Followers

Wednesday

Keistimewaan Al Masih Dajjal


Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya : 

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga. 

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan. 

Al-Masihi Dajjal

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"
Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka." 

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah. 

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah. 


8 comments:

  1. assalammualaikum ya wan ..
    ada fb tak? nk bncang kn skit hal la ..
    psal agama lam nie .
    just privacy both of us ..

    ReplyDelete
  2. Bagi link fb awk..sy add :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous1/17/2013

    Assalamualaikum, wan boleh tak saya nk tanya, cara nk kusyuk dalam solat. dah lama saya cuba untuk kusyuk, kdg2 gagal, kdg2 berjaya..cara yang betul mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6/26/2013

      sucikan diri dulu dr syirik iaitu mendua menyama dan menyukutu dalam apa jua keadaan hal....selagi masih ada kamu maka samalah kita akan DIA ....renungkan ...

      Delete
  4. Salam..mmg ssh utk mendapatkan nikmat khusyuk dlm solat..terigat akan pesan ulama,kurangkan makan dan tidur..insya Allah akan dapat merasai nikmat khusyuk dlm solat..amalkan solat jemaah dimasjid,hati tenang nikmat pun datang..allahualam :-)

    ReplyDelete
  5. Anonymous6/26/2013

    apa yg penting hanya lah aqidah yg dibwk dlm akhir zaman ini, bg yg beriman akan merasa rindu dan lama akan kembali kepada empunya diri yg sebenar...dan bg yg sebaliknya terasa pejam celik pejam celik msa berlalu...adakah kita masih menunggu dajal, Mahdi serta isa tanpa kita sedari akan makna di sebalik yg tersirat....adalah dalam menunggu ini sampai kita lupa akan DIA...renungka lah pesanan dr hamba yg hina lagi miskin lagi lemah serta bodoh ini...

    ReplyDelete
  6. Anonymous6/26/2013

    hamba suka akan tag line empunya blog "hidupku solatku ibadahku & matiku kerana Allah swt....adakah yg dicari telah pun diketemui????

    ReplyDelete
  7. Apa yg dah jumpa?ana kurg faham :-)

    ReplyDelete