Kelmarin adalah kali ke 4 dalam hidup ana dapat berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pasukan kesayangan ana beraksi di pentas final..ana tulis ni bukan untuk menceritakan tentang kehebatan Pasukan Kelantan mahupun Pasukan Terengganu tetapi mahu menceritakan tentang kehebatan silaturrahim antara Penyokong Kelantan dan Terengganu.
Seawal jam 3.30 petang kawe sudah pun berada di perkarangan Stadium Bukit Jalil.Seperti biasa stadium bukit jalil sentiasa di penuhi oleh Penyokong The Red Warriors untuk memberi sokongan kepada The Red Warriors.Tahun2 sebelum ni biasanya kawasan LRT di penuhi dengan penyokong Kelantan sahaja tanpa kelibat daripada penyokong pihak lawan tetapi kelmarin.Terdapat segelintir penyokong Terengganu yang berlegar legar di kawasan kebiasaan Penyokong Kelantan berhimpun.Mereka berada di situ bukanlah hendak bergaduh,bertumbuk atau membuat provokasi melampau tetapi ada sesuatu yang lebih hebat mereka tunggu bersama penyokong The Red Warriors.
Tepat jam 4.42 berkemundangnya Azan menandakan solat asar sudah tiba.Rupa2nya mereka yang berkumpul di hadapan Masjid dan LRT sedang menunggu masuknya waktu asar untuk solat bersama sama.Alhamdulillah kawe ,sepupu dan saem2 sempat untuk solat jemaah bersama sama dengan Penyokong Kelate dan Ganu.Selesai solat asar ada sorang pokcik tegur ana.Dia cakap,"bagus penyokong kelate,solat bersama sama.Tak ada pergaduhan dan kekecohan berlaku walaupun sep2 terengganu ada kawasan tu"..ana balas "tak semua penyokong kelate ganas,hanya segelintir jah pokcik =)..Ana nga saem2 pun mula jalan untuk masuk ke stadium.Sambil jalan kawe terfikir.Masya Allah..Hebatnya kekuasaan Allah.Itulah kelebihan orang bersolat khususnya jemaah.Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama islam.Jemaah??? itulah rahsia kejayaan umat Islam!! Maha Suci Allah!
Tepat jam 7.22 azan maghrib mula berkumandang,ana g cari surau tetapi amat mendukacitakan.Tandas lebih banyak dan besar daripada surau ! Mungkin mentaliti pihak pengurusan stadium beranggapan penyokong bola sepak adalah majoritinya bukan islam.Ana dan minoritinya penyokong kelate dan terengganu mula mencari tandas untuk berwudhu.Bendera kesayangan Kelantan menjadi pengganti sejadah untuk solat jemaah beramai ramai..Alhamdulillah..Allah permudahkan untuk hamba hambanya bersolat ketika lautan manusia sedang berpusu pusu masuk dan mencari tempat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
Apa yang ana nak ceritakan ,itulah hebatnya Islam..Tidak kira Melayu,Cina,India,Jepun,Burma,Siam dan lain2 kaum.Brerdiri bukan atas dasar kaum dan kenegerian tetapi atas nama Islam itu sendiri.Keberkatan dan keredhaan Allah menjadi keutamaan.Bukan mencari kemenangan di dunia sahaja..Malah yg lebih utama adalah di akhirat kelak..Agama Islam itu senang,mudah dan hebat !
Maha Suci Allah..
buat penyokong kelantan !
." ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين"
Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancangan.
Solat menghindarkan kita daripada perbuatan keji dan mungkar |
No comments:
Post a Comment