Kurangnya Iman dan Ketaqwaan dalam diri inilah puncanya berlaku kemungkaran di atas muka bumi Allah s.w.t..Iman manusia biasa ada naik dan adakalanya turun,tidak seperti Nabi-Nabi Allah yang imannya sentiasa naik dan tidak turun turun.
Oleh itu,di bulan ramadhan yang mulia ini perbanyakkan amalan,perbanyakkan zikir,solat sunat,baca al quran,solat berjemaah dan mendengar ayat2 suci Al Quran .Insya Allah,tempoh sebulan berpuasa jika hari-hari di praktikkan akan kekal di bulan-bulan selepas ramadhan.
Ingatlah..Walaupun ibu ayah seorang alim ulama,belum tentunya anaknya alim kerana Iman Tidak Dapat Diwarisi!Keimanan dapat membentuk peribadi seseorang.Secara automatik,tingkah laku,adat bercakap,adat pergaulan,solat dan segala bentuk berkaitan dengan syariat Allah,Insya Allah dapat dijaga kerana Iman yang mengawal kita..
Allhualam.
Manusia Sering Kali Mengecewakan Agama
tetapi
Agama Tidak Pernah Mengecewakan Manusia
No comments:
Post a Comment