Followers

Sunday

Surah  Yassin




  • Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yasin. 
  • Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu. sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin. 
  • sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.
  • Barangsiapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.
  • Barangsiapa membaca Surah Yasin diwaktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya diwaktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.
  • Barangsiapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.
  • Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
  • Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.
  • Apabila seseorang yang sedang berada didalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.
  • Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  • Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasin, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.
  • Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.
  • Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.
  • Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  • Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, allah jadikan setiap setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.



    "Semoga Allah tempatkan kita bersama sama dengan orang2 yang beriman..Selamat beramal.."










No comments:

Post a Comment