Followers

Monday

Balqis

   Balqis ialah seorang ratu yang memerintah kerajaan Sa'ba seperti yg di sebut di dalam surah An-Naml.Ratu Balqis di anugerahkan oleh Allah s.w.t dengan segala kekuasaan dan kehebatan.,
   Bagaimanapun Ratu Balqis dan kaumnya masih tidak beriman kepada Allah s.w.t.Mereka masih di perdaya dengan tipu daya syaitan dengan menyembah matahari.Kehebatan Ratu Balqis dan kerajaannya telah di ceritakan burung hud hud kepada Nabi Sulaiman a.s.Bermulalah rundingan antara Nabi Sulaiman dan datu balqis.Seperti dalam
FirmanNya.."Pergilah bawa suratku ini ,serta campakkan kepada mereka,kemudian berundurlah dari mereka ,dalam pada itu perhatikanlah tindak tanduk mereka" (surah an Naml : 28)

Bijak Memerintah..
   Keserlahan dan kebiwaan yang di tunjukkan oleh Ratu Balqis apabila beliau mengamalkan sisitem Syura dengan pembesarnya selepas menerima surat daripada Nabi Sulaiman a.s.
   Ratu Balqis seterusnya menyatakan pandangan bahawa seeloknya beliau mengirimkan hadiah kepada Nabi Sulaiman kerana khuatir Nabi Sulaiman akan membinasakan negerinya dan kaumnya.Setiap pemerintah atau raja  yang ingin menakluki negeri akan membinasakan penduduknya.
   Apabila utusan pembawa hadiah itu sampai dan Nabi Sulaiman berkata "adakah wajar kamu menolong aku dengan harta?Apa yang di berikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa di berikannya kepadamu.
Firman Allah s.w.t .."Kembalilah kepada mereka(jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya melawannya dan kami mengeluarkan mereka dari negeri sa'ba dengan hina menjadi orang tawanan"  (surah an-Naml : 37)
 Di cemburui Jin..
   Beliau merupakan seorang wanita yang cantik dan mempunyai akan yang cerdas.Ini menyebabkan golongan Jin merasa iri hati terhadap dirinya.Mereka mendakwa bahawa Ratu Balqis ini mempunya dua aib.

  1. Tubuhnya pendek.
  2. Betisnya seperti betis unta.
Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana nabi Sulaiman a.s,beliau seakan akan melihat ada aliran air sungai sehingga beliau mengangkat kainnya dan ternampakkan betisnya.Nabi Sulaiman a.s melihat betis Ratu Balqis tetapi tiada satu aib pun sepertimana yang di dakwa jin.
   Dengan penuh berhemah Nabi Sulaiman berkata kepada Balqis "Ini adalah sebuah mahligai yang licin ,di bentuk daripada kaca"..

Menerima Hidayah Allah..
   Kemudian Ratu Balqis berkata seperti yang di ungkapkan di dalam surah An-Naml ayat 44..
"Ya Tuhanku,sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah,Tuhan Semesta Alam"
Kemudian Ratu Balqis berkahwin dengan Nabi Sulaiman a.s dan terjadi pada hari Jumaat.Ratu Balqis mengakui kesilapan dan menzalimi dirinya sendiri kerana tidak beriman kepada Allah s.w.t.
-allahualam-






Engkaulah Ratu di Mahligai Permata
Istana Bayangan Syurga
Harta dan Takhta mengaburi mata
Tersesat Dikau Di Terang Cahaya

Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan Hud Hud yang benar
Seruan mengajakmu Taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah tuhan sang suria

BALQIS
Kau bijak dalam menilai dan membuat pilihan
Di antara yang sementara dan kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
di janjikanNya

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tetapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya

Hanya sekelip mata mahligai mu beralih
Ifrit memindahkanya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan diri

Kau kutip iktibar daripada apa yang telah kau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang Nabi
Pangkat dan jua Harta tidak menjamin bahagia
Cantik dan Keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak beerti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan,Tuhan menilainya...
   

3 comments:

  1. Anonymous4/25/2011

    terima kasih kerana information yang bagus..semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dengan kisah balqis dan nabi sulaiman

    ReplyDelete
  2. berapa umur penulis? sangat bagus blog ini.semoga di rahmati dan di berkati Allah..

    ReplyDelete
  3. 22 this year..insya allah.sama2 mencari keredhaan Allah Taala =)

    ReplyDelete