Berapa ramai wanita islam yang berkongsi gambar dengan lelaki ajnabi / bukan muhrim di dalam facebook dengan tidak menutup rambut,seksi dan sebagainya?Tahukah kita ke mana dan apa nasib kita selepas kita mati?Apa nasib kita dalm kubur dan apa nasib kita dihadapan Allah s.w.t kelak?
Mungkin inilah cara orang-orang kafir laknatullah mahu menarik orang-orang islam supaya ikut jejak langkah mereka dan termasuk dikalangan mereka ketika dihadapan Allah s.w.t kelak..Janganlah kita sesat dan lari dari akidah semata mata mahu mencari nama,glamour dan publisiti.
Ingatlah!Selama mana aurat kita terdedah didalam facebook selama itu jugalah dosa akan kita tanggung sehingga ke hari pembalasan andaikata kita mati tanpa sempat buang gambar-gambar yang tidak menutup aurat didalam Facebook kerana yang tahu pasword kita hanya kita sahaja yang tahu.Walaupun hanya sekadar suka-suka dan mahu berkongsi dengan rakan tapi ingatlah bahawa Allah tidak suka!
.."Jadikanlah Facebook ini tempat medan dakwah,ingat mengingati antara satu sama lain dan nasihat menasihati untuk kebaikan diri sendiri dan juga saudara seislam yang lain"..
Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnyalebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."
(Bukhari dan Muslim)
Firman Allah s.w.t ..."Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
No comments:
Post a Comment