Followers

Thursday

Jangan Mengkafirkan Seseorang Mukmin!

Mengkafirkan seseorang bukan sesuatu perkara yang main-main dan mudah.Orang yang mengaku islam dan terpancar ucapan dari mulutnya kalimah Lailahailallah tidak boleh dikafirkan kecuali orang yang ingkar dengan perintah Allah seperti menyembah syaitan,berhala,menyekutukan Allah dan syirik.

Secara amnya tidak boleh sewenang wenangnya mengkafirkan seseorang walaupun kesalahannya besar seperti berzina dan berjudi.Begitu juga dengan solat,ada banyak pendapat mengenai hadis nabi s.a.w ..Ada sahabat yang mengatakan bahawa nabi s.a.w bersabda "orang yang tidak solat adalah kafir" tetapi dengan pendapat salah seorang sahabat yang lain bahawa nabi s.a.w bersabda "beza antara orang kafir dan islam adalah solatnya".Disini telah bercanggah pendapat dan menurut imam hanafi bahawa orang yang tidak solat hukumnya kafir tetapi berbeza dengan pandangan imam malik dan syafie yang berpendapat bahawa seseorang yang tidak solat dia tetap islam tetapi ianya tergolong dalam golongan yang kufur dan fasik!

Sebagai seorang mukmin tidak sepatutnya kita menjatuhkan hukum mengkafirkan seseorang.Dalam hadis nabi s.a.w  Seseorang apabila mengkafirkan saudaranya, maka kembalilah kekhufuran itu kepada salah seorang dari keduanya “  (H.S.R Muslim)..
Jangan sesekali mengkafirkan seseorang kerana bahanya terlalu besar! Allahualam :)


Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :
Rasulullah bersabda : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui
iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyakbanyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’
 (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan)

No comments:

Post a Comment