Followers

Tuesday

7 Jenis Wajah Mayat Dalam Kubur

1.Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat..
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2.Mayat yang mukanya berbentuk babi..
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3.Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam..
Itulah mayat ketika hidupnya menderhaka kepada ibu bapanya

4.Mayat yang perutnya buncit dan meletup..
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5.Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya..
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang. 

6.Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai..
Itulah mayat orang yang suka makan riba'. 

7.Mayat yang wajahnya tersenyum..
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh..






Firman Allah s.w.t .. "Tiap tiap yang hidup pasti akan merasai mati"..

Firman Allah s.w.t ..Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan,” ( Al-Anbiya :35)

Firman Allah s.w.t ..“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur,” ( Ali Imran : 145)

No comments:

Post a Comment