Bagi ana percaya pada benda-benda ghaib sebagai contoh syaitan,jin dan roh yang tidak tenteram tetapi ana tak percaya pada kewujudan hantu..Hantu ni hanyalah rekaan manusia semata mata,percayalah!Cuba fikir secara logik dengan akal yang waras..Di Malaysia dan Indonesia hantu kebanyakkan berkain kafan warna putih sebab meninggal akan pakai kain kafan..Di Eropah hantu akan memakai baju kot sebab diorang mati pakai baju kot..Di Cina,hantu memakai pakaian seperti cheongsam sebab diorang mati pakai cheongsam..Di Jepun,hantu seksi sebab mungkin diorang mati dengan pemakaian seksi dan macam2 lagi..Cuma yang ana tak pernah dengar lagi,Hantu Arab!
Ustaz-ustaz ana dulu ada pesan,ustaz ana cakap menurut ulama-ulama,kalau nampak hantu.Sedekahkan Al Fatihah sebab rohnya tak tenteram dan tak dapat naik ke langit,sebab tu merayau rayau di muka bumi ni.Lepas tu kalau ada bau wangi di tanah perkuburan itulah kubur orang yang beramal soleh dan macam-macam lagi menurut ulama.
Hantu Melayu & Indonesia |
Hantu Cina |
Hantu Mat Saleh |
Bukan niat ana nak riak atau pun nak cakap yang ana tak takut dan tak percaya hantu,ana cuma hendak mengingatkan diri ana dan sahabat2 yang lain supaya didik diri kita,didik anak2 kita,didik adik2 kita.Hendaklah takut pada Allah daripada takut pada hantu! Segala yang ada di muka bumi Allah ini adalah miliknya..Tiada seorang pun manusia yang boleh memerintah dan mengarah seluruh makhluk dan jin di bumi ini kecuali Nabi Allah Sulaiman.
Takutlah pada Allah..Jangan cakap mulut je ..'kamu takut Allah ker Hantu?'..'Mestilah Allah'..Bila suruh gi tandas asrama sorang2 tengah malam,ajak berteman.Ini bermakna takutkan hantu daripada Allah..Masya Allah!
"Sebenarnya Perangai Ahli Maksiat Lebih Hudoh dan Buruk daripada Muka Hantu"!
Banyak Sangat Citer Hantu Kat Dunia Ni... Tu Buat Orang Taku... Cuba Buat Banyak Citer Pasal Islam N Takut Pada Azab Api Neraka... Kan Bagus...
ReplyDelete