Followers

Saturday

Aurat Wanita...



Firman Allah s.w.t ..."Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

-Jilbab ialah pakaian wanita yang lebar dan menutupi segala tubuh badannya-

Aurat Wanita
  • Bulu Kening
menurut imam Al Bukhari : "Rasulullah melaknati wanita yang mencukur dan menipiskan bulu kening untuk tujuan kecantikan"..
  • Dada
Firman Allah .."hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung mereka sehingga menutupi dada-dada mereka" (surah an nur : 31)
  • Tangan
Sabda Rasulullah .."kepala yang di tusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum bukan sejenis yang tidak halal baginya"..riwayat At Tabrani dan Baihaqi
  • Mulut (suara)
Sabda Rasulullah .."sesungguhnya akn ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka di lalaikan oleh bunyi bunyian(muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka daripada perut bumi" ..(hadis riwayat Ibn Majah)
  • Kemaluan
Sabda Rasulullah .."tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaian bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabirnya antaranya dengan Allah.." (riwayat Tardmizi,Abu Daud dan Ibn Majah)
  • Pakaian
Sabda Rasulullah .. "barangsiapa memakai pakaian yang menjolok mata,maka Allah akan memberikan kehinaan kepadanya di akhirat kelak.." (hadis riwayat Ahmad)
  • Rambut
Wahai anakku Fatimah!Adapun perempuan2 yang di gantung rambutnya sehingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak menutup rambutnya daripada di perlihatkan kepada lelaki yg bukan mahramnya" (riwayat Bukhari dan Muslim)

- Aurat Masa Kini-

  • Ramai wanita terutamanya remaja islam memberikan alasan untuk tidak bertudung kerana tidak tahan panas,baru lepas rebonding rambut,takut rambut rosak,muka saya tak sesuai kalau bertudung dan sebagainya..
  • Ada juga yang bertudung tetapi hakikatnya tidak bertudung contohnya memakai tudung tetapi tidak melepasi paras dada dan menampakkan leher dan rambut(tidak memakai serkup/anak tudung).
  • Pakaian jarang,seluar menampakkan bentuk badan,baju singkat sehingga menampakkan badan dan menonjolkan buah dada.
  • Menyanyi/Karoke mendendangkan lunak suara kepada bukan muhrim.
  • Memakai wangian yang melampau sehingga menaikkan nafsu syahwat lelaki.
  • Pergi kelas / kerja dengan memakai skirt / singlet.Menonjolkan buah dada dan menunjukkan paha kepada bukan muhrim ,tidak ubah seperti telanjang!
Info
  • Ramai ahli neraka Allah di kalangan wanita yang tidak menjaga auratnya dengan bukan muhrim!
  • Rambut akan di gantung sehingga mendidih di neraka Allah kelak! Sakit..Pedih dan Terseksa..Hanya Allah yang Maha Mengetahui!




3 comments:

  1. Anonymous4/24/2011

    ramai tak takut dosa zaman skrg ni..bukak auarat main2 je di khlayak ramai.bg saya x perlu kawin dgn yg bukak slalu mendedahkan aurat sbb kita dah nampak paha,buah dada dan bentuk badan dia tanpa perlu berkahwin..bak kaa..dapat tgk free la tanpa perlu kawin..

    ReplyDelete
  2. To anonymous: salam, saye tak rase awak patut cakap mcm tu. Orang yg xmenutup aurat juga layak dikahwin. Cumanya dalam Al-Quran Allah dah tetapkan lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. Saya rasa sebagai sorang lelaki, sepatutnya awak melitupi pandangan mata dan bukannya berkata 'dapat tgk free tanpa perlu kahwin' . Saya rasa ada sedikit kesilapan di situ. Maaf jika apa dikatakan ini salah. :)

    ReplyDelete
  3. ernie syafika : betul tu..insya allah..sama2 kita perbetulkan diri..tak ada manusia yang sempurna melainkan para nabi =)

    ReplyDelete