Followers

Thursday

Kenapa Manusia Hanya Ada Sekeping Hati?

Semua orang tahu Allah mengurniakan kepada kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya mengurniakan sekeping hati kepada kita?


Ini kerana Allah taala telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya CINTA... =)

Firman Allah s.w.t : "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)



Dari apa yang ana faham daripada Firman Allah s.w.t ,setiap kejadian mahupun sifat dimuka bumi ini Allah menciptakan berpasang pasangan.Ada hitam & putih,susah & senang,kaya & miskin,muda & tua,hidup & mati,syurga & neraka,malam & siang.Di dalam dunia tiada pun yang hidup tanpa pasangan..


Firman Allah .s.w.t : "Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."
(Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)

Apabila di imbas kembali pada ketika di mana Allah taala menciptakan Nabi Adam a.s . Dijadikannya sesempurna makhluk, dijunjungi oleh Malaikat, tinggal pula di syurga, yang penuh dan lengkap dengan segala bentuk kenikmatan dan kemewahan. Kiranya kalau diikut logik, pasti saja Nabi Adam a.s. akan merasa aman dan tenteram untuk meraih segalanya di sana, namun sampai suatu tika dimana Allah s.w.t. taqdirkan hatinya menjadi gelisah, dan merasa seakan-akan ada sesuatu yang masih belum lengkap. Di saat itu Allah tahu, Nabi Adam a.s. memerlukan seseorang sebagai teman hidupnya, yang mana peristiwa ini membawa kepada penciptaan Hawa, dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Cuba bayangkan itu perihalnya di syurga. Apatahlagi kita yang di dunia ini.

Allahualam..Jazakallah =)

No comments:

Post a Comment