum.Dengan suara lantang Dr.Bucaille bersuara "sesungguhnya aku masuk islam dan beriman dengan al quran ini".
Dr.Bucaille telah menukar nama islamnya iaitu Dr.Yahya Maurice Bucaille.
"Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.Ini kerana di dalam kitab Injil terdapat pelbagai perbezaan dari aspek saintifik tetapi berbeza dengan al quran tiada sedikit pun kesilapan seperti itu di dalam al quran.Al Quran yang di dalamnya di ceritakan mengenai fenomenan alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden."luahnya.
"Tidak Akan Ada Kitab Yang Setanding Dengan Al Quran"
No comments:
Post a Comment