Followers

Thursday

Cinta ..

Cinta...
Ramai yang menghabiskan zaman remaja dengan bercinta..ada yang mula bercinta di alam persekolahan,ada yang mula di alam IPT dan ada juga yang mula dari tempat kerja..suka duka pahit manis bercinta susah untuk di gambarkan dengan kata-kata..hanya orang yang alami dapat merasai apa itu CINTA..Cinta ada yang berakhir dengan perkahwinan dan ada juga cinta yang berakhir dengan perpisahan..Itu semua lumrah dan telah di tetapkan oleh Allah Taala.

Soal Hidup..Soal Mati dan Soal Jodoh...
Ajal,Maut,Hidup,Mati dan Jodoh semua telah di tetapkan oleh Allah Taala.Kita manusia biasa,hambaNya yang lemah lagi hina.Hanya mampu berdoa untuk di panjangkan umur,di murahkan rezeki dan juga perjodohan kita.DOAlah kepadaNya..itu lah kemampuan kita sebagai manusia biasa..Berdoa dan memohon padaNya..


Cinta kerana Nafsu...
Rata-rata golongan remaja masa kini tanpa di sedari mereka bercinta hanyalah kerana nafsu semata mata..Ramai yang bercinta tanpa mengikut berlandaskan Syariat Islam..Antaranya

  • Keluar bersama pasangan di taman bunga/tasik.
  • Keluar ke pusat membeli belah seperti Times Square,Pavillion,Mines dan sebagainya sambil berpelukan dan berpegangan tangan.
  • Keluar menonton wayang ,makan,lepak,jalan2 tanpa menghiraukan SOLAT yg di wajibkan.
  • Malam minggu pergi bersama pasangan dan rakan2 ke karaoke atau kelab malam tanpa segan silu sama ada minum arak/tidak.
Pada malam tahun baru,malam merdeka mahupun valentine ramai yang membuat anak(berzina).Majoriti remaja islam yang melakukan perbuatan terkutuk tu..nauzubillah!

Cinta Kerana Allah...
Tidak ramai yang bercinta mengikut syariat islam tetapi ramai yang mendhambakan untuk dapat lelaki / wanita yang kuat beragama dan soleh/solehah..siapa yang tak nak?? =) 
Bercinta kerana Allah pasti lebih bahagia berbanding bercinta kerana nafsu..Cinta kerana Allah biasanya akan berakhir dengan kebahagiaan..Bukan sahaja di dunia malah di akhirat..
Bercintalah Kerana Allah....

Sabda Nabi S.A.W "..di nikahi wanita itu kerana 4 perkara..Kecantikkannya,Hartanya,Keturunannya dan Agamanya..Maka pilih la Agamanya.."


Ya Allah Ya Tuhanku..Jika Aku di Takdirkan Jatuh CInta..Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada Mu..Amin...

5 comments:

  1. love the last part of it

    Ya Allah Ya Tuhanku..Jika Aku di Takdirkan Jatuh CInta..Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada Mu..Amin...

    ReplyDelete
  2. hamba allah4/24/2011

    amin yarabbal alamin..semoga kamu dijodohkan dengan perempuan-perempuan yang solehah.amin.

    ReplyDelete
  3. -Islamic Boy-4/24/2011

    insya allah..penulis akan mendapat jodoh dengan wanita solehah dgn izin allah.amin.

    ReplyDelete
  4. balqis4/24/2011

    Ya Allah Ya Tuhanku..Jika Aku di Takdirkan Jatuh CInta..Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada Mu..Amin...

    *sy suka sangat dgn doa nie,menarik..sy harap dpt jodoh dgn lelaki soleh..dpt bimbing sy.lelaki yg pembimbig ke jalan allah..

    ReplyDelete
  5. sama2 kita doakan yang terbaik untuk kita ,Insya Allah =)

    ReplyDelete