Followers

Tuesday

Doa Cintaku

"Sebulan, setahun mahupun seabad lamanya.Walaupun engkau tidak tahu aku mencintai engkau tetapi Allah tahu aku mencintai engkau kerana Nya..Aku tetap cintai dirimu kerana Tuhanku kerana Agama Mu!Aku mencintai Mu kerana Akhlak & AgamaMu bukan kerana Nafsu & Duniawi..Semoga Kita Dijodohkan Bersama..Aku mencari SYURGA CINTA"


Bitang menghiasi langit gelap..
Cantik sejenak langit itu dalam pandangan..
Kerdip kecilnya memandu mata dan hati ini..
Hanya satu bintang yang akan ku jemput...


Tahukan bintang apa itu???


Bintang yang baru ku kenal..
Bintang yang paling terang..
Hingga sinarnya sanggup menghangatkan jiwa..


Sayang mahukah kau menjadi bintang itu???




    سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي


Ya Allah…..satu kebahagiaan telah kudapatkan…
Ya Allah…satu cinta telah tumbuh di hati aku…
Ya Allah…..satu hati telah ku temukan…
Ya Allah…telah kutambatkan jiwa ini pada pelabuhannya..
Jangan….jangan ya Allah…jangan Kau ragut kembali…
Jangan Kau ambil lagi kebahagiaan yg tersisa….
Bukan ya Allah…..bukan maksud aku menduakanMU dengan cinta pada sesama….
Bukan maksud aku untuk berpaling dari sejatinya cintaMU
Tapi aku hanya manusia biasa….aku punya hati……aku punya jiwa……
aku punya rasa….aku punya ketakutan….
Ya Allah...aku takut cinta ini jadi ingkarku padaMU...
Ya Rabb...aku takut sayang ini jadi duri dalam mengingatMU…
Ya Rahman...aku takut kasih ini jadi onak dalam menujuMU…..


Tapi aku tetap hanya manusia biasa ya Rabb….
Jika ini adalah kurniaMU….hamba mohon ya Rahim…jadikan aku orang yg bersyukur…
Jika ini adalah murkaMU…..aku mohon ampunMU ya Ghaffar…..
Izinkan aku bersandingkan dia dalam hidup hamba yg singkat…..
Izinkan aku membawa dia kehadapanMU sebagai pelengkap sempurnanya fitrah aku
Izinkan aku untuk memberi ketaatan akan titah MU padanya…
Izinkan aku membimbingnya menuju jalan suci MU…
Ya Rahman…ya Rahim..
Engkau Maha Tahu apa yg terbaik buat kami..
Jika ini yg terbaik dariMU untuk kami……Lapangkan jalanku utk menjemputnya….
Luaskan hati ini untuk sabar dalam ikhtiarku….
Kuatkan kesabaranku untuk ku menangi ujian ini…
Ya Allah yg maha lembut…lembutkan hatiku untuknya…..
Ya Allah yg maha indah…..perindahlah lisanku untuknya….
Tak banyak yg aku minta ya Aziz…..
Bukakan dan tiupkan wangian syurgaMU untuk ku hirup di sini..di dunia...
bersamanya….
Kerana Kau maha tahu…..
aku mencintainya kerana MU..




"syukur pada Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan kepada aku insan yang sentiasa menceritakan & mengingatkan aku tentang agama Mu .. Dialah PERMATA yg aku cari selama ini" 

1 comment:

  1. hmmm... tersentuh hati ni baca.... moga cinta yang hadir menglengkapkan fitrah kita... menjauhkan kita dari dosa... mendekatkan kita pada redhanya Allah

    ReplyDelete