Followers

Tuesday

Lukisan Allah

                           اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Kelmarin ana dapat kongsi sedikit sebanyak tentang bala-bala Allah dan juga berkaitan penyalahgunaan Facebook.Hari ni ana ingin berkongsi lukisan Allah s.w.t  dari lensa ana.. =)

Gunung Tangkuban Parahu,Bandung Indonesia
   Gunung Tangkuban Parahu sebenarnya adalah gunung merapi atau bahasa malaysia Gunung Berapi.Menurut penduduk dan info2 yang ana dapat,gunung ini aktif letupannya pada tahun 70an.Bermakna sudah 30 tahun lebih berlakunya letupan di gunung Tangkuban Parahu ini.Apa yang menariknya di gunung ini adalah asap kesan daripada letupan masih lagi ada..Subhanallah! Itulah kehebatan kuasa Allah taala.
   Sulfurik,Asap dan Kawah sudah cukup membuatkan ana takut akan seksaan Allah di Neraka kelak..Ini baru sedikit..Bayangkan di akhirat kelak.Mungkin letupan ini hanya berlaku dalam tempoh beberapa hari atau berminggu minggu tetapi asap dan panasnya tetap ada sehingga 30 tahun selepas kejadian letupan itu.Bayangkan nyalaan api neraka Allah yang telah Allah buat dan bina selama beribu tahun..Bagaimana keadaannya? Astaghfirullahalazim!








"Jadikan lensa yang kita ada untuk merakam akan kehebatan ciptaan dan lukisan Allah..semoga kita mendapat keberkatanNya dunia dan akhirat..insya Allah."

..Hidupku..Sujudku..Matiku..
Hanya Pada Mu Ya Allah

1 comment: