“Cinta kerana Allah”Aku baru mendengarnya saat menjangkau usia 20 an…apa “Cinta kerana Allah” itu?
Jika sekarang aku mengatakan
“****, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk satu kebaikan.

Jika Allah yang mengizinkan untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
****, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap.....dan semoga hanya kerana Allah dan hubungan ini kekal dunia dan akhirat denga izinNya….
Amin...
"Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat."Maka aku akan selalu berharap.....dan semoga hanya kerana Allah dan hubungan ini kekal dunia dan akhirat denga izinNya….
Amin...
No comments:
Post a Comment