Followers

Monday

Redha Ketentuan Allah

 "Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t."

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebalik kejadian dan ketentuan Allah taala.Baik khabar gembira ataupun sebaliknya..Hanya Allah s.w.t yang tahu akan segala yang berlaku..

Kadang-kadang perkara gembira ni hanya datang seketika,kadang-kadang kekal sepanjang hayat.Kita tidak akan tahu apa yang berlaku yang akan datang walaupun sesaat ke depan.Hanya Allah yang maha mengetahui tentang segala yang berlaku.


firman Allah yang bermaksud :- " Alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : cukuplah Allah bagi kami, Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya, sesungguhnya kepada Allah kami menuju. " - surah At Taubah ayat 59.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

No comments:

Post a Comment

Post a Comment