Followers

Wednesday

Lensa Mukmin..

Kamera DSLR


Kamera?DSLR?SLR?Ana juga seorang peminat fotografi dan juga mengambil jurusan Diploma in Photography.Ana tahu ramai yang berminat dengan kamera DSLR ini kerana setiap kali gambar yang di rakam menggunakan kamera canggih ini gambarnya pasti lebih baik berbanding daripada kamera biasa (telefon bimbit).

Ana yakin ramai remaja di luar sana sudah pun memiliki kamera DSLR tidak kira la jenama Canon,Nikon atau Sony.Majoritinya sudah pun memilikinya.Sepanjang penglibatan ana di dalam dunia fotografi ni ,ana dapati ramai yang berminat mengambil gambar model/awek yang cantik2 untuk di di kongsikan di dalam FB mahupun mahupun Blog untuk di tunjukkan pada rakan2 dan orang ramai hasil yang rakamkan.

Persoalannya!
berapa ramai yang menjadikan kamera DSLR ini untuk memperkuatkan iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.?

Ketahuilah mengambil gambar wanita yang tidak menutup aurat ,hukumnya adalah haram! Perempuan berpossing ibarat menayangkan tubuh dihadapan lelaki bukan muhrim,kemudian gambar di rakam.Tidak ubah seperti  memberi pertunjukkan bentuk tubuh badan secara percuma pada lelaki ajnabi.


Rakam Ciptaan Allah !


Bagi ana mengambil gambar2 ciptaan dan kebesaran Allah adalah sangat  baik berbanding mengambil gambar model yang membuka aurat..Merakam gambar ciptaan Allah dan berkongsi dengan rakan2 dan pengguna internet yang lain secara tidak langsungdapat mentauhidkan diri kita pada Allah dan kita akan sentiasa takut kepada Allah s.w.t..Allahualam..

Kat sini anak nak berkongsi sedikit gambar2 yang telah ana rakam melalui lensa ana =)
Pantai Cahaya Bulan ,Kelantan

Gunung Datuk,Negeri Sembilan




Air Terjun Ulu Yam,Selangor




Maha Suci Allah..Kamera kita hanya mampu merakam akan kejadian dan kebesaran Allah !

No comments:

Post a Comment