Followers

Monday

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket,tesco,billion,pasar borong,up town dan sebagainya. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Simpan duit 1 juta untuk beli rumah boleh tapi simpan 10 ribu untuk ke Mekah tak boleh.Sanggup berjaga malam sehingga berjam jam untuk telefon kekasih tetapi tidak sanggup membuat solat sunat tahajud,taubat dan berzikir selama 30 minit..Menghadap facebook dan laptop berjam jam tetapi susah untuk menghadap al quran walaupun 5 minit.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh post tentang segala aktiviti kita di dalam FB dan Blog walaupun beribu kali tetapi untuk berbuat post dan share perkara baik perlu,berfikir 2,3 kali..Ingatlah..Allah segala galanya bagi kita..Janji Allah itu pasti..1 kali buat kebaikan,100 kali Allah balaskan atas kebaika yang kita buat..


Doaku..Sujudku..Rukukku..
Hanya Pada Mu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment