Followers

Monday

Didiklah Wanita Dengan Sebaiknya


Hati itu penuh kelembutan
Diciptakan bukan seperti lelaki
Walaupun dari rusuk kiri mereka
Wanita dicipta untuk dilindungi, disayangi

Bimbingan perlu kelembutan dalam ketegasan
Penuh kecintaan, kasih serta sayang
Fitrahnya malu ciptaan Tuhan
Punya nilai keanggunan setiap diri

Wahai wanita hiasan duniawi
Pandanglah dengan mata hati
Jagalah maruah diri pemberian ilahi
Kelak tak menyesal kemudian hari

Wahai pemuda harapan agama
Didiklah kami, pimpinlah kami
Bimbinglah kejalan redhoNya
Moga sama menuju syurga Ilahi

Kecantikan diri kesantunan budi
Jadi ukuran buat muslimah sejati
Jadilah bunga yang mekar ditaman
Cantik dimata subur dihati



Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kerana mereka diciptakan sedemikian rupa oleh Allah Taala. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuaba jinakkan mereka dengan harta dunia, nanti mereka akan makin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, nanti mereka semakin menderita. Yang masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah s.w.t. Zat yang kekal, itulah suiznya. Jangan sama-sama mengajak kearah kejahilan, buruk padahnya. Sama-samalah membimbing kearah kesejahteraan hidup insani.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak mulia. Suburkanlah kerana dari situlah mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. 


 Kepada wanitalah, lelaki memanggil, ibu, isteri dan puteri. Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan lelaki bergelar ayah, suami hatta abang mereka. Tetapi andai lelaki sendiri pun tak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka. Tak logik, kayu yang bengkok dapat menghasilkan bayang-bayang yang lurus.


Jazakallah =)

No comments:

Post a Comment